Tanggal 9 Mac lepas, genap 50 tahun usia Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta! Melihat susuk tubuh dan penampilan bergaya selebriti cantik ini pasti ramai yang tidak menyangka usianya yang sudah pun mencecah separuh abad.
Pujian harus diberi kepada isteri Zain Saidin ini kerana pandai menjaga penampilan diri dan sering menjadi inspirasi kaum ibu untuk kelihatan cantik seperti pelakon kelahiran Kedah berkenaan.
Tidak pernah lelah untuk sentiasa nampak cantik dan kemas dari hujung rambut ke hujung kaki, Che Ta akui kecantikan bagai sudah sebati dalam dirinya dan tidak menganggap ia sesuatu yang memenatkan.
Tak hairanlah, satu-satunya anak perempuan iaitu Aaisya Dhia Rana pun cukup jaga penampilan walau pun masih kecil. Barangkali dia sudah terbiasa tengok ibu tersayang bersiap dan selalu kelihatan cantik.
Apatah lagi kakak kepada pelakon Ayu Raudhah ini merupakan bekas ratu cantik Malaysia!
“Kami pun tak tahu nak bagi tip apa. I tak pergi gim, tak pergi spa, facial pun setahun dalam sekali dua. Tapi mungkin penjagaan kita masa dalam pantang itu yang penting I rasa.
Soal amalan kecantikan tiap hari, I tak amal apa pun. Cuma dalam pantang je jaga dan certain makanan I tak ambil. Pendek kata, stay healthy.”
Tambahnya lagi, dia terkejut apabila ibu-ibu yang baru bersalin sudah keluar rumah dan bekerja meskipun baru beberapa hari melahirkan anak.
“I rasa seriaunya tengok perempuan zaman sekarang yang baru bersalin dah masuk kerja. Ya Allah, hari ini memang tak rasa badan macam longgar, kembang atau kembung, kempis macam tu. Esok, lusa umur tak sampai 50 dah masuk angin, longgar sana, jatuh sini.”
Rancak menguruskan empayar niaga yang mengeluarkan produk viral seperti inai, minyak wangi, minuman kesihatan wanita, beg tangan dan tudung, Che Ta juga pandai berniaga. Bersandarkan populariti dan semangat untuk menaik taraf kehidupan diri dan keluarga, setiap produk keluaran jelitawan ini pasti laris di pasaran.
Bukan itu saja, Che Ta juga bijak mengurus kewangan dengan membeli barangan yang mempunyai nilai jual semula seperti emas.
“I akan invest untuk benda-benda yang ada resell value. Kalau dulu I ada beli beg Birkin harga puluhan ribu ringgit, sekarang Birkin untuk saiz sama cecah ratusan ribu ringgit.
Tapi bila dijual balik dan barang tu dah kira preloved, tak dapat dah jual harga beli puluhan ribu ringgit tu sebab akan ada kurang.
Tapi kalau emas, berbeza. Kena pandai dan bijak, jangan pilih atau beli yang upah mahal. Upah tu akan waive macam tu saja. Saya bangga dengan wanita zaman sekarang yang tahu dekat mana depa nak spend duit depa.”
Februari lepas, Che Ta dilantik sebagai ‘muse’ bagi jenama barangan kemas dan perhiasan iaitu Angsa Emas Jewellery.
Pasangan Instafamous yang juga pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina merupakan antara figura yang sering menjadi sorotan netizen dalam setiap tindak tanduk mahupun penampilan yang diperagakan mereka.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah 63kg! Jelas Ana, ketika itu suamilah mentor untuk berdiet dan pembakar semangat sehingga berjaya hari ini.
Dulu Tak Cantik?
Pemilik nama penuh, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan mempunyai muka berjerawat.
Memetik laporan Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik.
Justeru itu, Aina tidak pernah bekecil hati jika suaminya memuat turun foto dirinya dahulu. Ini kerana ada mesej yang tersirat yang ngin disampaikan sebagai pengajaran kepada orang ramai.
Tidak Selesa ‘Lihat’ Diri Sendiri
Aina mengakui pada tahun 2013, berat badannya pernah mencecah 63 kilogram berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram.
Justeru, untuk mengembalikan keyakinan diri, Hafiz adalah orang yang sanggup memberikan tunjuk ajar serta galakkan kepada Aina untuk menurunkan berat badan.
Ketika temu bual bersama majalah NONA, Aina mendedahkan bahawa dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen.
Dia juga mengamalkan tip pemakanan daripada Hafiz yang sememangya aktif melakukan senaman di gimnasium dan at berdisiplin menjaga pola pemakanannya.
Aina menjelaskan, tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuh badan ramping bagi tujuan kecantikan, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan merasa tidak yakin untuk memakai pakaian dengan saiz badan yang gempal.
Terima Kekurangan Seadanya
Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.
Sementara itu menurut Hafiz, gambar yang dimuat turun di laman sosial bukan bertujuan memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.
Jelasnya lagi, dia mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.
Sekadar Info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Putera William dan isterinya, Kate hadir pada jamuan makan yang diadakan untuk Presiden Donald Trump semasa lawatan kenegaraannya ke Britain.
William dan Kate berjalan beriringan memasuki dewan jamuan. Keluarga Trump dan para kerabat diraja kemudian dibawa menaiki kereta kuda ke Istana Windsor, di mana mereka menghadiri resepsi penuh adat istiadat.
Selepas makan tengah hari bersama, Charles dan Camilla turut serta bersama presiden dan wanita pertama dalam lawatan Koleksi Diraja di dalam Istana Windsor. Selepas itu, Kate dan William memimpin Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, dalam lawatan serupa.
Terdahulu, Trump pernah berkunjung ke Kerajaan Britain atas jemputan nenda William, Ratu Elizabeth pada 2019. Semasa menyambut ketibaan Trump dan isteri, Kate Middleton tampil memukau.
Puteri Wales ini mengenakan busana serba gold ketika tiba di Istana Windsor bersama suami, Putera William. Beliau turut serta bersama keluarga diraja dalam jamuan makan malam bersama Trump pada 17 September.
Diilhamkan oleh pereka Phillippa Lepley, gaun sutera ini menampilkan perincian renda emas dan sulaman tangan, serta bunga-bungaan berhias satin.
Melengkapkan penampilan, Kate mengenakan tiara Lover’s Knot yang ikonik kegemaran mendiang ibu mentuanya, Puteri Diana.
Hiasan Kepala Yang Memukau
Hiasan kepala yang memukau menampilkan 19 lengkungan dan 28 mutiara berbentuk titisan air mata. Ia diibuat pada 1914 untuk Ratu Mary dan akhirnya diwariskan kepada Ratu Elizabeth II.
Terdahulu, William dan Kate menyambut ketibaan presiden serta isterinya di Istana Windsor. Kate mengenakan gaun maroon bersama topi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpaku dibuatnya apabila mendengar titah ucapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini. Setiap bait dan tutur kata Baginda jelas serta terang.
Sekaligus membuatkan khalayak terpikat dengan suara Tengku Permaisuri Selangor. Terubat rindu nak dengar Baginda baca berita!
Berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam pada 18 November lepas, DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-98 tersebut.
Baginda yang mengenakan persalinan tradisi kurung rona biru gelap dan bertudung bawal tampil anggun berseri. Ditambah dengan aksesori rantai leher mutiara yang melengkapkan lagi pesona Baginda.
Dalam titah ucapan, Baginda menyeru agar semua institut pengajian tinggi (IPT) menyediakan program yang dapat membentuk pembangunan bakat dan sahsiah graduan secara langsung dengan dunia sebenar.
Baginda yang juga Pro-Canselor UiTM bertitah, universiti perlu memberi ‘kepercayaan’ kepada pelajar untuk memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan mereka kepada komuniti.
Tegas baginda, perlu diakui bahawa pembangunan bakat merupakan elemen penting dalam membantu meningkatkan ekonomi negara.
Oleh itu juga, Baginda mahu agar sistem pendidikan negara mempunyai keupayaan menghasilkan modal insan berkualiti serta berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri.
Baginda turut berbesar hati apabila Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan Service Learning Malaysia – Universiti For Society atau SULAM dengan menyediakan ruang kepada pelajar untuk memperkembangkan idea mereka kepada komuniti melalui kaedah Pembelajaran Menerusi Pengalaman.
Semasa istiadat pertama hari ini, Baginda berkenan menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang dan sarjana kepakaran perubatan kepada 125 graduan.
Istiadat konvokesyen itu turut dihadiri sembilan orang alumni terawal UiTM, yang dahulunya dikenali dengan Dewan Latehan RIDA dari tahun 1959 hingga 1967.
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.