Lumrah apabila bergelar selebriti dan public figure, ke mana saja pergi mesti dikerumuni peminat. Situasi sama juga dilalui aktres cantik, Rozita Che Wan. Setiap gerak geri dan penampilan isteri Zain Saidin ini sentiasa menjadi perhatian khalayak.

IKLAN

Hampir dua dekad berkecimpung dalam bidang seni, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta sudah pun menempuh pelbagai dugaan sebagai anak seni dan terpalit dengan kontroversi.

Sebagai insan normal pastinya Che Ta juga ada keinginan, emosi terganggu dan mahu menjalani hidup biasa seperti orang lain.

Pun begitu, sebagai individu terkenal dia perlu sentiasa tampil positif dan mesra melayan peminat. Apatah lagi apabila terserempak dengan mereka yang mahu bergambar.

“Tengah Rushing Pun, Senyum..” Che Ta Dedah Ditegur Mak Sebab Tak Layan Peminat Bergambar, Kini Hargai Peminat!

“Tengah Rushing Pun, Senyum..” Che Ta Dedah Ditegur Mak Sebab Tak Layan Peminat Bergambar, Kini Hargai Peminat! “Tengah Rushing Pun, Senyum..” Che Ta Dedah Ditegur Mak Sebab Tak Layan Peminat Bergambar, Kini Hargai Peminat!

Bagaimana pun ibu tiga anak berkenaan dalam temu bual bersama Nona baru-baru ini mendedahkan mengenai insiden pernah ditegur ibu tersayang kerana tindakannya yang enggan melayan peminat.

Tanpa berselindung Che Ta berkata, “Mak I ni jarang cakap. Dia banyak diam daripada bercakap. Itulah bila dia bersuara mesti menusuk kalbu. Dia cuma pesan satu je. Hormat dengan semua orang.

Tambah-tambah bila dia tengok peminat. Dia pernah tegur I, peminat nak ambil gambar, I tak mahu. Dia kata jangan.. dia dulu pernah teringin nak ambil gambar dengan artis tapi
tak pergi sebab takut kena reject.

IKLAN

Benda tu, I selalu ingat. Bila nampak peminat yang kata Che Ta nak ambil gambar.. I teringatlah mak I pesan. Tengah rushing pun, senyum dan pergilah (bergambar).”

Iyalah manusia mana tidak pernah buat silap. Setidak-tidaknya Che Ta belajar daripada kesilapan dan kini lebih menghargai peminat yang menyokong kerjaya seni dan perniagaannya. Untung masih ada ibu yang boleh beri nasihat.

“Tengah Rushing Pun, Senyum..” Che Ta Dedah Ditegur Mak Sebab Tak Layan Peminat Bergambar, Kini Hargai Peminat! “Tengah Rushing Pun, Senyum..” Che Ta Dedah Ditegur Mak Sebab Tak Layan Peminat Bergambar, Kini Hargai Peminat! “Tengah Rushing Pun, Senyum..” Che Ta Dedah Ditegur Mak Sebab Tak Layan Peminat Bergambar, Kini Hargai Peminat!

IKLAN

Tambah Che Ta lagi, “Dengan laki (suami) pun kena hormat, itu juga pesan mak. Termasuk dengan orang gaji. I ajar anak-anak hormat dengan pembantu kami. Walau pun dia orang luar tapi dia yang membantu I dengan family.

Alhamdulillah anak-anak pun tak adalah berlagak dengan pembantu atau sesiapa. Misalnya kalau minta pembantu tolong sediakan makanan yang nak dimakan, bila dah dapat anak I akan kata thank you dekat pembantu. Alhamdulillah syukur.”

Meskipun secara luaran Che Ta seorang wanita yang penuh dengan glamor tapi anak kelahiran Kedah ini tetap ingat asal usulnya dan enggan mendabik dada atas segala kejayaan yang diraih.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/kalau-boleh-amal-ibadat-kita-tak-nak-tinggal-belajar-mengaji-dalami-agama-rozita-che-wan-tenang-usia-50/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI