Orangnya mesra, tinggi lampai dan cantik. Membintangi banyak drama dan telemovie, tidak dinafikan nama Alya Iman kian dikenali dan bertapak kukuh dalam industri seni tanah air.
IKLAN
Baru meniti usia 21 tahun, Alya berjaya menggapai pencapaian tersendiri apabila tersenarai sebagai Top 10 Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 2020.
Bermula sebagai model, pemilik Nur Alya Iman Azmil Mustapha ini merupakan anak kepada pelakon popular era 80an iaitu Allahyarham Azmil Mustapha.
Walau sudah empat tahun arwah bapa tersayang kembali ke rahmatullah namun pemergiannya pada 14 Februari 2018 masih dirasai Alya hingga kini.
Berkongsi perkembangan terkini, Alya berkata dia kini sibuk dengan jadual penggambaran yang padat. “Alhamdulillah atas segala rezeki yang Allah turunkan, Alya kini sibuk dengan penggambaran drama dan bidang peragaan.
Drama terbaharu Alya yang sedang disiarkan sekarang ialah Ku Punya Hati arahan Azmi Hatta. Selain itu, Alya juga sedang menjalani penggambaran untuk drama Dia Pria Terhebat arahan Pali Yahya.”
Tambahnya lagi, “Ketika ini Alya hanya berpeluang menceburi bidang peragaan dan lakonan. InshaAllah dengan izin Allah, sekiranya ada rezeki untuk ke luar negara Alya berhasrat untuk sambung belajar. Dalam lima tahun akan datang juga Alya ingin fokus dengan bisnes.”
IKLAN
Sementara itu, menyentuh siapa individu yang menjadi inspirasinya. Ini jawapan jujur Alya. “Semestinya arwah Babah. Bukan sahaja inspirasi dalam bidang industri seni tapi personaliti yang dimiliki arwah juga saya sangat kagum.
Dia seorang yang sangat merendah diri, not judgmental, menghormati orang lain dan terima baik buruk seseorang dengan seadanya.”
Kagum dengan semangat Alya untuk bergelar anak seni berjaya seperti arwah ayahnya. Dalam usia muda, dia berfikiran matang dan mempunyai misi jelas untuk masa depan kelak. Semoga segala perancangan Alya dipermudah dan menjadi inspirasi buat anak muda dalam mengejar impian mereka.
Bulan puasa memang dinanti-nantikan kebanyakan kaum wanita. Mana tidaknya, selain raih banyak pahala dan mengeratkan hubungan sesama keluarga.. inilah juga masanya untuk turunkan berat badan! Tapi bila tiba saja waktu berbuka, ramai wanita yang seolah-olah lupa misi hendak kurus. Dah tersandar kekenyangan baru tersedar dah terlebih makan. Alahai, macam mana hendak betul-betul komited kurus ni?
Apa-apa pun, jangan cepat mengalah. Apa kata anda cuba tip berbuka puasa yang diamalkan personaliti fitness terkenal, Kevin Zahri ini. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dan menjadi rujukan untuk amalan gaya hidup sihat, Nona yakin impian untuk kurus dan sihat bakal jadi realiti.
Paling penting, azam yang kuat untuk berubah dan konsisten dengan 4 tip berbuka puasa seperti yang disarankan Kevin.
===========================
TIP 1 – Bermula dengan kurma
Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) untuk bolehkan anda solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan betul-betul. Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.
TIP 2 – The 20 minit rule!
Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20 minit. Kalau anda belasah makanan sepanjang 20 minit, barangkali besar anda akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dan faham bahawa rasa kenyang datang selepas lebih kurang 20 minit. Sunah Nabi Muhammad SAW pun menyatakan ‘berhenti makan sebelum kenyang’.
TIP 3 – Target kalori: dalam 700kcal
Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal. Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermulalah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan. Pilih:
Segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun. kentang, mi, roti dan lain-lain
Sumber protein yang berkualiti seperti ayam, ikan, tofu, daging dan lain-lain
Sumber serat seperti sayur, kekacang, buah-buahan dan lain-lain
Last sekali baru makan sikit kuih dan manis-manisan.
TIP 4 – Tiga jenis air
Semasa berbuka, saya selalu ada tiga jenis air.
Air panas: Ini biasa untuk berbuka. Ini untuk bantu ‘panaskan’ sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12 jam. Tapi taklah panas mendidih.
Air kosong: Ya untuk dahagalah kan dan ia tidak berkalori. Apa-apa pun tak perlu terus belasah 3-4 gelas air – nanti buncit perut dan tak selesa. Take it slow and easy.
Air manis: Untuk air manis, nasihat saya, minum last sekali. Ini untuk nafsu tapi kalau berlebihan, kalori pun berlebihan.
Sumber: Facebook Kevin Zahri
==================================
Dah dapat tip ini jangan pura-pura lupa nak buat ya. Pastikan komited ikut keempat-empat langkah ini sampai hari raya nanti. Barulah dapat betul-betul kurus! Time tu, hendak pakai baju raya macam-macam design pun muat.
Nak lebih meriah sambut Hari Raya nanti, datanglah ke Karnival Karangkraf x Sifufbads pada 1 hingga 3 Jun ini di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. Ada pelbagai aktiviti, program dan hadiah menarik untuk dibawa pulang. Termasuk pemberian duit raya RM10,000!
Wanita dan aktiviti lasak bukan lagi perkara baru. Salah satu aktiviti lasak yang semakin mendapat tempat di kalangan kaum Hawa ialah selam skuba. Kini dapat dilihat ramai yang menyertai aktiviti ini sebagai kesinambungan minat dan hobi.
Pun begitu, ada juga yang terpaksa menguburkan saja minat itu dek kerana tidak dapat mempelajarinya secara serius disebabkan kekangan batas pergaulan khususnta di kalangan wanita bertudung. Menyedari situasi inilah telah mencetuskan idea buat wanita berusia 45 tahun, Hajah Mastura Hj Abdul Manap untuk menubuhkan Muslimah Divers.
Siapa kata wanita yang sudah berkahwin tak boleh sertai aktiviti lasak? Hajah Mastura berjaya membuktikannya bahawa status sebagai isteri dan ibu bukan alasan untuk mengamalkan kehidupan aktif dengan menyertai selam skuba hanya selepas berkahwin.
PERMULAAN
“Tercetusnya Muslimah Divers ialah adalah kesinambungan minat dan hobi saya. Tetapi kini ia bertukar menjadi satu kerjaya yang memberi manfaat buat kaum wanita yang berminat dengan aktiviti selam skuba. Saya melihat ramai sebenarnya kaum wanita yang sangat berminat untuk melakukan aktiviti lasak ini tetapi setelah mereka mengetahui tenaga pengajar kebanyakannya terdiri daripada jurulatih lelaki maka hasrat itu pun terbantut.
Bertitik tolak daripada situlah terdetik di fikiran saya untuk membantu mereka merealisasikan hasrat tersebut. Maka, Muslimah Divers yang bersoperasi sejak tahun 2010 menjadi platform terbaik buat kaum wanita untuk melakukan aktiviti ini dengan lebih selesa. Saya turut mendapat pandangan daripada seorang kenalan ketika menjalankan projek bersama Islamic Tourism Centre. Saya ingin menggalakkan kaum wanita khususnya Muslimah untuk menjadi seorang yang berani dan tidak takut air dengan melibatkan diri dalam aktiviti selam skuba namun masih menepati syariat.
Nak dijadikan cerita, sebelum tertubuhnya Muslimah Divers saya dan anak-anak yang ketika itu masih kecil kerap menyertai suami pergi menyelam. Suamilah yang menjadi pendorong utama untuk kami menyertainya. Waktu itu saya masih bekerja di sebuah firma perunding kejuruteraan.
Suami merupakan ketua jurulatih selam skuba profesional. Kami sering ikut bila suami ada trip untuk latihan skuba. Secara tak langsung ia menjadi family trip kami,” kongsi anak kelahiran Negeri Sembilan ini yang menjadi pemilik kepada Scubatex Resources Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjual dan mengedar barangan serta perkhidmatan latihan selam skuba yang menawarkan aktiviti latihan menyelam.
Di Muslimah Divers, Hajah Mastura melatih wanita menjadi seorang jurulatih untuk mengajar lebih ramai wanita yang ingin memperoleh persijilan selam skuba. Muslimah Divers turut menerima permintaan daripada negara Brunei dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
CABARAN
“Saya bermula daripada zero. Tidak pernah ada pengalaman sebelum ini. Minat itu mulai muncul apabila sering ikut suami. Saya berusaha belajar teknik-teknik asas termasuk mengenali dan mengetahui cara penggunaan peralatan. Status sebagai seorang ibu dan isteri bukanlah penghalang kerana saya mendapat sokongan padu daripada suami dan anak-anak. Apa yang penting dalam aktiviti ini ialah patuh terhadap peraturannya, barulah terjamin keselamatan.
Jika seseorang itu tidak mematuhi arahan jurulatih dan mengabaikan aspek keselamatan kemungkinan dirinya akan terdedah kepada risiko. Selain itu, dari sudut mental dan fizikal juga haruslah kuat untuk mengharungi cabaran dalam aktiviti ini,” jelas Hajah Mastura.
PENGALAMAN
“Perasaan sewaktu berada dalam laut memang sukar diungkapkan. Jiwa terasa sangat tenang dan kerdil kerana di dalam laut suasananya sunyi. Percayalah, keunikan alam laut tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sangat indah dan menakjubkan! Kadang kala kita tidak dapat menjangka apa yang ada di dalam sana.
Saya berharap agar lebih ramai lagi golongan wanita menyertai aktiviti ekstrem seperti ini. Jika anda gemar berenang sekurang-kurangnya anda sudah pun mempunyai asas untuk menerokai alam dasar laut ciptaan Allah SWT,” akhiri Hajah Mastura.
Ini antara salah satu masalah yang dialami kebanyakan orang perempuan. Walau dah dapat macam-macam tip kurus pun tapi berat badan masih kekal statik atau lebih menyedihkan, semakin naik pula. Di mana agaknya salah tu? Bila jadi perkara macam ni, niat hendak kembali kurus mulalah berbolak-balik. Akhirnya tersungkur jua!
Sebagai selebriti kecergasan dan personaliti TV, Nana Al Haleq sangat menitikberatkan soal penampilan dan kesihatan fizikal. Dia yang dilihat sering menghabiskan masa di gimnasium dengan pelbagai rutin senaman ringan dan berat, Nana rasa terpanggil untuk merungkai istilah sebenar ‘kurus’ memandangkan persoalan tentang perkara tersebut sering diajukan kepadanya.
“Share some tips to kurus or macam mana nak kurus? Soalan ni Nana rasa sangat lazim ditujukan to trainers, coaches or influencers. But I always wonder kenapa soalan ni masih ditujukan… Is it because betul-betul nak tahu or mengharapkan jawapan jalan mudah.
In my opinion, the right question we should ask is, “Kenapa masih lagi tak berjaya hit fitness goal yang diidamkan,” telusnya.
Ujar jurulatih kecergasan ini lagi, “Fitness bukan hanya merujuk kepada nombor semata-mata (tentang berapa banyak berat yang berjaya dikurangkan atau peratus kandungan lemak dalam badan yang telah berkurang) dan juga bukan kerana kecantikan sahaja.
https://www.instagram.com/p/BuzDd4zHWr5/
Bagi saya, fitness lebih kepada macam mana hendak mendapatkan fizikal yang sihat dan cergas tanpa mengira apa juga bentuk badan dan saiz.
Rakyat Malaysia perlu sedar yang penurunan berat badan secara drastik dan mengikuti trend diet semata-mata bukanlah cara yang tepat untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan kuat.”
Memang deep maksudnya tu! Iyalah, kalua hanya bersandarkan kepada trend diet sahaja tanpa amalkan gaya hidup sihat dan bersukan… berat badan ideal yang dikecapi sekarang, belum tentu dapat bertahan lama. Kunci utama mahu badan yang kurus, cantik dan sihat adalah melalui pemakanan seimbang, senaman dan mental yang positif. Tanamkan niat dalam diri yang niat untuk kurus bukan sekadar untuk cantik semata-mata tapi lebih daripada itu.
Selain aktif bersenam, Nana Al Haleq juga sebenarnya seorang usahawan Body Lab termasuk memasarkan produk makanan! Bukan berniaga minuman atau makanan kecantikan, sebaliknya wanita berjiwa lasak ini ligat mengusahakan sambal. Produk Fit Sambal by Nana Al Haleq disediakan Nana sendiri dan menariknya ia tidak mengandungi pengawet, pewarna, perasa serta gula tambahan. Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Hebat Nana ni, bukan saja aktif di gym tapi juga ligat beraksi di dapur!