Mungkin ramai yang masih tidak mengenali gadis cantik bernama Annabel Yao ini. Tapi kalau sebut tentang jenama telefon pintar terkenal, Huawei pasti ramai yang membayangkan kualiti produk telefon berkenaan yang berasal dari negara tembok besar China itu. Apa kaitan Annabel Yao dengan Huawei? Sebenarnya Yao adalah anak perempuan yang juga pewaris empayar Huawei milik Ren Zhengfei.

IKLAN

Baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21, Yao yang dilahirkan di Hong Kong merupakan anak kepada Yao Ling iaitu isteri kedua kepada jurutera, Ren Zhengfei. Pengasas Huawei yang terlibat secara langsung dalam pembangunan ekonomi serta politik di China itu dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki hasil daripada dua perkahwinannya.

Meskipun perniagaan telefon pintar Huawei semakin dikenali dan digunakan di serata dunia namun selaku pengasas, Ren Zhengfei di negara kelahirannya disifatkan low profile. Dia jarang muncul di majlis-majlis rasmi dan sukar ditemubual oleh para media. Pun begitu, Ren Zhengfei terpaksa singkirkan sikap tersebut dan bersemuka dengan media apabila isu pengharaman Huawei di Amerika Syarikat mendapat perhatian meluas.

Cantik & Berbakat, Ini Gaya Hidup Mewah Anak Pengasas HUAWEI!Cantik & Berbakat, Ini Gaya Hidup Mewah Anak Pengasas HUAWEI!Cantik & Berbakat, Ini Gaya Hidup Mewah Anak Pengasas HUAWEI!Mendekati peribadi dan gaya hidup anak perempuan bongsunya, Yao ialah pelajar jurusan Sains Komputer di Harvard. Bercita-cita mahu mempunyai kerjaya dalam bidang perniagaan dan ekonomi, Yao diberi kelebihan berlatih sebaik mungkin untuk menjadi penari balet profesional di Harvard Ballet Company.

Menurut laman web Harvard Ballet Company, Yao mula berjinak dalam tarian balet ketika usianya baru 15 tahun di Shanghai. Dia kemudian meneruskan minatnya dan mendalami seni tarian indah tersebut di sebuah akademi berprestij di United Kingdom.

Tahun lalu, Yao menarik perhatian golongan elit di China dan Eropah kerana telah terpilih dalam penganjuran majlis tari-menari Le Bal des Debuntantes di Paris pada November 2018. Ia bukan calang-calang acara kerana hanya gadis sosialit berusia di antara 16 hingga 21 tahun yang memiliki rupa paras cantik, berpendidikan dan lahir dari keluarga ternama khususnya dalam bidang perniagaan, hiburan mahupun politik akan dipilih sebagai peserta majlis tari-menari tersebut.

Cantik & Berbakat, Ini Gaya Hidup Mewah Anak Pengasas HUAWEI! Cantik & Berbakat, Ini Gaya Hidup Mewah Anak Pengasas HUAWEI!Cantik & Berbakat, Ini Gaya Hidup Mewah Anak Pengasas HUAWEI!Daripada 19 gadis cantik yang layak… Yao adalah salah seorang daripada mereka yang mewakili negara China. Selebihnya berasal dari India, Amerika, Jerman, Hong Kong, Belgium, Perancis, Portugal dan Filipina. Kesemua mereka akan bertemu dengan jejaka dari keluarga elit lain di serata dunia untuk saling mengenali dan bersosial dalam kelas bangsawan.

Dua hari sebelum majlis tari-menari bermula, Yao dan peserta wanita lain sempat beramah mesra, menjalani latihan tarian bersama-sama selain terlibat dalam sesi fotografi. Peserta wanita turut diberi soalan tentang gaya fesyen yang digemari mereka selain diminta memilih busana pilihan masing-masing. Pada majlis itu, Yao memilih untuk menggayakan gaun indah rona champagne rekaan J Mendel.

IKLAN

Cantik & Berbakat, Ini Gaya Hidup Mewah Anak Pengasas HUAWEI!Kata Yao, “Bagi individu yang memiliki segala-galanya lebih daripada orang lain, amat penting bagi anda untuk membatu mereka yang kurang berkemampuan. Seboleh-bolehnya, saya mahu melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan dan kebajikan… dan saya lebih selesa menganggap diri sendiri seorang gadis biasa. Yang perlu bekerja keras untuk berjaya dan berusaha menjadi orang yang lebih baik setiap hari.”

Biarpun sibuk dengan rutin harian sebagai pelajar, Yao gemar menghabiskan masa bercuti ke luar negara termasuk ke New York, Paris, dan beberapa tempat percutian menarik di dunia. Dia juga dilihat sering memakai pakaian dan aksesori berjenama mewah seperti Chanel, Dior, Louis Vuitton dan sebagainya.

Yao mempunyai seorang kakak bernama Sabrina Meng Wanzhou berusia 46 tahun yang merupakan orang penting dalam empayar Huawei.

IKLAN

 

 

Sumber: South China Morning Post

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI