Punya pakej lengkap sebagai seorang wanita yang berkaliber, Nadia Shahrul Annuar atau lebih dikenali Nadia Annuar sukses mencipta nama dalam dunia pengacaraan. Kepetahan berbicara serta bijak memancing penonton tatkala beraksi di layar kaca membuatkan kehadiran Nadia dalam dunia pengacaraan amat disenangi penonton.

IKLAN
Foto: Instagram @nadiaannuar
Foto: Instagram @nadiaannuar

Tidak cukup dengan dunia pengacaraan Nadia juga aktif dalam dunia perniagaan. Penglibatan Nadia dalam dunia bisnes sebenarnya bermula secara rasmi sejak awal 2017.

Foto: Instagram @nadiaannuar
Foto: Instagram @nadiaannuar

Meskipun sibuk dengan dunia bisnes dan juga dunia pengacaraan, Nadia tetap tampil fit, cantik dan bertenaga. Apa agaknya RAHSIA di sebalik tubuhnya yang fit dan bertenaga? Jom baca apa yang Nadia kongsikan.

Nadia seorang yang amat mementingkan kesihatan dan kecantikan? Boleh kongsikan rejim penjagaan kecantikan dan juga kesihatan yang Nadia amalkan.

Foto: Instagram @nadiaannuar
Foto: Instagram @nadiaannuar

Setiap hari pagi saya minum air putih dan lakukan senaman ringan untuk pastikan badan sentiasa sihat dan cergas. Daripada segi penjagaan kulit pula saya akan pastikan yang saya mencuci muka dengan baik setiap hari dan mengelakkan produk-produk yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

Foto: Instagram @nadiaannuar
Foto: Instagram @nadiaannuar

Bagaimana Nadia mengekalkan stamina untuk kekal aktif dan bertenaga.

IKLAN
  • Kurangkan minuman bergula dan banyakkan air putih.
  • Harus banyakkan aktiviti seperti berjalan, bersenam ringan. Jangan duduk sahaja sepanjang hari.
  • Rehat yang secukupnya tapi jangan terlalu banyak rehat pula.
  • Amalkan makanan yang kurang lemak, kurangkan makanan bergoreng dan lebihkan sayur sayuran. Setiap meal mesti ada sayur.
  • Untuk kekal aktif dan bertenaga kena kawal kadar stres dan have positive attitude. Be happy.
  • Jika tiada masa hendak ke gimnasium atau tiada peralatan, itu bukan bermakna saya tidak boleh bersenam. Jangan jadikan alasan itu untuk tidak bersenam ya.
Foto: Instagram @nadiaannuar
Foto: Instagram @nadiaannuar

Nah, saya kongsikan lima senaman harian yang saya buat kalau tiada masa hendak bersenam ke gimnasium atau tiada peralatan senaman.

IKLAN

Lompat bintang (15 kali)
Push ups (10 kali)
Squat Stop (12 kali)
Skipping (40 kali)
Sit ups (12 kali)

Ulang selama 3 hingga 4 pusingan. Jangan rehat lebih 30 saat selepas setiap pergerakan. Sambil buat cardio sempat buat 5 step senaman di atas.

Foto: Instagram @nadiaannuar
Foto: Instagram @nadiaannuar

Oh! Ini rupanya RAHSIA yang diamalkan oleh Nadia untuk kekal fit, cantik dan sentiasa bertenaga. Meski sudah punya anak dua, Nadia kelihatannya persis ‘anak dara’.