Tak berkelip mata memandang Mira Filzah. Aduhai manis berseri, berhias cincin, gelang, jam tangan dan rantai Swarovski. Definisi Ramadan buat ibu Wan Khair Amir tahun ini tambah bererti… Lebih elegan namun masih mengekalkan nada kesopanan dalam berfesyen.
Syaaban bakal pergi, berganti pula bulan Ramadan yang membawa rahmat dan maghfirah tidak terhingga. Pasti ramai yang ternanti-nanti kedatangan bulan ibadah ini dengan semangat, tak sabar untuk bertarawih di masjid, berbuka puasa beramai-ramai dan membuat persiapan Syawal yang bakal menjelma.
Dapat bertemu semula dan bermaafan, berkumpul sambil menjamu hidangan, ketawa serta melepaskan rindu, tentu meriah! Diserikan lagi dengan helaian baju tradisi, penampilan anda dengan kerlipan aksesori Swarovski pasti tambah dipuji.
Tahun ini juga, Swarovski melengkapi gaya raya anda dengan himpunan aksesori secantik gaya aktres popular Mira Filzah. Berusia 30 tahun, isteri kepada Wan Emir Astar ini dilihat sedang kembali ligat berlakon. Antara drama terbaharunya, ‘Imam Instant Ustazah Scammer’ yang kini rancak ditayangkan di saluran Astro.
Dulu berdua, kini bertiga. Tak puas mata memandang gaya Mira Filzah dalam kempen eksklusif Swarovski, cukup terserlah pesonanya sebagai seorang isteri, ibu, selebriti dan usahawan terkenal.
Dengan rekaan menakjubkan dalam nuansa kehijauan, seleksi Ramadan Swarovski menampilkan aksesori gelang tangan, rantai dan cincin yang mencipta statement fashion.
Ayuh semak inspirasi gaya Mira Filzah dalam aksesori menawan Swarovski ni…
Iconic Swan RM695
Manis menawan, kenakan kalung Swarovski dengan loket ikonik Swarovski Swan rona hijau kristal dan rantai bersadur rose gold. Sesuai dipakai sebagai perhiasan utama menyempurnakan gaya Ramadan anda (klik sini).
Ads
Iconic Swan RM795
Gelang bangle dalam rekaan paling menawan untuk perhiasan di pergelangan tanganmu. Masih mengekalkan rekaan ikonik Swarovski Swan rona hijau kristal dan rantai bersadur rose gold yang memikat (klik sini).
Millenia RM695
Bagi yang menyenangi gaya klasik, gelang bangle dengan batuan hijau berpotongan oktagon serta bertatahkan kristal jernih menyerlahkan kesucian Ramadan. Sesuai dipakai solo atau digandingkan dengan set koleksi Millenia sepadan (klik sini).
Millenia RM665
Ads
Terkenal dengan rekaan ‘dancing stone’, rantai Millenia yang menawan ini diperbuat daripada batuan hijau potongan oktagon dengan bingkai bersadur rose gold bagi menaikkan seri malar segar. Sesuai untuk fesyen kasual mahupun pelengkap sentuhan pada musim Ramadan (klik sini).
Jam Tangan Attract RM1,900
Jam tangan Swarovski buatan Swiss dalam kemasan rose gold dan diperbuat daripada keluli tahan karat bertatahkan 251 batu kristal. Direka supaya menjadi perhatian mata, kenakan jam paling cantik ini sebagai petanda anda menghargai masa (klik sini).
Constella RM665
Ads
Seperti kerlipan bintang di jari-jemarimu, set 2 cincin Constella mengaplikasi keindahan Swarovski Zirconia dan saduran rose gold sebagai penyeri. Kenakan secara solo, bertindih dua atau di jari berasingan bagi mencipta gaya unik anda (klik sini).
Constella RM795
Terinspirasi daripada misteri angkasa lepas, rantai tangan ini direka khas untuk wanita dramatik dan feminin. Menggunakan rantai dengan batuan ‘brilliant cut’, rantai rekaan Pengarah Kreatif Giovanna Engelbert ini juga sesuai digandingkan dengan set dari koleksi Constella yang lain (klik sini).
Angelic RM795
Klasik dan sofistikated, sempurna sekali digandingkan gelang koleksi ini dengan set dari keluarga Angelic yang lain. Dengan rona metal rose gold dan bertatahkan pave kristal, ia sesuai digayakan untuk pelbagai acara. Paling cantik jika dipadankan bersama jam tangan Swarovski untuk acara siang! (klik sini).
Swarovski yang merupakan jenama warisan Austria jelas memahami jiwa setiap wanita sempena kedatangan Ramadan ini. Mengambil inspirasi Mira Filzah, anda juga mampu tampil cantik dan berkarisma dengan himpunan koleksi Swarovski yang serba menawan.
Mudahnya, semua di hujung jari! Kini boleh pesan koleksi kesukaan anda dari rumah dengan melayari website Swarovski (klik sini).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu untuk membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian khusus. Besar cabaran yang terpaksa digalas selebriti cantik dan ibu muda, Tya Arifin. Silap percaturan, anak-anak akan rasa kekurangan kasih sayang dan terabai. Namun berkat kesabaran dan semangat untuk menaik taraf ekonomi keluarga, Tya berjaya membuktikan kemampuan diri sebagai isteri, ibu dan wanita bekerjaya.
Biarpun baru meniti usia 26 tahun tetapi kematangan Tya dalam mengharungi fasa hidup wajar dijadikan pemangkin semangat kepada kaum ibu di luar sana. Tidak menganggap kehadiran anak pada usia muda sebagai halangan untuk terus melakar kejayaan, Tya positif menjalani kehidupan bahagia bersama Arif Jiwa Asyraf dan anak perempuannya, Azzahra Jiwa Asyaf. “Alhamdulillah, sekarang Tya dah ada dua anak. Arif tahun ini masuk tiga tahun dan Zahra pula 10 bulan.
Ada yang tanya bagaimana Tya membahagikan masa di antara tugas ibu, isteri dan kerjaya. Bagi Tya, semuanya terletak pada pembahagian masa kita sendiri. Biasanya Tya akan buat planning sehari awal terlebih dahulu. Tya akan masak sarapan pagi untuk anak-anak dan suami dulu walaupun hanya menu ringkas. Kemudian terus ke pejabat dan bawa Arif bersama. Kebetulan tempat kerja dekat dengan rumah jadi senang untuk ulang alik.
Waktu lunch pula Tya akan pastikan dapat makan dengan Arif. Tya tak nak Arif rasa yang ibunya sibuk bekerja dan dia terpaksa makan seorang di rumah. Tya juga beruntung sebab staf banyak membantu dan menjaga Arif sepanjang berada di pejabat. Lepas makan dengan Arif, Tya luangkan masa dengan Zahra pula. Kalau sempat, Tya menyusukan dia sebab Zahra masih breastfeeding.
Selesai semua tu dan mereka dah tidur, Tya kembali semula ke pejabat. Selesaikan segala urusan bisnes Jamu Mutyara. Habis kerja, sebelah malam pun Tya akan spend time lagi dengan anak-anak. Tya jadikan ia sebagai rutin sebab Tya tak nak anak-anak rasa kesepian dan tak jumpa mak mereka langsung sebab sibuk bekerja dari pagi sampai malam,” ujar Tya yang kini berbangga dapat melahirkan seramai 500 stokis menerusi empayar niaga miliknya, Jamu Mutyara.
Bercerita tentang masa bersama suami tercinta pula, isteri Asyraf Khalid ini berkata mereka memilih pendekatan morning walk setiap hari untuk lebih menghargai satu sama lain. “Lepas solat Subuh dan anak-anak masih tidur, kami anak bangun dan buat morning walk dalam 30 hingga 40 minit. Inilah masa Tya dengan Asyraf tanpa anak-anak dan bebas daripada telefon.
Disebabkan kami kerja di bawah satu bumbung yang sama, kami tak mahu urusan pejabat dan rumah dicampur adukkan. Jadi, kami cuba elakkan untuk tidak terlalu cakap tentang bisnes dan lebih banyak berkongsi luahan supaya masing-masing supaya memperbaiki diri serta bersemangat kejar impian.”
Dalam kesibukan Tya mengurus rumah, keluarga, anak-anak dan perniagaan, pemilik nama Nurtria Wulandari Arifin ini turut tidak ketinggalan menitikberatkan soal kebersihan dan keselesaan baju sekeluarga. Demi memastikan pakaian keluarga kekal wangi dan bebas iritasi akibat bakteria yang terlekat di baju, Tya menggunakan pelembut fabrik TOP Plush Soothing Care with Dermatologically Tested.
Kata Tya, “Baunya sedap dan nyaman. Anak-anak Tya memang suka bermain dan senang berpeluh. Jadi Tya kena berikan mereka yang terbaik dengan pelembut TOP Plush yang selamat untuk anak-anak. Ia juga memudahkan Tya untuk mencuci baju dan apabila menggunakannya Tya perasan anak-anak tak alami alahan di badan.”
TOP Plush yang digunakan Tya sangat sesuai untuk bayi dan anak kecil kerana ia mempunyai perlindungan fabrik yang melembutkan. Malah, kelembutan pelembut fabric TOP Plush Soothing Care ini kekal sehingga 100 hari.
Bercerita lanjut tentang manfaat Top Plush, ini pengakuan jujur Tya, “Memang sesuai untuk bayi dan anak-anak Tya macam Arif dan Zahra. Kalau anak happy, Tya pun turut rasa gembira. Lagipun kulit anak kecil ini sangat sensitif. Sebagai ibu juga saya kena pandai memilih yang terbaik. Tya memilih TOP Plush Soothing Care ini sebab ia sesuai dengan anak Tya yang ada ruam-ruam. Memang Tya risau kalau badan anak ada ruam sebab itulah Tya menggunakan TOP Plush Soothing Care sebab ia dermatologically tested!”
Dalam pada itu, usahawan muda ini turut mengakui keselesaan anak-anaknya dalam pakaian mendorong mereka menjadi lebih aktif dan ceria. Sudah tentu perubahan tersebut menyenangkan hati Tya dan suami sekaligus memudahkan mereka menjalani kehidupan sekeluarga.
Jom sertai Peraduan ‘Selfie & Menang’ Say I Do To Plush dan menangi RM200 untuk 10 pemenang sekarang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang seronok dan teruja melihat anak membesar lebih sihat dan cerdas, lebih-lebih lagi minum susu Dugro Madu yang baharu dengan rasa yang lebih sedap!
Mak ayah tentu faham betapa mencabarnya nak pujuk anak-anak minum susu kalau mereka tak suka dengan rasanya. Bila rasa susu berbeza daripada biasa, mulalah anak-anak ‘buat perangai’ dan paling membimbangkan, tak mendapat nutrisi untuk tumbesaran badan yang sepatutnya.
Situasi ini memerlukan kreativiti dan pendekatan yang berbeza. Mak ayah yang bijak boleh memperkenalkan pelbagai jenis susu dengan perisa yang lebih menarik, seperti perisa madu, yang mungkin lebih disukai oleh anak-anak.
Bagi mak mak yang suka memasak dan mencuba resipi lazat untuk keluarga, tentu sekali mahu si manja pun kekenyangan dengan susu yang sedap dan sihat, kan? Jadi inilah pilihan susu terbaik oleh mak mak moden untuk anak tersayang.
DUGRO MADU
Dugro Madu melancarkan resipi baharu yang sangat sedap dan pasti disukai oleh anak-anak. Rasa madunya lebih enak dengan tekstur lebih berkrim, memang serasi dengan selera si manja ketika menikmati susu kesukaan mereka. Aroma madu pun wangi semerbak!
Tahukah juga ibu bapa 1/3 kanak-kanak di Malaysia berisiko menghidapi Anemia*? Kekurangan Zat Besi (IDA) merupakan penyebab anemia yang paling kerap terjadi.
Tapi yang lebih penting, resipi baharu Dugro Madu ini diperkaya dengan pelbagai khasiat yang penting dan Zat Besi Aktif yang menyokong 3 kali Penyerapan Zat Besi** untuk Si Manja anda! Dengan 3 gelas susu Dugro Madu sehari, Si Manja akan mendapat 100% keperluan zat besi^ untuk perkembangan 360 darjah. Dugro Madu juga dilengkapi dengan 21 vitamin dan mineral serta DHA dan EPA, memang terjamin berkhasiat untuk perkembangan mereka!
Bila anak suka minum susu, selera makan mereka pasti meningkat dan tubuh badan jadi cergas untuk bermain dan cepat belajar. Tak perlu bimbang nak berikan mereka Dugro Madu, harganya mampu milik dan berpatutan, tak bebankan kos belanja bulanan pun. Mak ayah boleh pastikan si manja dapat nutrisi terbaik setiap hari.
Dengan memberikan pilihan rasa yang sedap, mak ayah pasti dapat mengubah pengalaman minum susu menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh anak-anak tersayang, sekaligus memastikan mereka mendapat manfaat nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan 360.
DAPATKAN DUGRO MADU BAHARU
Mudah saja untuk mendapatkan Susu Dugro Madu resipi baharu ni. Ia kini boleh didapati di kedai-kedai berhampiran.
Boleh juga beli online di Shopee melalui Dugro Shopee Official. Ibu bapa juga boleh bawa Si Manja cuba Resipi Baharu Susu Dugro Madu baharu ini di cawangan-cawangan berhampiran secara percuma, semaklah jadual sampling Dugro Madu baharu ini di Facebook Dumex Dugro.
Hanya yang terbaik untuk si manja, dan yang terbaik tentulah Susu Dugro Madu baharu yang lebih sedap!
Tatkala buntu mencari pekerjaan, kerjaya sebagai Grab Driver ibarat ‘peluang kedua’ untuk wanita ‘yang bukan saja mampu ubah kehidupan bahkan jana pendapatan anda’ bak kata Perunding Kewangan terkenal, Aisya Rahman.
Jemputan eksklusif menghadiri Masterclass #SisBoleh Kuasai Kewangan yang berlangsung pada 14 November 2024 di ibu pejabat Grab Malaysia, menyerlahkan pelbagai inisiatif syarikat perkhidmatan e-hailing tersebut khususnya terhadap pemerkasaan wanita.
Dianjurkan dalam suasana kasual dan santai, Masterclass yang dihadiri oleh komuniti Grab Driver wanita terdiri Rakan-Pemandu dan Penghantar Wanita Grab itu juga sarat dengan tiga pengisian berilmu tentang keselamatan, kursus & kemahiran serta komuniti.
Tekad untuk terus merancakkan ekonomi gig di negara ini, Grab berusaha menawarkan peluang pekerjaan yang fleksibel dalam suasana selamat untuk wanita. Pendapatan yang dijana sebagai Grab Driver bukan saja dapat membantu keluarga, malah mampu ubah kehidupan seseorang melalui pekerjaan yang baik.
Tambah bermakna, sesi Masterclass #SisBoleh Kuasai Kewangan dikendalikan oleh perunding kewangan terkenal, Aisya Rahman.
Antara topik hangat yang disampaikan adalah:
Menangani trauma wang.
Menguruskan aliran tunai – Cara menyelesaikan hutang dan menjana pendapatan melalui peluang kerjaya di Grab.
Ada masa yang fleksibel dan tak rasa terbeban, itulah antara faktor Mariah Ton Kiptiah Abd Manap berkecimpung dalam kerjaya ini selama tujuh tahun (sejak 2017) secara sepenuh masa. Wanita berusia 53 tahun dari Sg Buloh, Selangor itu juga teruja dapat menambah pendapatan keluarga melalui Grab.
“Saya dan suami merupakan pasangan PJJ. Dia pulang sebulan sekali kerana mencari rezeki di Johor. Jadi saya memandu Grab untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu suami menanggung keperluan anak-anak kami seramai empat orang.
Dalam masa yang sama, saya seronok bawa Grab kerana fleksibiliti masa, dapat jumpa kawan, ikut aktiviti Grab RRC dan timba ilmu baru macam ni,” ujar Mariah. Mampu mencapai untung bersih sehingga RM150/hari, anak jati Tanjung Karang itu mengaku enggan ‘memaksa diri’ bekerja berlebihan meskipun mampu berbuat demikian.
Demi masa depan, segala perbelanjaan Mariah hasil memandu Grab disusun dengan teratur. “Mesti ada simpanan dan insurans sebab kita tak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang. Dengan kursus ni dapatlah saya belajar menyimpan dan mengurus perbelanjaan dengan lebih baik.”
Selain mencari rezeki, memandu Grab juga membantu Mariah dari segi kewangan seperti menyelesaikan hutang-piutang dan menyara pengajian anaknya di universiti. “Duit daripada hasil memandu Grab ni, alhamdulillah cukup bagi menampung keperluannya sehingga habis belajar. Sekarang anak dah bekerja dan dia banyak membantu saya,” ujarnya.
Mengakhiri perbualan, sempat Mariah berkongsi pengalaman ‘ditipu’ oleh penumpang. “Pernah sekali orang tak bayar. Tapi lepas buat report dan sertakan bukti, Grab bayar balik kerugian saya tu. Untuk keselamatan pemandu wanita pula, kini Grab tawarkan ‘audio protection’ serta pilihan untuk menerima penumpang wanita sahaja,” akhirinya.
Ya, kini pemandu Grab wanita boleh memandu dengan yakin menggunakan ciri baharu yang ditawarkan dalam aplikasi Grab Driver bagi memastikan keselamatan terjamin. Antaranya fungsi:
AudioProtect: Rakaman audio semasa perjalanan.
Kongsi Lokasi Langsung: Pada masa nyata.
Pilihan ‘Women Passengers Preferred BETA’: Pilihan untuk mengambil penumpang wanita sahaja.
Bantuan Kecemasan: Akses pantas dengan hanya satu klik.
Kontak Kecemasan: Perkongsian lokasi dengan kontak.
Merupakan seorang ibu tunggal dan florist sambilan, Nor Ezatul Farrita Shaari baru sahaja menyertai keluarga Grab sebagai pemandu pada tahun 2023. Paling mengagumkan, wanita berusia 46 tahun ini memiliki tiga orang anak yang bijak pandai serta lulusan universiti ternama di Malaysia.
“Alhamdulillah anak sulung saya lulusan UTP, manakala anak kedua masih menuntut di UPM dan yang bongsu di UiTM. Sebagai wanita berumur, saya berada dalam fasa sukar untuk memohon pekerjaan. Antaranya perlu bersaing dengan calon-calon muda. Jadi saya ikhtiarlah cari pendapatan sendiri tanpa harapkan bantuan anak-anak.
Bagi saya mereka juga ada kehidupan dan saya tak mahulah bebankan mereka untuk membantu saya. Syukur dengan kesihatan dan kemampuan bergerak yang Allah bagi, saya masih boleh bekerja sebagai pemandu Grab.
Dulu saya pernah bekerja makan gaji. Kemudian berhenti dan buat bisnes florist di Kuala Lumpur. Sayangnya masa PKP, bisnes merudum dan saya terpaksa tutup kedai. Macam-macam masalah datang bila bisnes rugi, duit simpanan habis, nama masuk CTOS, kereta rosak. Sampailah datang seorang kawan yang sarankan jadi pemandu Grab. Di situlah permulaan saya dalam kerjaya ini,” cerita Ezatul tanpa berselindung.
Sebagai ibu tunggal yang gigih mencari rezeki, wanita ini tetap menggubah bunga secara sambilan sambil memandu Grab. “Masih ada customer yang ambil tempahan bunga dengan saya tapi jujurnya masih tak cukup untuk menampung perbelanjaan. Saya mula memandu Grab pada Disember 2023, masih baru tapi dah banyak saya belajar melalui kursus-kursus yang ditawarkan.
Tapi yang paling saya suka adalah kursus untuk pemandu Grab wanita seperti ini. Pemandu Grab wanita ramai, jadi dengan program sebegini membolehkan kami berjumpa dan bertukar cerita. Bila Grab kerap anjurkan program, saya dapat kenal ‘rakan sekerja’ saya,” kongsi Ezatul yang kini selesa memperoleh pendapatan RM130 – RM150 sehari dengan memandu kereta jenis Proton Saga.
Antara faktor yang menyeronokkan sebagai pemandu Grab, bagi Ezatul tentu sekali dari segi fleksibiliti masa. “Saya santai-santai saja. Kita sendiri yang plan nak kerja macamana. Kalau tak mahu bawa penumpang warga asing, saya elakkan mengambil di kawasan tertentu. Lebih baik fokus di tempat elit saja. Yang penting setiap hari, kita capai sasaran yang tak merugikan kos minyak dan penyelenggaraan kereta sendiri.”
Mengakui dirinya sebagai seorang yang penakut, Ezatul pernah berdepan pengalaman membawa penumpang warga Nigeria. “Sambil bawa kereta saya asyik berdoa keselamatan diri. Dengar pula dia di belakang berdehem-dehem, saya punyalah berharap supaya cepat dan selamat sampai ke destinasi.
Alhamdulillah kini ada feature terbaru yang membolehkan kami pemandu Grab wanita memilih penumpang wanita juga pada waktu malam. Ia sebenarnya satu ‘kelegaan’ kerana ramai penumpang wanita juga selesa mendapat pemandu wanita untuk membawa mereka,” akhiri Ezatul sambil menyifatkan Grab sebagai platform yang paling selamat untuk wanita.
Memilih untuk menjadi pemandu Grab wanita secara sambilan, kerjaya pilihan Rasidah Hassim sejak tahun 2020 ini banyak menampung belanja keperluan hariannya. Kata ibu anak dua itu, dia selesa bekerja mengikut keselesaan masa sendiri namun menimba banyak ilmu melalui pelbagai inisiatif yang Grab tawarkan.
“Hari ni melalui program #SisBoleh, saya belajar pasal kewangan sebelum dan selepas bekerja. Ia banyak membantu saya menguruskan hutang daripada terbeban. Saya sebelum ni memang buat kiraan duit keluar-masuk secara bulanan tapi setakat itu sajalah. Jadi dengan step-by-step yang diajar, saya makin faham soal pengurusan wang dengan berhemah,” akhiri wanita berusia 34 tahun itu.
Bengkel #SisBoleh Bersama Grab turut disempurnakan oleh Perunding Kewangan, Aisya Rahman menerusi bicara #SisBoleh Kuasai Kewangan. Dalam sesi tersebut, semua pemandu Grab wanita berpeluang mendapat tip menguruskan duit serta mengembangkan pendapatan secara bijak.
Kerjaya sebagai Grab Driver ibarat ‘peluang kedua’ untuk wanita ‘yang bukan saja mampu ubah kehidupan bahkan jana pendapatan anda’ bak kata Perunding Kewangan terkenal, Aisya Rahman.
Sebagai tenaga pengajar wanita, Aisya Rahman diberi tugasan untuk mendidik mereka agar lebih celik kewangan. “Kita tahu wanita ni kaum yang sering ditindas. Saya sendiri dibesarkan oleh seorang nenek yang dimadukan. Dalam Islam, bermadu itu tidak salah tetapi ia sedikit sebanyak memberi implikasi dari sudut kewangan. Suami cenderung ‘memilih’ salah satu keluarga untuk ditekankan, dan dalam kes nenek saya sebagai isteri pertama, dia tidak bernasib baik. Ibu saya pula seorang ibu tunggal, jadi sejak kecil saya menjadi saksi pelbagai trauma kewangan yang dilalui oleh dua keturunan.
Bila dah berkahwin, suami saya pula jatuh muflis. Jadi dengan siapa saya nak bercerita tentang perkara ni? Aib, bukan? Tapi itulah yang berlaku 10 tahun lepas, cuma saya tukar kesakitan itu sebagai bisnes saya sekarang. Anda boleh jual apa pada orang yang ada masalah hutang? Kita jual bantuan. Bagi strategi atasi hutang.”
Menurut pengasas program ‘Women & Wealth Workshop’ ini, ramai wanita yang dikenali melalui Grab adalah kenalannya. Jika kelas kewangan lain mengajar tentang cara melabur saham atau promosi kad kredit yang bagus, Aisya pula lebih banyak menggunakan ilmu psikologi dan ilmu agama yang digabungkan untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik.
“Saya dah buat program ni selama dua tahun dan saksikan banyak perubahan di kalangan student saya. Majoriti student saya dalam kelas pertama lagi dah menangis. Mungkin sebab saya dah buka balik ‘luka’ yang dah lama dipendam. Sampai bila nak pendam? Dalam perubatan pun, lebih lama penyakit, kemarahan dan trauma dipendam, lebih cepat tubuh badan kita sakit. Muda-muda dah sakit, kita kena tanya trauma apa yang dipendam?” soal Aisya.
Cara Grab mengangkat wanita? “Bagi saya Grab ini adalah peluang kedua. Secara umumnya, Grab menawarkan bahu untuk bersandar. Para pemandu dibayar gaji secara harian dan saya nampak syarikat ini sangat peduli tentang kebajikan partner (pemandu) mereka.
Ramai pemandu Grab wanita terdiri daripada golongan wanita ditinggalkan, ibu tunggal, balu, jatuh muflis dan ada juga caretaker yang menjaga ahli keluarga. Dalam situasi hidup yang mendesak dan hutang bertimbun, ke mana lagi arah tuju mereka? Jadi bila Grab buat event #SisBoleh ni, saya tak sangka jumpa ramai yang sedang dirundung masalah dan tak tahu nak ke mana.”
Akhiri Aisya, kelas ini membuka matanya tentang realiti kewangan yang dialami wanita, khasnya para pemandu Grab wanita. “Grab adalah platform yang sangat peduli tentang nasib wanita. Tanpa mengira siapa anda, baginya kita semua sama. Saya nampak Grab adalah second chance, bukan saja dari segi kehidupan, malah kewangan.”
Yang jelas, inisiatif Grab Malaysia dalam menganjurkan latihan dan bengkel khusus sebegini sangat baik untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri Rakan-Pemandu dan Penghantar Grab wanita.
Kerjaya sebagai Grab Driver ibarat ‘peluang kedua’ untuk wanita ‘yang bukan saja mampu ubah kehidupan bahkan jana pendapatan anda’ bak kata Perunding Kewangan terkenal, Aisya Rahman. Mereka juga dapat membina komuniti yang sihat melalui pelbagai aktiviti dan penghargaan melalui perkongsian kisah-kisah inspirasi dalam #SisBoleh. Syabas Grab Malaysia!
Seorang yang warak dan bijaksana, kisah inspirasi sosok bos Wardah - Nurhayati Subakat yang kaya-raya ini jadi perhatian kerana merendah diri meski nilai kekayaan syarikatnya iaitu PT Paragon Technology and Innovation di Indonesia, cecah US$1.5 billion.