Sejak usia 6 tahun lagi personaliti kerabat dari Kelantan, Puteri Annisa Amalin Amir atau Puteri sudah menunjukkan minatnya terhadap dunia masakan apabila gemar membelek buku-buku masakan milik Nendanya iaitu YM Tengku Anisah@Zainab Binti YM Tengku Muhammad.

Menu pertama yang dipelajari oleh gadis berusia 24 tahun ini ialah rendang ayam bersama pulut kuning serta makaroni bakar.

IKLAN

“Ketika kecil saya suka memerhati Bonda, Nenda dan pembantu ketika mereka memasak dan menyediakan bahan-bahan masakan. Bonda saya bernama Nik Safuanah Binti Mohd Hashim.

Cantik, Muda & Pandai Memasak, YM PUTERI ANNISA AMALIN Kongsi Menu Istana Kelantan

Cantik, Muda & Pandai Memasak, YM PUTERI ANNISA AMALIN Kongsi Menu Istana Kelantan

Saya juga merindui suasana ketika belajar memasak bersama sepupu-sepupu ketika zaman kanak-kanak. Kami sama-sama menyediakan hidangan untuk keluarga sambil dipantau oleh Nenda. Momen ini sangat seronok dan meninggalkan banyak kenangan manis.

MENU ISTANA

Antara menu istana kegemaran kami sekeluarga ialah Itik Serati Solor, Ros Lidah, Kerabu Sayuran Campur, Kerabu Daging, Solok Ikan Goreng, Kerabu Bekol Sri Kelantan dan Pulut Kuning Bersama Rendang Daging.

Untuk manisan pula ialah Mas Sejemput, Nasi Manis, Martabak Diraja, Nasi Kaya, Tepung Manis, Puding Jala Emas dan Cucur Betawi.

Salah satu menu yang sering saya masak ialah Ros Lidah. Ia merupakan lidah lembu yang direbus empuk kemudian dibersihkan dan dihiris nipis. Seterusnya ia diperap dan digoreng.

Saya lengkapinya dengan kuah yang sangat mudah dibuat. Ros Lidah ini merupakan menu turun temurun daripada Nenda saya.

Cantik, Muda & Pandai Memasak, YM PUTERI ANNISA AMALIN Kongsi Menu Istana Kelantan
Itik Serati Solor

Secara peribadi, menu istana yang paling saya gemari ialah Itik Serati Solor. Ia juga resipi turun temurun keluarga saya. Ia mempunyai pelbagai rempah ratus yang dikisar secara tradisional sama ada digiling atau ditumbuk menggunakan batu gilingan.

Itik kemudiannya dibakar menggunakan bara arang. Memasak menu ini memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa. Itik Serati Solor sangat sedap dihidang bersama nasi putih dan ulam ulaman.

Bagi saya menu diraja Kelantan cukup istimewa kerana masih mengekalkan resipi asli serta mengekalkan kaedah tradisional seperti menggunakan bara arang, kuali tembaga, dulang tembaga, periuk atau belanga tanah dan batu gilingan. Selain itu, ia turut menggunakan bahan-bahan masakan semula jadi.

AMALAN PETUA

Selain menjaga kesihatan dan kecantikan awet muda, keluarga saya turut mengamalkan memakan ulam ulaman seperti ulam raja, pucuk gajus, pucuk paku dan pegaga.

IKLAN

Cantik, Muda & Pandai Memasak, YM PUTERI ANNISA AMALIN Kongsi Menu Istana Kelantan

Bagi saya ulam adalah suplemen semula jadi yang bagus untuk kesihatan luaran serta dalaman. Petua ini juga merupakan amalan turun temurun keluarga saya.

SUKA FESYEN KLASIK

Dari segi fesyen, selain trend moden saya turut menyukai stail yang ada sentuhan klasik, songket dan batik Kelantan kerana ia melambangkan tradisi keluarga diraja Kelantan. Aksesori pula elemen ‘wajib’ bagi saya ketika mengenakan sesuatu pakaian.

Cantik, Muda & Pandai Memasak, YM PUTERI ANNISA AMALIN Kongsi Menu Istana Kelantan

IKLAN

Saya juga penggemar barangan antik antaranya barang kemas yang diwarisi daripada Nenda seperti anting-anting, gelang kaki dan tangan, serta rantai. Tidak ketinggalan busana Nenda yang dipakainya ketika di dalam istana Kelantan.

AKTIF BUAT AMAL

Saya aktif menyertai persatuan kerabat diraja Kelantan seperti melakukan aktiviti pengurniaan zakat kepada anak-anak tahfiz dan yatim. Kami juga melakukan pengurniaan zakat kepada golongan asnaf serta lawatan ke rumah orang-orang asli Kelantan.

Setiap tahun juga pada bulan Ramadan kami akan berbuka puasa bersama anak-anak yatim negeri Kelantan.”

Cantik, Muda & Pandai Memasak, YM PUTERI ANNISA AMALIN Kongsi Menu Istana Kelantan

Cantik, Muda & Pandai Memasak, YM PUTERI ANNISA AMALIN Kongsi Menu Istana Kelantan

Selain bertugas sebagai penasihat dan pakar pemasaran dalam perniagaan, Puteri juga aktif sebagai freelance modelling.

Puteri memiliki darah campuran Melayu, Cina dan Uzbekistan sekaligus menyerlahkan kecantikan asli anak jati Kota Bharu, Kelantan ini.

Kredit Foto: Instagram Puteri Annisa Amalin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI