
Berseri-serinya Hani Karmila di majlis pernikahan! Terpancar sinar kebahagiaan dan gembira di wajah puteri kesayangan Puan Sri Tiara Jacquelina ini tatkala disatukan dengan jejaka pilihan pada 7 Ogos lalu. Meskipun tanpa solekan tebal sudah cukup menyerlahkan kecantikan semula jadi pengantin perempuan ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, Hani Karmila atau mesra disapa Mila yang meniti usia 29 tahun kelihatan memukau ketika diiring masuk ibu tersayang, Puan Sri Tiara Jacquelina menuju ke ruang pelamin.
Sentuhan magis jurusolek ternama tanah air, Khir Khalid nyata berjaya menonjolkan raut wajah jelita figura ini.

Terserlah Kejelitaan Hani Karmila
Mila memikat pandangan tetamu yang hadir dengan keanggunannya mengenakan persalinan eksklusif rona putih gading rekaan Afiq M. Simple yet elegant!
Wanita berjiwa lasak ini selamat diijab kabulkan dengan jejaka kacak kelahiran Sarawak iaitu Abang Saef Hud dalam majlis pernikahan serba indah yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat. Difahamkan perkenalan Mila dan Abang Saef bermula kira-kira lapan tahun lalu.
Sempena hari bahagia pasangan mempelai, keluarga pengantin perempuan kelihatan sedondon dalam persalinan rona jingga. Begitu juga ‘dulang girl’ dan ‘dulang boy’ yang memakai busana warna sama.


Sementara pihak keluarga pengantin lelaki pula cantik dan segak dalam persalinan rona biru lembut. Pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran. Manakala pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang hantaran berupa cincin dan kek.
Turut hadir meraikan hari bahagia Mila dan Abang Saef ialah selebriti Juliza Adzlizan.
Hani Karmila Isteri Abang Saef

View this post on Instagram
Khabarnya, Abang Saef ialah pemilik gim dan jurulatih Ryu Combat Academy yang menawarkan seni bela diri seperti Jiu Jitsu yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Mila merupakan salah seorang tenaga pengajar.
Sebelum ini, bintang filem ‘Laknat’ berkenaan pernah meraih pingat emas dalam Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura. Dia mula aktif menceburi seni bela diri Jepun berkenaan hampir sedekad lalu.
Hani Karmila satu-satunya anak perempuan Puan Sri Tiara Jacquelina hasil perkahwinan dengan bekas suami yang juga pelakon kacak, Allahyarham Hani Mohsin. Allahyarham meninggal dunia pada 25 Julai 2006.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
















