Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik, comel, bergaya dan kaya… nama Angelababy dikenali di China dan Hong Kong. Memulakan karier sebagai pelakon dan model, personaliti ini menarik perhatian dunia apabila dia berkahwin dengan pelakon terkenal China, Huang Xiaoming yang 11 tahun berusia darinya.
Angelababy dan Huang dikatakan menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun dan hanya mendedahkan kepada umum tentang perhubungan mereka pada tahun 2014.
Ibu Angelababy berasal dari Shanghai sementara bapanya merupakan rakyat Hong Kong yang berketurunan Jerman dan China. Disebabkan perkahwinan campur itu, Angelababy mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Shanghai, Jepun dan Kantonis.
Sepanjang bergelar selebriti, nama Angelababy sering terpalit dengan kontroversi menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan cantik. Namun selebriti ini menegaskan tidak pernah melakukan prosedur tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus mengaitkannya dengan perkara tersebut demi menjaga reputasi.
Bahkan, suami Angelababy juga mengakui kecantikan isterinya adalah asli.
Ads
Sepanjang pembabitannya dalam industri perfileman, aktres ini sudah menembusi pasaran filem Hollywood antaranya menerusi filem Hitman: Agent 47 (2015) dan Independence Day: Resurgence (2016).
Sejak kecil Angelababy sudah didedahkan dengan dunia fesyen memandangkan bapanya memiliki empayar fesyen di Shanghai. Bagaikan sudah sebati dengan kerjaya bapa
tersayang, wanita berjiwa besar ini begitu tertarik dengan fesyen dan menceburkan diri dalam bidang peragaan.
Ads
Bersandarkan wajah sempurna, susuk tubuh tinggi lampai dan cita rasa fesyennya Angelababy telah menandatangani kontrak bersama Style International Management ketika usianya baru mencecah 14 tahun iaitu setahun selepas dia berhijrah ke Hong Kong.
Mewarisi bakat berniaga dari bapanya, selebriti ini juga mengusahakan perniagaan berasaskan kecantikan, kafe dan butik pakaian. Antara empayar yang diusahakan Angelababy termasuk butik merias kuku dan kafe yang dikendalikan bersama seorang aktor Hong Kong.
Malah, dia juga terlibat dalam pelaburan berskala besar serta aktif sebagai aktivis.
Ads
Berdasarkan populariti yang diraih, Angelababy telah dilantik wajah kempen Christian Dior di China selain merupakan antara artis paling kaya di Hong Kong yang memiliki kekayaan USD50 juta. Begitu juga suaminya yang mengutip USD80 juta.
Pada tahun 2016, Forbes mengiktiraf Angelababy sebagai salah seorang daripada Top 30 selebriti muzik, atlet dan bintang filem bawah umur 30 tahun yang mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
Kredit: Instagram Angelababy
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpegun tengok wajah terkini atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri. Tidak sampai seminggu menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 baru-baru ini, tidak dinafikan Dhabitah sememangnya memiliki aura yang mampu membuatkan sesiapa sahaja ingin melihatnya berkali-kali. Malah, pesona anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga pernah menarik perhatian media antarabangsa ketika temasya Sukan Olimpik Rio 2016 kerana sikapnya yang gemar tersenyum!
Mengimbas kembali momen Dhabitah dalam acara sukan dunia yang berlangsung kira-kira empat tahun lalu itu, nama Dhabitah meniti di bibir peminat sukan di seluruh dunia yang tertawan dengan senyuman manisnya meskipun ketika berada di kolam renang. Walau terjunan Dhabitah ketika itu kurang kemas namun dia tetap melemparkan senyuman kepada penonton. Aura positif Dhabitah cukup menyenangkan hingga rata-rata mereka yang menyaksikan acara sukan berkenaan memuji atlet kebanggaan Malaysia ini.
https://www.instagram.com/p/B_9MCKcH4oc/
Sebaik menyedari namanya diperkatakan ramai, empunya diri memberitahu tindakannya yang dilihat sering tersenyum sebelum dan selepas membuat terjunan adalah kerana mahu menghilangkan perasaan gemuruh.
Mengintai foto terbaru Dhabitah di laman media sosial, jaguh renang yang dilahirkan pada 12 Julai 1999 ini turut berkongsi gambar sambutan hari lahir di samping kekasih hati yang merupakan pemain bola sepak Kuala Lumpur FA, Azhar Apandi. Kongsi Dhabitah, “Happy Birthday to me! Alhamdulilah.. Not the birthday that I had planned but a birthday that I needed. I want to say thank you for all the wishes & I’m sorry kalau ada wish yang saya tak perasan or tak reply. Most importantly, I want to say a BIG FAT THANK YOU to my loved ones for the meaningful celebration.”
Difahamkan anak bongsu kepada pasangan Sabri Hashim dan Fazidah Jaafar ini mula didedahkan dengan sukan renang selepas memperlihatkan minatnya terhadap sukan berkenaan sejak kanak-kanak lagi. Sepanjang bergelar atlet, Dhabitah yang mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) telah berjaya merangkul pelbagai anugerah.
Antaranya penerima Anugerah Sekolah Sukan Bukit Jalil (Atlet Sukan Wanita Terbaik), 100 plus Sports Awards (Atlet Harapan Malaysia 2016), pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014, penerima pingat emas Asian Diving Cup 2015, FINA Diving Grand Prix, Sukan SEA 2015, Sukan SEA 2017 dan Olahragawati Wilayah Persekutuan 2017.
Atas pencapaian cemerlang dalam bidang sukan, Dhabitah diberi kepercayaan membawa obor terakhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Lebih membanggakan, atlet akuatik negara ini menjadi antara 200 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara. Pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu, Dhabitah dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Wilayah (AMW).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah mendapat julukan majlis perkahwinan ‘Asian Wedding of the Year’ kira-kira 18 tahun yang lalu, pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah masih menjadi bualan hingga ke hari ini.
Tidak hanya dikurniakan rupa paras lembut menawan, Pengiran Anak Sarah turut menjadi tumpuan di negara ini kerana penampilan baginda yang mempesona di samping tingkah laku yang sarat dengan nilai wanita Timur.
Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.
Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan gilang-gemilang Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, pasangan diraja ini mengenakan persalinan biru yang turut menyaksikan ia dihadiri orang kenamaan, keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman.
Kedua-dua pasangan diraja ini dibawa menaiki kereta open-topped Rolls-Royce dan mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut masyarakat di sepanjang jalan.
Hasil perkahwinan selama hampir 17 tahun, baginda berdua dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Pada 8 Januari 2021, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dilihat merasmikan acara pembukaan butik SR Design. Seperti kelaziman, penampilannya telah menarik perhatian ramai. Anggun mengenakan blouse corak berbunga lembut dan tudung bawal polos berwarna putih, kejelitaan Pengiran Anak Sarah jelas terserlah!
Sekitar empat tahun lalu, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menjalin berkolaborasi dengan usahawan wanita Malaysia terkenal, Datin Vivy Yusof yang merupakan pengasas The Duck Group dan FashionValet bagi menghasilkan empat koleksi skaf edisi terhad iaitu The Royal Duck.
Kredit foto: Instagram Brunei Royal Family & Sarhmhtdee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa lagi yang mampu dikatakan tentang taste fesyen selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor ini selain daripada ‘Wow’! Pakailah busana macam mana sekalipun pasti mata tertumpu kepada penampilannya dan terus jadi ikutan ramai. Ingat lagi gelombang fenomena Swarovski dan tudung Naelofar Hijab yang digayakan Neelofa ketika membintangi drama romantis Suri Hati Mr Pilot.
Apa saja yang Lofa pakai mesti ramai yang hendak tahu dan beli. Memang luar biasa aura usahawan Naelofar Hijab ini!
Pada 1 Syawal lalu, pengacara Meletop ini kembali menjadi bualan netizen dek kerana fesyen baju raya yang dipakai. Tampil minimalis namun sarat dengan pesona elegan… yang lebih mencuri tumpuan ialah rekaan baju raya Neelofa tahun ini sama dengan busana raya ibunda tersayang, Datin Noorkartini. Yang berbeza hanyalah warna.
Selain mengakui raut wajah Lofa yang begitu mirip dengan ibu tersayang… rata-rata peminat menganggap keakraban dan penampilan anak-beranak ini tidak ubah seperti adik-beradik. Bahkan laman Instagram Neelofa dibanjiri dengan ribuan komen peminat yang memuji kecantikan kedua-duanya.
Difahamkan, persalinan lebaran Neelofa dan Datin Noorkartini ditempah khas dari label fesyen terkenal tempatan, Alia Bastamam. Rekaan eksklusif Liquid Satin Tunics ini nyata berjaya menyerlahkan effordlessly beautiful kepada si pemakai!
Neelofa kelihatan memikat dengan pilihan rona ungu sementara Datin Noorkartini pula menawan dengan warna pic.
Berpeluang meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta di Pasir Mas, Kelantan… Neelofa menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menikmati hari bermakna ini di samping ibu dan adik-beradik yang lain.
“Alhamdulillah, another year, another Raya I get to celebrate with my Mama, Noorkartini. Always grateful, always thankful for this opportunity.”
Dalam pada itu, Neelofa turut mengucapkan selamat hari raya kepada semua followers dan berpesan agar sentiasa berhati-hati di musim perayaan ini. Selain bersederhana ketika menikmati santapan juadah hari raya!
Khabarnya, Neelofa kini sedang berada di Tanah Suci Mekah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!