Masalah perut buncit boleh membuatkan seseorang wanita kurang berkeyakinan diri dan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Selain itu, masalah ini juga menjadi musuh utama wanita kerana boleh membuat mereka bingung untuk memilih baju yang sesuai dan menutup perut buncit ketika bergaya. Selalunya, yang menjadi masalah orang perut buncit dalam pemilihan pakaian ialah seluar. Dah cantik dah boleh sarung seluar masuk kaki ke peha. Tapi alamak, bila sampai perut je tak lepas!

Lama Sangat Kena Tunggu Hasil Diet, Pakai Je Macam Ni Untuk Sembunyikan PERUT BUNCIT!

IKLAN

Tidak semestinya orang yang berbadan saja mempunyai masalah perut buncit, tapi orang yang kurus pun ada masalah perut buncit. Ramai orang yang tidak menyedari sebenarnya punca utama masalah perut buncit ialah kerana pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Minuman bergas juga akan membuatkan badan anda naik berlipat kali ganda. Jadi, cubalah untuk menghindari makanan jenis bagi mengekalkan betuk body yang perfect di mata anda.

Namun, perut buncit tidak seharusnya menjadi halangan kita untuk bergaya. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, betul tak? Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ini ada beberapa tip pemakaian untuk menyembunyikan perut buncit anda dengan berkesan.

 

HIGH WAISTED PANTS

Seluar dengan potongan pinggang tinggi jawapan untuk masalah perut buncit anda. Selain menyerlahkan ukuran pinggang dan menutup bahagian depan perut, seluar jenis ini juga mampu memberi kesan tinggi kepada si pemakai. Kebiasaanya seluar berpinggang tinggi ini hadir dalam fabrik denim tapi tedapat juga pelbagai jenis fabrik lain yang menyediakan potongan seperti ini. Anda boleh memilih apa sahaja fabrik yang anda mahukan namun pastikan ia berfabrik tebal seperti denim kerana ia akan bertindak seperti bengkung.

Lama Sangat Kena Tunggu Hasil Diet, Pakai Je Macam Ni Untuk Sembunyikan PERUT BUNCIT!

Lama Sangat Kena Tunggu Hasil Diet, Pakai Je Macam Ni Untuk Sembunyikan PERUT BUNCIT!

 

BAJU OVERSIZED

Cara ini ternyata berkesan menyembunyikan perut anda yang berlemak tu! Jangan pernah menggunakan baju atau dress yang terlalu ketat kerana ia akan membuat anda seperti perempuan mengandung. Selain itu, baju yang mempunyai potongan besar juga boleh memberi keselesaan yang maksimum kepada anda dan boleh digayakan dengan pelbagai cara.

Lama Sangat Kena Tunggu Hasil Diet, Pakai Je Macam Ni Untuk Sembunyikan PERUT BUNCIT!

IKLAN

Lama Sangat Kena Tunggu Hasil Diet, Pakai Je Macam Ni Untuk Sembunyikan PERUT BUNCIT!

 

BAJU PEPLUM

Pakaian jenis potongan ini juga harus ada dalam koleksi anda. Di pasaran juga terdapat begitu banyak pilihan potongan seperti ini. Selain sesuai digayakan ke majlis-majlis formal, baju peplum juga sesuai digayakan bersama seluar jeans.

IKLAN

Lama Sangat Kena Tunggu Hasil Diet, Pakai Je Macam Ni Untuk Sembunyikan PERUT BUNCIT!

Lama Sangat Kena Tunggu Hasil Diet, Pakai Je Macam Ni Untuk Sembunyikan PERUT BUNCIT!

 

WARNA GELAP

Hal pertama yang anda perlu pastikan ketika memilih pakaian untuk menyembunyikan perut buncit ialah warnanya. Memilih pakaian berwarna gelap dapat membuat tubuh tampak lebih langsing selain dapat menyamarkan perut buncit.

Lama Sangat Kena Tunggu Hasil Diet, Pakai Je Macam Ni Untuk Sembunyikan PERUT BUNCIT!

Lama Sangat Kena Tunggu Hasil Diet, Pakai Je Macam Ni Untuk Sembunyikan PERUT BUNCIT!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI