Beruntung! dilahirkan menjadi wanita bernama Kareena Kapoor Khan. Rasanya sudah tidak ada apa lagi yang diharapkan dalam hidupnya. Semua yang menjadi dambaan wanita sudah menjadi miliknya. Bak kata orang hidup lengkap serba-serbi!

IKLAN
Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Masa mengandung pun cantik tau Kareena Kapoor Khan ni. Foto: Instagram @therealkareenakapoor
Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Foto: Instagram @therealkareenakapoor

Bergelar seorang selebriti Bollywood yang terkenal seluruh dunia yang sudah tentunya mempunyai pendapatan yang lumayan. Mungkin duit bukan masalah bagi pelakon filem Kabhi Khushi Kabhie Gham ini kerana kerjaya seninya yang cemerlang dan sehingga kini masih mendapat undangan berlakon.

Sementelah mempunyai suami yang juga terkenal dan kaya-raya. Khabarnya Saif Ali Khan memiliki sebuah ‘istana’ yang digelar Istana Pataudi diwarisi daripada keluarganya berketurunan diraja. Lengkap bagai sebuah istana dengan memiliki 150 bilik yang dianggarkan bernilai RM466 juta. Mungkin boleh sesat kalau berjalan dalam kediaman mewah itu.

Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Khabarnya ini adalah sebahagian dari Istana Pataudi yang dirakamkan oleh anak Saif Ali Khan, yang juga aktres Bollywood, Sara Ali Khan. Foto: Instagram @saraalikhan95

Bercerita tentang keluarga pula, Kareena Kapoor bahagia bergelar ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Wajah kacak anak sulungnya, Taimur yang kini berusia 5 tahun sentiasa mencuri tumpuan peminatnya. Namun, Kareena dan suaminya Saif Ali Khan kelihatan begitu berahsia sedikit tentang anak keduanya. Baik Kareena mahupun suaminya kurang memberi pendedahan di media sosial masing-masing tentang bayi lelaki yang lahir pada 21 Februari lalu ini. Sehingga kini, nama anak keduanya ini pun tidak didedahkan.

Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Taimur bersama adik lelakinya. Foto: Instagram @kareenakapoorkhan
Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Wajah kacak Taimur. Foto: Instagram @therealkareenakapoor
Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Taimur. Foto: Instagram @therealkareenakapoor
Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Foto: Instagram @therealkareenakapoor
Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Foto: Instagram @therealkareenakapoor
Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Anak-anak Saif Ali Khan bersama bekas isterinya Amrita Singh. Foto: Instagram @saraalikhan95

Bukan sahaja bahagia menjadi ibu, Kareena juga menerima anak tirinya dengan penuh kasih sayang sehingga mendapat pujian daripada anak-anak tirinya. Berkahwin dengan Saif Ali Khan pada 16 Oktober 2012, bermakna Kareena turut menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu tiri kepada sepasang anak suaminya hasil perkahwinan terdahulu. Kehidupan bahagia keluarga Kareena Kapoor dikatakan menjadi family goal seluruh peminatnya.

IKLAN
Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Foto: Instagram @therealkareenakapoor
Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Foto: Instagram @therealkareenakapoor

Kareena Kapoor juga memiliki raut wajah yang cantik dan berjaya mengekalkan kecantikan di usia 40 tahun. Kareena masih kelihatan awet muda, kulitnya juga masih cantik dan anjal persis seorang wanita berusia 20-an. Kecantikan Kareena Kapoor benar-benar natural kerana tidak ‘takut’ menampilkan wajah polosnya di media sosialnya. Seringkali juga wanita yang hebat menari ini membuat hantaran di media sosialnya tanpa secalit mekap.

Khabarnya, Kareena bukan jenis wanita yang sanggup melaburkan wang yang banyak untuk rawatan kecantikan. Wanita ini hanya menjaga rutin wajah secara asas dan tidak keterlaluan. Pelakon filem Bajrangi Bhaijaan di samping aktor Salman Khan ini juga memberitahu kurang gemar membeli barangan kosmetik yang mahal.

IKLAN
Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Foto: Instagram @therealkareenakapoor
Cantik Usia 40, Ada 2 Anak KACAK & ‘Istana’ 150 Bilik, Hidup KAREENA Lengkap Serba-Serbi
Foto: Instagram @therealkareenakapoor

Mungkin Kareena adalah di antara wanita yang beruntung tidak mempunyai masalah pada kulit. Hanya dengan penjagaan yang ringkas kulit tetap kelihatan cantik dan menawan.

Selain itu, rahsia Kareena kekal menawan pada usia 40 tahun adalah kerana dia turut mengamalkan rutin diet secara konsisten biarpun sudah bergelar isteri dan ibu. Kareena benar-benar disiplin melakukan dietnya dan mengamalkan minum air kosong dan membersihkan kulit wajah dengan air suam pada setiap hari.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI