Tumpang gembira dengan kehidupan rumah tangga Dato’ Sri Eizlan dan isteri tercinta, Datin Sri Sasha. Peribadi suami isteri ini yang ‘low profile’ dan sentiasa berdua menemani pasangan masing-masing ke mana saja meraih perhatian khalayak. Sepanjang bergelar suami isteri, kedua-duanya tampil bahagia dan bijak menjaga privasi diri.