MasyaAllah, comelnya anak Raja Ilya dan Trent Garret! Genap berusia lima bulan pada 1 Disember, bayi perempuan yang diberi nama Talita ini sering jadi tumpuan peminat ibunya!
IKLAN
Mewarisi keturunan Australia dan Malaysia, kehadiran bayi ini nyata menceriakan rumah tangga aktres jelita berkenaan. Apatah lagi Raja Ilya dan suami menanti selama tiga tahun untuk menimang cahaya mata.
Kian bahagia memegang status ibu, ruangan media sosial Raja Ilya kini sarat dengan foto dan video anak tersayang. Malah akaun Instagram Talita sejak Mei lepas hingga ke hari ini sudah pun mencecah lebih 40 ribu followers!
Mengimbas kembali kelahiran Talita, dia dilahirkan di Perth, Australia pada 1 Julai lepas.
Menariknya, bulan Julai menjadi bulan paling bermakna buat Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, suami dan anak. Ini kerana kesemua mereka lahir pada bulan berkenaan.
Anak, Talita dilahirkan pada 1 Julai diikuti Raja Ilya pada 11 Julai dan suaminya, 17 Julai.
Raja Ilya yang berusia 37 tahun mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan kelahiran Australia, Trent Garret dalam sebuah majlis tertutup di Perth, Australia pada 23 Disember 2018.
Ramai yang suka membaca tetapi sejauh mana minat membaca ini meresap ke jiwa golongan pertengahan? Atau kita sekadar ‘memaksa’ anak membaca sedangkan mak ayah sibuk dengan gajet di tangan!
Puan Emmy Hermina Nathasia binti Abdul Latif atau mesra dengan sapaan Emmy menerangkan, tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Ini berita baik!
“Kajian interim tahun 2017 oleh Perpustakaan Negara Malaysia telah mendapati bahawa tabiat membaca rakyat Malaysia telah meningkat dari dua buah buku pada kajian tahun 1996 ke purata sebanyak 15 ke 20 buah buku setahun.”
Malah menurut Emmy lagi, senarai buku bahasa Malaysia yang mengungguli carta kebanyakannya bacaan umum ringan seperti genre travelog, motivasi, misteri, dan Islam, dengan genre cinta menggungguli takhta.
Sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Emmy yang juga seorang aktivis buku mula menyintai buku sejak kecil lagi.
“Penerapan minat membaca dimulakan di rumah. Ibu saya sendiri merupakan seorang pembaca tegar. Saya dan adik dibesarkan dikelilingi buku, kami ada Book Corner sendiri di dalam bilik tidur. Ibu juga akan membacakan buku kepada kami sebelum tidur.
Saya percaya, kedua-dua faktor ini berjaya memupuk minat membaca saya sehingga menjadi pencinta buku yang aktif menyokong dan mempromosi kegiatan perbukuan, pada hari ini.
Saya mula membaca Reader’s Digest pada usia 10 tahun, dan buku-buku Danielle Steel, Sidney Sheldon dan novel-novel cinta Mills and Boons di usia 11 tahun. Dan sejak dari itu, saya tidak berhenti.”
Emmy juga turut berkongsi tips untuk golongan middle age mulakan tabiat membaca.
Membaca e-book.
E-book merupakan medium buku elektronik yang boleh digunakan untuk membaca buku pada bila-bila masa dengan menggunakan telefon pintar. Di samping harga yang murah, anda juga dapat menjimatkan masa dengan membeli secara dalam talian dan tak perlu ke kedai buku.
Tetapkan masa
Nasihat yang sering diberikan untuk memulakan dan memupuk disiplin membaca ialah dengan membaca 20 minit sehari. Waktu terbaik membaca ialah pada waktu pagi, kerana minda kita segar. Boleh juga ikut kesesuaian masa anda.
Pilih bacaan ringan dan santai
Pilih bahan bacaan yang anda minat. Jika anda minat memasak, mulakan dengan membaca buku berkaitan genre masakan. Jika anda seorang ibu, mungkin anda mahu mulakan dengan bacaan mengenai tip keibubapaan. Jika anda seorang usahawan wanita, anda mungkin mahu membaca buku mengenai pengurusan kewangan dan perniagaan.
Bermulanya pada musim bunga, BAO BAO ISSEY MIYAKE bersama PLEATS PLEASE ISSEY MIYAKE bergabung di bawah butik konsep yang sama serta berwajah baharu di Pavilion Kuala Lumpur.
Butik konsep yang merangkumi keluasan sekitar 1,195 kaki persegi ini mengutamakan koleksi barangan ikonik antaranya beg bermotifkan geometri, pleated blouse eksklusif serta structured outerwear diperbuat daripada sutera dan crepes mewah.
BAO BAO ISSEY MIYAKE adalah rangkaian beg geometri dan pouch bertemakan ‘shapes made by chance’ yang fleksibel. Rangkaian ini sesuai buat mereka yang memiliki gaya hidup moden serta sibuk.
Sejak penubuhannya pada tahun 2000, BAO BAO ISSEY MIYAKE memperluaskan rangkaian produknya yang dihasilkan daripada material bermutu tinggi.
Manakala PLEATS PLEASE ISSEY MIYAKE merupakan rangkaian pakaian wanita yang direka khusus bagi melengkapkan gaya hidup yang kontemporari.
Setiap helaian fabriknya dipotong dan dijahit, kemudian dilipat menggunakan teknik perindustrian. Proses ini membolehkan tekstur dan bentuk dicipta. Kesederhanaan bentuk yang klasik membolehkan ia disarungkan untuk sebarang majlis.
Bermula dari yang klasik sehinggalah kepada jewel tones dan cetakan terang, menjadikan pakaian tersebut lebih praktikal seterusnya mampu mengubah cara golongan wanita berpakaian.
Setiap koleksi terserlah dengan rekaan yang dramatik serta unik di samping pilihan warna-warnanya yang memukau.
INTERIOR
Sesiapa sahaja yang mengunjungi butik konsep ini pasti akan terpegun dengan keunikan interior dalamannya. Butik konsep ini memiliki nilai-nilai estetika futuristik moden bersama kemasan krom di bahagian luarnya.
Untuk memudahkan akses, butik konsep ini mempunyai dua pintu masuk untuk BAO BAO ISSEY MIYAKE dan PLEATS PLEASE ISSEY MIYAKE bermula dari pusat membeli-belah dan dinding custom aluminium di antaranya, bagi membezakan kedua-dua ruang.
Berkunjunglah ke butik konsep BAO BAO ISSEY MIYAKE & PLEATS PLEASE ISSEY MIYAKE yang terletak di aras tiga Pavilion Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Amy Mohd
Punya sebuah keluarga yang bahagia serta dilengkapi cahayamata yang comel-comel merupakan satu anugerah terindah buat pelakon terkenal, Que Haidar dan isteri yang merupakan bekas guru tari Akademi Fantasia (AF), Linda Jasmine.
Perkahwinan yang dibina kini menjangkau usia 14 tahun. Selain bergelar suami yang penyayang dan romantik, Que Haidar yang berasal dari Johor dan berusia 40 tahun ini juga merupakan seorang bapa yang sangat penyayang terhadap anak-anaknya. Ini dapat dibuktikan menerusi setiap posting yang dikongi di laman sosial Que Haidar dan Linda yang pastinya memberikan inspirasi buat semua pasangan di luar sana agar sentiasa menghargai insan tersayang sementara ada. Tak sekadar itu saja, pasangan ini sentiasa menghargai saat susah senang bersama.
Linda kini berusia 47 tahun namun masih kelihatan jelita. Tak pernah lekang dengan senyuman, wajah kacukan Inggeris Linda punya pesona tersendiri. Dan ia diwarisi oleh dua anak perempuannya iaitu Tengku Ratu Haidar (13) dan Tengku Cleopatra Haidar (11). Linda turut mempunyai seorang anak lelaki yang juga anak tiri Que iaitu Qalif Khan yang berusia 23 tahun.
Jika diamati, Ratu lebih mewarisi kecantikan ibunya manakala Cleo pula ‘copy paste’ wajah bapanya.
Tengku Ratu HaidarTengku Cleopatra Haidar
Namun begitu, menurut Que Haidar dari segi keakraban Ratu lebih manja dengannya berbanding Cleo yang manja dengan ibunya yang digelar Mummy.
RATU & CLEO TIADA AKAUN SOCMED
Satu lagi perkara yang menarik tentang pasangan ini ialah anak-anak mereka, baik Ratu mahupun Cleo tidak memiliki akaun sosial media (socmed) sendiri. Bagi Que dan Linda mereka punya pendirian tersendiri.
Berikut perkongsian Que Haidar kepada Nona.
“Saya dan isteri memutuskan untuk tidak membuat IG mereka kerana rasa terlalu awal untuk mereka. Biar mereka berdua bersedia sendiri, menjadi diri mereka sendiri, mempunyai pendirian sendiri serta bijak membuat keputusan sebelum memiliki account IG (Instagram) sendiri.
Siapalah mereka to have their own account as a public figure when they are still young to have contributed anything to the public (yet). We would like to let them come into their own,” kongsi Que Haidar.
Memandangkan darah seni mengalir dalam diri Ratu dan Cleo, kedua-duanya cenderung ke arah minat yang berkaitan dengan seni. Seperti mana ibunya, Ratu meminati seni tarian serta aktif mengikuti kelas tarian balet. Malah, Ratu turut berimpian untuk bergelar seorang pelakon.
Manakala adiknya Cleo, meminati seni kreatif seperti fotografi serta mewarisi bakat Que iaitu melukis. Dari segi persamaan pula, Ratu dan Cleo berbakat dalam bidang modelling.
Lukisan hasil tangan Cleo. Sangat berbakat!
“Perbezaan antara mereka ialah Ratu lebih lemah lembut, berimaginasi tinggi dan suka berdandan. Manakala Cleo cheeky, bijak, dan lebih realistic,” ujar Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar.
Sebagai ibu bapa, pasangan ini sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak-anak mereka terutama dari segi didikan dan bersyukur dengan segala yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Que Haidar bersama hasil seni lukisannya yang sangat kreatif dan ‘mahal’ nilainya.
“Alhamdulillah, dalam masa sekarang saya dan isteri sangat bersyukur dengan apa yang kami ada. Semua ibu bapa inginkan dan impikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Begitu juga saya dan isteri.
“Kami berpakat akan memberi sokongan dalam apa jua yang mereka inginkan untuk menentukan hala masa depan mereka waima dalam bidang seni. Tapi mereka harus jelas bidang seni wajib mempunyai bakat serta ilmu juga.”
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...