Cantik ratu hati Fazura! Bagi mereka yang mengikuti perkembangan personaliti cantik, Nur Fazura Sharifuddin pasti mengetahui sikap aktres ini yang kurang gemar berkongsi kisah peribadi.
Namun sebagai public figure, Fazura tidak terlepas menjadi ‘bahan’ tatapan umum. Termasuklah kehidupan ibu kesayangan Fazura iaitu Fadhillah Nasir.
Baru saja pulang bercuti bersama-sama di Switzerland, Julai depan ibu Fazura bakal meniti usia 63 tahun.
Saban tahun, isteri Fattah Amin ini tidak terlepas meraikan ulang tahun kelahiran ibu tersayang dan berkongsi foto di samping wanita hebat tersebut di media sosial miliknya.
Ads
Kredit Instagram @missfazuraKredit Instagram @missfazuraKredit Instagram @missfazuraKredit Instagram @missfazura
Daripada foto-foto yang dikongsikan Fazura, jelas terserlah sisi anggun dan penyayang ibu empat anak berkenaan.
Tampil dalam gaya sederhana dan berhijab, ibu Fazura kelihatan cantik dan elegan walau sudah melewati usia 60 tahun. Malah, dia juga berhubungan akrab dengan besannya.
Ads
Kredit Instagram @missfazuraKredit Instagram @missfazuraKredit Instagram @missfazuraKredit Instagram @missfazura
Selaku satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan anak ketiga daripada empat beradik, Fazura sangat mengagumi ketabahan ibunda tersayang terutamanya sepanjang membesarkan mereka adik-beradik.
Apatah lagi arwah bapa Fazura iaitu Sharifuddin Adnan meninggal dunia ketika Fazura berusia 17 tahun.
Ads
“As I grow older, I realized more and more of how much I need you in my life. Syukur alhamdulillah. I get to see you every morning and night now that you’re so close to me.
I treasure you mama, I hold you so high with all my love and respect. Thank you for inspiring me everyday to be as loving, compassionate and strong like you.”
Kredit Instagram @missfazuraKredit Instagram @missfazuraKredit Instagram @missfazura
Beruntungnya Fazura dikurniakan seorang ibu berjiwa kental. Bergelar ibu tunggal namun wanita hebat ini mampu menyara anak-anak dengan sebaik mungkin. Memang patut Fazura jadikan ibunya sebagai inspirasi!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang menempuh bulan Ramadan, malam Lailatul Qadar adalah satu malam yang sangat dinantikan oleh semua umat Islam. Malam yang paling istimewa ini sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT walaupun sudah diberi clue iaitu terdiri daripada malam ganjil 10 malam terakhir.
Bukan semua orang beruntung dapat meraih keberkatan Lailatul Qadar tanpa persiapan yang rapi. Namun, Bella Dally, seorang pelakon terkenal merupakan wanita yang sangat bertuah kerana pernah ‘menyaksikan’ sendiri keindahan Lailatul Qadar sewaktu zaman kecilnya.
“Nostalgia Ramadan yang paling tidak akan saya lupa adalah ketika masih di bangku sekolah lagi. Ada suatu masa itu ketika masih kecil, seingat saya masa sekolah rendah. Masa itu subuh baru lepas sahur, suasana masa tu sangat sunyi dan sangat tenang.
Apabila keluar rumah dan saya nampak bintang banyak sekali bertaburan di kanvas langit. Sangat indah dan perasaan ketika itu sukar diungkapkan dengan kata-kata. Pada fikiran saya mungkin malam tersebut adalah malam Lailatul Qadar. Dan saya berharap sangat dapat berjumpa dengan malam seperti itu lagi,” tutur Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally.
Senyuman manis yang terukir di bibir wanita cantik bernama Bella Dally ini benar-benar memukau pandangan mata. Bella Dally bukan suatu nama yang asing dalam industri seni tanah air. Selebriti cantik manis berasal dari Sabah ini telah melangsungkan perkahwinan yang kedua dengan Arif Izuddin.
Mengimbas kembali perkahwinan Bella dan Arif yang berlangsung pada tanggal 31 Mac 2019 dalam sebuah majlis resepi yang gilang-gemilang di Putrajaya selepas kedua-duanya mengikat tali pertunangan pada Januari tahun lalu. Mereka sepakat menoktahkan ikatan cinta setelah mengenali hati budi masing-masing selama enam bulan.
Sambutan ulang tahun perkahwinan pertama mereka tahun ini mencipta memori berbeza apabila berada dalam tempoh PKP. Namun pasangan bahagia ini telah bermurah hati berkongsi ‘rezeki’ dengan orang ramai semata-mata demi memastikan khalayak terhindar daripada jangkitan Covid-19.
Foto: Instagram @belladally
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertuah sungguh Datin Sri Noniswara kerana masih kekal cantik dan lansing walaupun kini usianya mencecah 51 tahun. Macam tak percaya, kan? Makin berseri-seri pula. Bahkan, kalau bersama anak-anak pun tetap terserlah seri awet muda wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.
Datin Sri Noniswara Baharudin kini bahagia dengan perkahwinan kali ketiganya bersama Dato’ Sri Dr Sheikh, seorang ahli perniagaan.
“Alhamdulillah, kini dah masuk 6 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Dato’ Sri seorang yang gemar bergurau, berjenaka dan happy all the time. Kalau Dato’ Sri bercakap saya perlu memandang wajahnya serta mendengar dengan baik. Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener. Dato’ Sri juga sebenarnya seorang yang manja.
Dari segi karier, suami sangat memahami malah menggalakkan lagi saya berlakon. Kalau tak bekerja, selalunya saya akan manfaatkan masa bersama keluarga seperti menonton, berbual, makan, mengemas, berkebun, solat berjemaah dan tazkirah bersama.
Oleh itu, saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Pengalaman lalu membuatkan saya menjadi lebih matang. Semua yang berlaku ada hikmah. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa saya setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah.”
Datin Sri Noniswara memiliki 3 orang anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Naveer Mihshon (27 tahun), Nurerysha Emyra (22 tahun) dan Nazeer Danish (14 tahun).
“Hubungan kami umpama kakak dan adik, kadang-kadang seperti sahabat. Saya banyak berbual dengan anak-anak antaranya tentang isu semasa, agama dan sentiasa mendengar luahan hati mereka. Saya juga bersikap terbuka. Mereka boleh berkongsi apa sahaja perkara dengan saya.”
RAHSIA AWET MUDA “Saya amalkan rutin asas sahaja. Apa yang penting elakkan stres dan sentiasa menjaga kelembapan kulit wajah dengan menyapu pelembap setiap hari. Kulit yang kering akan mencepatkan proses penuaan. Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuk beriadah, sentiasa merasa gembira dan bahagia,” kongsi Datin Sri Noniswara yang kini masih aktif dalam dunia lakonan.
“Saya juga berdoa agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hingga ke akhir hayat saya. Semoga Allah SWT memberkati apa jua yang saya dan keluarga lakukan. Harap-harap dapatlah saya melihat kehidupan dan kejayaan anak-anak kelak, InshaAllah.
Nasihat saya buat kaum wanita di luar sana pula, jadilah seorang wanita dan ibu yang baik. Banyak bersabar, sentiasa bersyukur, banyak mengalah, tegas dan rajin melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu.
Usah mengeluh dan cepat melatah jika ada dugaan-dugaan yang datang. Usah mudah mengamuk dan ‘cengeng’. Jangan lupa berdoa dan mohon kepada Allah SWT. Usaha dan doa mampu merubah kehidupan kita menjadi lebih baik.
Kredit Foto: Instagram @noniswara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekitar dua tahun lalu, kisah adik Nur Syifa Zara, 4 tahun, yang menderita penyakit Aplastic Anaemia (berkait sumsum tulang) ini pernah mencuit perhatian ramai. Artikel “Umi, Tolong Peluk Zara, Zara Sakit!” (baca di sini) sesungguhnya membuatkan netizen sebak dan menitiskan air mata.
Kini derita Zara tiba ke penghujung. Gadis comel itu akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir pada malam Jumaat, akibat jangkitan kuman di paru-paru kecilnya. Jenazah Zara telah pun selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara.
Luahan ibu angkat Zara, Puan Saneha, yang telah reda dengan pemergian anak syurga itu sekali lagi membuatkan air mata ibu-ibu lain jatuh bercucuran. Dalam sedih yang membungkam, kekuatan hatinya menerima dugaan terhebat ini menjadi inspirasi buat ramai wanita.
“2 hari sebelum pergi, dia minta saya bersihkan badan dia. Bersihkan semua sisa getah pelekat di kulitnya. Sambil tu dia merungut, memegang dada yang berbekas parut luka pembedahan.
Macam mana Ara nak pegi ni, dah rosak semua dah. Dah tak cantik dah.
Bapak Ara jawab, Ara kat sana akan tetap cantik… Semua bekas ni akan hilang, sayang.
Bila dengar pujukan tu, barulah dia tersenyum. Ya Allah, manisnya senyuman Ara, muka berseri-seri dengan bau badannya yang wangi.Kami tahu ‘waktu’ tu makin dekat. Lebih sebak lagi bila dia cakap…
Ara pegi nanti Umi jangan nangis ya. Kalau Umi nangis, macam mana Ara nak pegi? Umi jangan risau tau, kat sana Ara ramai kawan-kawan. Ara dah nak pegi ni Umi.
Itulah kata-katanya setiap hari. Bila duduk diam-diam, ayat ni pasti keluar.
Seminggu sebelum pergi, dia dah cakap dia akan balik. Ara cakap kat Umi, Umi jangan sedih, jangan nangis. Nanti dah tak payah datang hospital lagi. Tak payah jumpa nurse lagi. Tak payah naik Grab lagi. Sebab Ara nak pegi dah.
Patung arnab kesayangan Ara pengubat rindu si adik
Selepas pemergian Ara, patung arnab inilah jadi pengubat rindu adiknya. Itulah bantal busuk arwah masa hayatnya ada. Dia tak pernah tinggalkan arnab tu, dari sejak baby sampai ke besar… tak pernah berpisah. Sekali berpisah untuk selamanya.
Malam terakhir Ara dalam dakapan Umi. Dia minta Umi selawat sampai pagi. Lena dia tidur. Hilang sakit katanya bila Umi berselawat.
Hati ini Tuhan saja yang tahu.
Selama 40 hari saya menangis.
Selama 40 hari saya berendam air mata.
Selama 40 hari saya cuba reda dan rela.
Selama 40 hari kami tak pernah berenggang jauh.
Sampai suami berhenti kerja demi nak menghabiskan masa dengannya hingga ke hembusan nafas yang terakhir. Tiap saat amat berharga buat kami.
Ara ada bagi tahu, hari Jumaat hari raya dia. Dan Umi buatlah kenduri hari tu.
Ya, memang hari Jumaat tu hari raya Ara. Dia dikebumikan pada hari Jumaat. Dan memang hari tu kami buat kenduri untuknya.
TANDA-TANDA PEMERGIAN
Ramai yang tanya kenapa saya terlalu kuat. Sampaikan tiada air mata saat memandikan Ara atau waktu uruskan semuanya. Sebenarnya saya tak kuat tapi saya dah lama bersedia dan reda seawal 40 hari terakhir arwah lagi. Saya masih ingat kenangan berbual dengan arwah 10 hari sebelum pemergiannya.
Ara: Umi dah solat?
Umi: Dah sayang.
Ara: Umi bukak langsir tingkap. Ada abang hijau kat situ Ara nak tengok.
Umi: (Buka langsir. Waktu ni Umi faham maksud Ara, sudah 3 hari berturut-turut selepas Asar dia nampak orang yang sama)
Ara: Umi, Ara nak pegi ni. Umi tak boleh ikut ye, Umi duduk rumah jaga adik. Abah pun duduk rumah jaga adik. Ara pegi sorang-sorang. Umi jangan risau sana ramai kawan Ara.
Lidah saya kelu. Jiwa saya kosong. Saya cuba ukirkan senyuman dan sorokkan air mata. Hanya hati saja berkata-kata…
Sayang anakku, pergilah sayang. Umi tak halang. Dah lama anak Umi bertahan, dah lama anak Umi jadi kuat. Kali ni Umi yakin kat sana anak Umi akan bahagia.
Hari ketujuh sebelum Ara menghembuskan nafas terakhirnya, setiap senja selepas Asar dia akan minta saya bukakan langsir tingkap supaya abang putih boleh datang melawat dia. Begitu juga setiap malam sekitar pukul 2.00 pagi, dia akan kejut Umi dan cerita tentang taman-taman yang dia pergi dengan kawan-kawan.
Taman salji.
Taman bola.
Taman penuh permainan.
Cerita bermacam-macam taman sampailah ke malam terakhirnya.
CATATAN UMI BUAT ZARA
Sayang,
Pergimu membawa seluruh hati ini,
Setiap kenangan akan kekal di sini,
Setiap kisah akan tercatat indah,
Kaulah bidadari yang paling sempurna.
Terima kasih Ya Allah,
Kau berikan aku peluang menjaga bidadari-Mu,
Memilih kami untuk menjaga amanah-Mu,
Walau dalam ujian itu,
Tetap Kau beri ku kekuatan,
Mengharunginya dengan ketabahan.
Duhai bidadariku,
Damailah di sana sayang,
Cari tangan Umi, tariklah…
Ke taman indahmu sayang,
Taman yang kau selalu cerita pada Umi.
Al-Fatihah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!