Dalam era digital hari ini, kebanyakan jenama kecantikan terkenal dilahirkan daripada skrin telefon pintar mahupun content creator yang memahami keperluan pengguna lebih baik daripada kebanyakan syarikat besar.
Mereka bukan sahaja mahir dalam solekan atau penjagaan kulit bahkan berwawasan yang mampu mengubah penjenamaan peribadi menjadi perniagaan berbilion-bilion.
Fenomena ini jelas dilihat pada kejayaan sebilangan pempengaruh kecantikan yang berjaya membina jenama sendiri.
Kejayaan Huda Beauty
Contohnya, di peringkat global pengasas Huda Beauty, Huda Kattan melakar satu lagi kejayaan dengan mengambil alih pemilikan penuh jenama yang diasaskannya daripada pelabur.
Kini, pengasas adalah wajah utama jenama dengan cerita dan visi peribadi yang menjadi kekuatan utama dalam membina hubungan dengan pengguna.
Ads
Tidak hairanlah trend “jenama yang diterajui pengasas” daripada pencipta kecantikan semakin mendominasi landskap industri.
Tindakan terbaharu Huda Kattan adalah bukti bagaimana kuasa pencipta boleh mencapai skala global. Pada awal Jun 2025, dia secara rasmi membeli balik semua saham Huda Beauty daripada TSG Consumer Partners selepas perkongsian selama lapan tahun.
Ads
Kini, jenama yang dibinanya pada 2013 dengan pinjaman wang daripada kakaknya, Alya Kattan kembali ke tangannya.
“Ini adalah detik penting bagi saya,” kata Huda.
“Jenama ini dibina atas semangat, kreativiti dan keinginan untuk mencabar industri kecantikan,” tambahnya.
Ads
Lebih Agresif
Sebagai salah satu perintis jenama kecantikan yang diterajui oleh pempengaruh, Huda Beauty berkembang daripada sebuah blog kepada label global dengan puluhan juta pengikut di media sosial.
Produk ikonik seperti Easy Bake Setting Powder dan Easy Blur menjadi pilihan utama di kalangan penggemar solekan.
Kini, bersama suaminya Christopher Goncalo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bersama dan Alya Kattan sebagai Ketua Strategi Sosial, Huda bersedia untuk memasuki lembaran baharu yang lebih agresif.
Dia turut melancarkan Huda Hotline dan podcast peribadi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pengacara Yaya Zahir, selamat melahirkan cahaya mata lelaki melalui perkongsian di laman Instagram miliknya pada 11 April lalu.
“He’s Here,” kongsi Yaya di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian tersebut, Yaya hanya menunjukkan bibir anaknya dan mengenakan selimut berwarna biru.
Terdahulu, Yaya menyimpan rahsia tentang kehamilannya dan hanya berkongsi kepada umum ketika kandungannya menjangkau enam bulan. Yaya pernah berkongsi pengalaman sepanjang kehamilan di mana dia pernah mengidam untuk menikmati makan Korea bukan di Malaysia, tetapi dari sebuah restoran Korea yang terletak di Myeongdong, Korea.
Dek kerana mengidam, Yaya sanggup terbang ke Korea untuk menikmati hidangan di restoran tersebut!
Nampaknya lebaran tahun ini disambut dengan kehadiran orang ketiga dalam kehidupan berumahtangga Yaya dan suaminya, Arriz Azim. Yaya turut berkongsi foto keluarga kecilnya di Instagram miliknya. Selamat Hari Raya from Me, @arrizazim and our son, Atheer 🖤
Meskipun masih dalam proses berpantang usai melahirkan zuriat sulungnya, kejelitaan Yaya jelas terserlah dalam persalinan baju raya disamping keluarga kecilnya. Sedikit pun tidak menggambarkan dirinya sedang berpantang!
Selamat berpantang Yaya Zahir. Memang dugaan berpantang musim raya ni. Tetapi demi menjaga kesihatan dalaman, teruskan berpantang sebaik mungkin!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ingat lagi dengan telenovela, Yo Soy Betty, La Fea (I am Betty, the ugly) yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia sekitar tahun 90an?
Kisah kehidupan seorang gadis naif dan lurus bernama Betty yang rajin bekerja namun disebabkan wajahnya yang tidak cantik dia sering dipandang rendah.
Paling tak dapat dilupakan juga penampilannya yang ‘skema’ berkaca mata tebal, memakai pendakap gigi (braces), gaya rambut yang lucu (bangs hair) dan sering memakai pakaian besar.
Memang mencuit hati kalau diimbau kembali karakter serta jalan cerita telenovela ini. Namun akhirnya dia berubah menjadi seorang gadis yang sangat cantik.
Watak ini berjaya dihidupkan oleh pelakon jelita kelahiran Colombia, Ana Maria Orozco. Diam tak diam Ana kini sudah pun berusia 49 tahun tetapi apabila melihat raut wajah terkininya itu tidak menunjukkan usia yang sebenar, awet muda sungguh.
Ibu anak 2 ini makin cantik dan hot! Penampilannya kian menawan mengalahkan orang muda. Sering tampil dengan gaya rambut yang panjang mengurai menambahkan kesan cantik pada dirinya.
Berikut wajah terkini Ana Maria Orozco di usia yang hampir mencecah 50 tahun.
Kredit Foto: Instagram Ana Maria Orozco
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Trend solekan Thai kini sedang menjadi ikutan kerana hasilnya yang natural serta mudah untuk diaplikasikan. Ramai beranggapan ciri-ciri solekan Thai lebih kurang sama dengan solekan Korea. Tetapi jika dilihat lebih dekat, ia sebenarnya sangat berbeza.
NONA kongsikan beberapa perbezaannya:-
Satin Finish
Jika solekan Korea mempunyai kemasan dewy, solekan Thai pula mempunyai kemasan seperti satin. Wanita Thailand memilih untuk memakai asas separa matte untuk menghasilkan kulit wajah yang maksimum.
Kredit Foto: Instagram Chalida Wijitvongtong
Untuk kesan yang sempurna dan bercahaya, mereka menambah highlighter pada beberapa titik wajah. Hasilnya, sudah tentulah cantik tanpa cela!
Kening Tebal
Hujung kening sengaja dibuat sedikit ke atas untuk memberi kesan menawan dan anggun. Bentuk kening yang tebal tetapi tidak terlalu padat ini serupa dengan trend kening Korea. Teknik yang diaplikasikan dalam solekan kening ini memberikan kesan yang natural dan tidak keterlaluan.
Kredit Foto: Instagram Davikah
Solekan Mata Yang Tegas
Wanita Thailand memilih solekan mata smokey untuk menjadikannya kelihatan lebih hidup. Manakala pilihan warna pembayang mata kebanyakannya warna lembut. Untuk kesan yang lebih menarik, kebiasaannya mata akan ditambah dengan bulu mata palsu dengan ketebalan yang sederhana agar kelihatan asli dan natural.
Kredit Foto: Instagram Davikah
Untuk celak pula, kebanyakannya membentuk mata yang nipis untuk kesan yang lebih lembut dan tidak terlalu tajam.
Blush On Yang Samar-Samar
Sama seperti solekan Korea, solekan Thai untuk pembayang pipi agak ringan. Kebanyakan mereka memulakan pemerah pipi mengikut bentuk tulang pipi dan disapu ke atas arah pelipis. Cara sapuannya lembut dan perlahan supaya hasilnya nampak samar-samar dan flawless.
Kredit Foto: Instagram Natapohn T.
Kontur Pada Hidung
Solekan wanita Thailand dan kontur sememangnya tidak boleh dipisahkan. Mereka memakai kontur pada hidung untuk memberi kesan yang lebih tajam atau mancung.
Kredit Foto: Instagram Natapohn T.
Solekan Bibir Penuh
Trend solekan Thai kebanyakannya lebih berkiblatkan kepada solekan Barat. Mereka selesa dengan bentuk bibir yang penuh dan merona. Untuk itu, mereka sering memakai lipstik melebihi garis bibir. Maka, bibir akan terlihat tebal dan penuh. Jika anda mahu mencubanya, boleh menggunakan lip pencil dan sempurnakannya dengan lip matte atau lip gloss.
Kredit Foto: Instagram Davikah
Highlighter Sebagai Sentuhan Glowing
Untuk kesan yang berseri, wanita Thailand sering memakai highlighter di kebanyakan titik wajah. Selalunya bahagian yang disapu dengan highlighter adalah di bawah kening, tulang pipi dan hidung untuk kesan bibir yang lebih menyerlah.
Kredit Foto: Instagram Natapohn T.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Sri Muhaini Zainal Abidin menyambut ulang tahun kelahiran ke-64 dalam suasana bahagia dikelilingi anak dan cucu. Isteri kepada Dato’ Sri Ismail Sabri ini kekal tenang, lembut dan penuh kasih dalam menyokong keluarga di balik tabir.