Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra selamat melahirkan anakanda yang pertama.
Berita gembira itu dikongsikan laman sosial rasmi Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.
“CHE PUAN MAHKOTA KELANTAN TELAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAKANDA PUTERA YANG PERTAMA PADA PADA 17 JULAI 2023, ISNIN, BERSAMAAN 28 ZULHIJJAH 1444H,” TITAH BAGINDA.
Che Puan Sofie Louise Johansson melahirkan anakanda puteranya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Ads
Kedua-dua bonda dan anakanda dilaporkan dalam keadaan sihat dan selamat.
18 Mac lalu, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra mengumumkan berita kehamilan anak sulung dan dijangka bersalin Julai ini. Baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 37 pada tanggal 6 Jun lalu, wajah bakal ibu ini kelihatan berseri-seri meskipun sedang sarat hamil.
Ads
Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dan suami, Tengku Mahkota Kelantan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra turut menjalani latihan Resusitasi kardiopulmonari atau Cardiopulmonary resuscitation sebagai persiapan awal sebelum bergelar ayahanda dan bonda baru-baru ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita sudah biasa melihat tanaman-tanaman hiasan yang diletakkan di ruang tamu, laman rumah serta dapur. Namun ruang yang jarang dihiasi dengan tanaman segar ialah bilik mandi. Mungkin keadaannya yang kerap basah dan lembap menyebabkan tidak semua jenis tanaman sesuai dengan diletakkan di bilik mandi. Jika anda berhasrat untuk menghiasi ruang bilik mandi dengan tanaman segar inilah pilihannya.
BOSTON FERNS
Bagi bilik mandi yang lembap dan kurang menerima cahaya matahari, Boston Ferns pilihan yang tepat kerana ia boleh tumbuh dengan baik di dalam pasu, bakul atau raga yang digantung. Tanaman ini juga sangat efektif bagi menghilangkan bahan kimia dan pelembap dari produk-produk mandian.
MAIDENHAIR FERNS
Sesuai diletakkan di dalam bilik mandi yang mendapat sinaran matahari yang banyak supaya daun-daunnya tumbuh sihat.
AIR PLANT
Tanaman ini menyerupai pokok lidah buaya yang biasanya diletakkan di dalam botol terrarium kerana saiznya yang comel. Hendak menjaganya mudah sangat, cukup menyiramnya dengan air dan diletakkan di kawasan yang ada cahaya matahari.
GOLDEN POTHOS
Bentuk daun tanaman ini berbentuk hati dan tumbuh segar di kawasan yang hangat dan ada cahaya matahari. Namun berhati-hati kerana jika terlalu kerap terkena panas, daunnya akan mudah mengering.
ORKID
Selain tahan lasak dan mudah merawatnya, tanaman yang mempunyai bunga cantik dan beraneka ini juga boleh dijadikan sebagai elemen dekorasi untuk bilik mandi. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah mahu memimpin sebuah negara. Amanah yang digalas bukan boleh sekadar melepas batuk di tangga kerana setiap keputusan itu bakal mempengaruhi 32.75 juta kehidupan rakyat Malaysia.
Barangkali inilah yang menjadi dilema para pemimpin negara. Seboleh upaya menyelamatkan keadaan namun apabila peningkatan kes baharu COVID-19 mencapai aras tertingginya hari ini, kerajaan kehabisan ikhtiar… jalan terakhir, total lockdown pun diumumkan bermula 1 Jun 2021 nanti.
Di seluruh dunia, total lockdown Malaysia heboh diperkatakan. Figura Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menjadi tumpuan spotlight. Pasti ramai yang masih ingat komitmen cemerlang ‘Pak Long Mail’ sepanjang PKP 1.0 lalu, bukan?
Pak Long Mail is Back!
Sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat, pendekatan kekeluargaan yang diterapkan oleh beliau sentiasa segar di hati.
Penguatkuasaan undang-undang bukanlah sesuatu yang mudah, tapi bayangkan ketegasan lelaki ini berjaya mendapat kerjasama rakyat dengan cara tersendiri.
Antaranya melalui penampilan kemeja dan perhiasan dekorasi yang menjadi penyeri sidang media! Sangat kreatif.
Perhiasan dekorasi di kediaman Pak Long Mail menjadi bahan bidaan penonton
Kemeja yang dikenakan menteri ini sentiasa mendapat pujian
Penampilan Pak Long Mail pernah disamakan dengan pelbagai dessert lazat
Yang pasti, kemunculan semula pemimpin kanan berusia 61 tahun ini diharapkan mampu menyatukan hati kita yang sedikit ‘tercalar’ dengan situasi semasa.
“Saya ambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini.
Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah, tapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.
Saya dah bawa cadangan ini ke atas, doakan semoga ada sinar untuk semua.” Ismail Sabri
Kesibukan Ismail Sabri beberapa jam sebelum pengumuman rasmi dari Pejabat Perdana Menteri dikeluarkan
Susulan mesyuarat MKN bersama YAB Perdana Menteri, keputusan negara untuk melakukan total lockdown selama 14 hari melibatkan Fasa Pertama bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 ini disambut baik oleh seluruh rakyat.
“Keputusan ini juga mengambil kira suara rakyat, serta cadangan rakyat yang mahu pelaksanaan total lockdown yang banyak diluahkan di media sosial.
Kita mendengar, dan kita mahu yang terbaik buat rakyat. Kesihatan dan keselamatan rakyat adalah perkara penting yang akan terus diutamakan di negara ini.
Perkongsian Datuk Seri Ismail Sabri dibanjiri dengan komen yang rata-ratanya memuji tindakan kerajaan meskipun agak lambat membuat keputusan.
Salah satu yang menarik adalah perkongsian seorang netizen wanita yang mendapat banyak like.
Semoga dengan berkuatkuasanya perintah total lockdown ini akan dapat membantu meratakan lengkung jangkitan COVID-19 di Malaysia sekaligus menyatukan semula hati-hati rakyat yang jelas ‘terpukul hebat’ dengan cabaran pandemik sekarang.
Sama-sama kita jaga kita dan ketepikan jurang ketidaksefahaman demi menyelamatkan masa depan negara! InsyaAllah, percaya bahawa kita semua mampu lakukan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini Datin Seri Maria Farida memuat naik video throwback dirinya dan anak lelaki di media sosial bersempena ulang tahun kelahiran anak tersayang. Tak dinafikan, anak terunanya iaitu Mizan Ashley makin meningkat usia dan tampan. Namun, wajah tak menua Datin Seri Maria Farida dalam video berkenaan pula yang menarik perhatian followers!
Figura yang genap berusia 55 tahun pada 28 Mac lepas ini memang sering menjadi tumpuan peminat industri kerana kecantikannya yang tidak mamah dek usia.
Menerusi video di media sosial Datin Seri Maria, ruangan komen dibanjiri dengan pujian peminat yang kagum dengan kejelitaan isteri Datuk Seri Rahman Shakur berkenaan.
Sempena hari lahir anak lelaki, jelitawan ini tidak ketinggalan menitipkan ucapan manis buat Mizan Ashley yang dikhabarkan sedang berhubungan rapat dengan anak Nourul Wahab dan Ajai iaitu Ayu.
Ujar Datin Seri Maria, “My little boy yesterday, My friend today, My son forever. Happy 27th birthday to my sonshine! Mizan Ashley.
I will always be proud of the man you have become always kind and considerate to everyone around you. Born with a good heart and always taking care of me. Wish I made 10 more of you and life would be a better place!
So today, I pray that you receive all the blessings in life and always stay happy. Because you make us all so happy just being you. Happy Birthday mama’s love. May Allah always protect you and keep you safe.”
Datin Seri Maria merupakan selebriti wanita berketurunan Melayu-Filipina. Wajah tak menua Datin Seri Maria Farida raih pandangan! Ibunya iaitu Mahani Maidin atau lebih dikenali sebagai Aunty Mahani merupakan bekas penari.
Ternyata, bintang filem Bisikan Cinta berkenaan bertuah kerana Datin Seri Maria Farida warisi gen cantik ibu tersayang. Difahamkan ibu Datin Seri Maria iaitu Mahani Maidin atau dikenali sebagai Aunty Mahani merupakan bekas penari.
Dalam temu bual bersama Datin Seri Maria bersama Nona sebelum ini, dia bersyukur atas kurniaan yang diterima hari ini.
“Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif.
Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.