Bukan mudah mahu memimpin sebuah negara. Amanah yang digalas bukan boleh sekadar melepas batuk di tangga kerana setiap keputusan itu bakal mempengaruhi 32.75 juta kehidupan rakyat Malaysia.

Barangkali inilah yang menjadi dilema para pemimpin negara. Seboleh upaya menyelamatkan keadaan namun apabila peningkatan kes baharu COVID-19 mencapai aras tertingginya hari ini, kerajaan kehabisan ikhtiar… jalan terakhir, total lockdown pun diumumkan bermula 1 Jun 2021 nanti.

IKLAN

Di seluruh dunia, total lockdown Malaysia heboh diperkatakan. Figura Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menjadi tumpuan spotlight. Pasti ramai yang masih ingat komitmen cemerlang ‘Pak Long Mail’ sepanjang PKP 1.0 lalu, bukan?

Pak Long Mail is Back!

 

Sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat, pendekatan kekeluargaan yang diterapkan oleh beliau sentiasa segar di hati.

Penguatkuasaan undang-undang bukanlah sesuatu yang mudah, tapi bayangkan ketegasan lelaki ini berjaya mendapat kerjasama rakyat dengan cara tersendiri.

Antaranya melalui penampilan kemeja dan perhiasan dekorasi yang menjadi penyeri sidang media! Sangat kreatif.

Perhiasan dekorasi di kediaman Pak Long Mail menjadi bahan bidaan penonton

 

Kemeja yang dikenakan menteri ini sentiasa mendapat pujian

 

Penampilan Pak Long Mail pernah disamakan dengan pelbagai dessert lazat

 

Yang pasti, kemunculan semula pemimpin kanan berusia 61 tahun ini diharapkan mampu menyatukan hati kita yang sedikit ‘tercalar’ dengan situasi semasa.

“Saya ambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini.

Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah, tapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.

Saya dah bawa cadangan ini ke atas, doakan semoga ada sinar untuk semua.” Ismail Sabri

IKLAN
Kesibukan Ismail Sabri beberapa jam sebelum pengumuman rasmi dari Pejabat Perdana Menteri dikeluarkan

 

Susulan mesyuarat MKN bersama YAB Perdana Menteri, keputusan negara untuk melakukan total lockdown selama 14 hari melibatkan Fasa Pertama bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 ini disambut baik oleh seluruh rakyat.

“Keputusan ini juga mengambil kira suara rakyat, serta cadangan rakyat yang mahu pelaksanaan total lockdown yang banyak diluahkan di media sosial.

Kita mendengar, dan kita mahu yang terbaik buat rakyat. Kesihatan dan keselamatan rakyat adalah perkara penting yang akan terus diutamakan di negara ini.

Stay Safe semua… Saya sayang kalian semua…” Ismail Sabri

IKLAN

 

Perkongsian Datuk Seri Ismail Sabri dibanjiri dengan komen yang rata-ratanya memuji tindakan kerajaan meskipun agak lambat membuat keputusan.

Salah satu yang menarik adalah perkongsian seorang netizen wanita yang mendapat banyak like.

 

Semoga dengan berkuatkuasanya perintah total lockdown ini akan dapat membantu meratakan lengkung jangkitan COVID-19 di Malaysia sekaligus menyatukan semula hati-hati rakyat yang jelas ‘terpukul hebat’ dengan cabaran pandemik sekarang.

Sama-sama kita jaga kita dan ketepikan jurang ketidaksefahaman demi menyelamatkan masa depan negara! InsyaAllah, percaya bahawa kita semua mampu lakukan!