Kelmarin, bertempat di kediamannya yang terletak di Sri Kembangan, chef legenda negara Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail telah mengadakan sambutan hari haji istimewa buat bonda tersayang, iaitu Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang ke 90 tahun.
NONA secara eksklusifnya dijemput meraikan acara ini di mana kelihatan ramai saudara mara terdekat serta rakan-rakan dan jiran keluarga hadir meraikan sambutan majlis hari jadi khas untuk Cik Ani. Turut hadir 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, VIP dan rakan-rakan. Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Cik Puan Besar Hajjah Kalsom binti Abdullah.
Sambutan hari jadi ini juga cukup meriah yang dipenuhi dengan sesi nyanyian, tarian dari penari jemputan dan semestinya juadah dan makanan yang disediakan khas restoran Chef Wan, De’ Wan.
Menceritakan secara eksklusif kepada NONA, sambutan hari jadi buat Cik Ani merupakan sesuatu yang sudah lama dirancang khas berikutan keadaan kesihatan Cik Ani yang semakin merosot. “Di usia 90 tahun, tak ramai yang hidup sampai umur 90 tahun. Emak dah melalui pelbagai onak duri dari zaman muda, membesarkan kami 7 orang anak beranak.
Emak pula menderita penyakit dementia, Alzheimer dan kanser payu dara. Selain itu terdapat dua lymph nodes di lehernya yang semakin membesar dan merebak. Dan doktor pula menyatakan tidak banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan keadaan emak. Jadi doktor sarankan untuk kami anjurkan sesuatu untuknya bagi meraikan momen-momen akhir hayat emak dengan keseronokan dan kegembiraan, kerana ini mungkin sambutan hari jadi terakhir untuk emak”, jelas Chef Wan kenapa NONA.
Sewaktu majlis, Chef Wan juga dilihat sebak mengenangkan pengorbanan Cik Ani yang banyak berkorban jiwa dan raga membesarkan Chef Wan dan adik-beradik tanpa mengira penat dan lelah. Chef Wan juga turut berkongsi bagaimana dia dan adik beradik melalui saat-saat menjaga kebajikan dan kesihatan bondanya.
“Its not easy, memandangkan I love my mom so much! Tapi saya percaya ramai lagi berhadapan dengan keadaan lebih susah berbanding apa yang Wan lalui. Saya ada kemampuan tapi bayangkan mereka yang tiada bantuan. Jadi bila ada peluang untuk anda semua yang masih ada ibu, masih ada bapa ambil peluang yang diberikan Allah ini untuk menjaga mereka, walaupun bukan senang”.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan Chef Wan yang dilihat sentiasa membahagiakan ibunya dalam apa jua cara malah ramai juga turut mendoakan kesejahteraan Cik Ani.
Ads
Jom saksikan temubual eksklusif kami bersama Chef Wan serta kemeriahan majlis sambutan hari jadi bonda Chef Wan tersayang, Cik Ani. NONA doakan semoga hayat Cik Ani dipanjangkan, rezeki dimurahkan dan dipermudahkan segala urusan.
Majalah Nona pun ada di Telegram tau.Dah follow Telegram Majalah Nona? 👇
Follow kami sekarang di link berikut: https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Zamarul Hisham, 52, dan isterinya, Diana Rafar teruja terima menantu sulung selepas anak terunanya, Izzat Haiqal, 24, selamat bernikah dengan Dina Zakirsa, baru-baru ini. Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed berdoa ikatan pasangan itu disulam kebahagiaan dan turut menitipkan nasihat buat mereka. “Tahniah Izzat dan Dina. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhilah dengan sifat bertolak ansur.
“Saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagiaan, keharmonian, dan kekal hingga Jannah,” katanya.
Zamarul juga jelas teruja dan bersedia bergelar datuk pula. Dia sempat berseloroh dengan seorang pengikut di Instagram yang komen tak lama lagi pasti dia jadi datuk.
“Walaupun akan jadi atok (datuk), TikTok tetap ‘on’. Umur itu sekadar angka,” katanya membalas komen terbabit.
Ramai rakan artis turut mengucapkan tahniah buatnya. Mereka termasuk Aleza Shadan dan Esma Daniel.
Terdahulu, Zamarul berkongsi foto bersama pasangan pengantin serta isterinya juga pelakon Diana Rafar di Instagram.
Beauty with brain! Seorang arkitek wanita bernama Shrinkhala Khatiwada telah dinobatkan sebagai Miss Nepal 2018 sekaligus merangkul gelaran Miss Best Hair. Shrinkhala yang berasal dari Hetauda seorang graduan Akademi Hetauda dan berpindah ke Kathmandu untuk melanjutkan pelajaran.
Wanita berusia 22 ini juga merupakan penduduk asli Hetauda, Khatiwada. Shrinkhala menewaskan 24 peserta lain untuk memenangi gelaran Miss Nepal 2018 pada edisi ke 23 Treasure Hidden Miss Nepal 2018.
Dari kecil lagi, Shrinkhala amat berminat dalam mereka bentuk dan merupakan seorang yang sangat kreatif. Beliau menyertai IOE, kolej kejuruteraan Pulchowk untuk Kejuruteraan Senibina.
Selain hobi rekabentuk dan menulis, beliau sangat bersemangat untuk menjadi salah seorang peserta Miss Universe 2018. Kini beliau mewakili Hetauda, Nepal dan bertanding dalam pertandingan ratu cantik yang sedang berlangsung di China.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali imbas, wajah dan penampilan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah persis pelakon terkenal Malaysia, Lisa Surihani. Persamaan itu mula disedari ramai ketika keberangkatan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ke Majlis Perasmian Persidangan Isu-Isu Global Borneo Sekolah Antarabangsa Brunei, ISB yang berlangsung semalam.
Raut wajah menawan personaliti diraja Brunei ini yang dikurniakan hidung mancung dan berkulit cerah serta penggayaan hijab bawal polos mengingatkan peminat kepada isteri Yusry Abdul Halim tersebut. Yang pasti, kemunculan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merasmikan persidangan global itu menarik perhatian masyarakat serantau termasuk di Malaysia.
Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah kelihatan cukup anggun dalam persalinan kurung berwarna kuning lembut dengan gaya hijab minimalis. Tidak hanya menyerlahkan pesona ahli keluarga diraja, kecantikan yang dimiliki Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ternyata berada dalam kelas tersendiri.
Memetik ucapan Pengiran Anak Sarah pada majlis perasmian Persidangan Isu-Isu Global Borneo ISB ke-16 itu ketidakupayaan untuk mengurus kepadatan penduduk dalam pusat bandar dengan berkesan akan menjurus kepada kemusnahan kepada masyarakat dan generasi masa depan.
“Saya gembira Persidangan ke-16 memilih tema yang mengambil kira ancaman yang dihadapi ketika ini serta kebimbangan yang mungkin memberi kesan kepada masa depan kita. Harapan kita adalah untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik bagi generasi akan datang.
Sehubungan itu, saya berharap para peserta akan menggunakan platform ini untuk menyuarakan pandangan, terus belajar dan berhubung, membina rangkaian yang bernilai dan menggunakan pengetahuan baharu untuk merumuskan penyelesaian penting.
Sebagai pemimpin masa depan, platform ini bukan hanya dilihat sebagai tempat berbincang mengenai isu yang kita hadapi masa kini tetapi jua tempat untuk mewujudkan toleransi, pelbagai pandangan, perundingan dan fikiran bernas.”
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkata demikian di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei.
16 tahun lalu, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkahwin dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dalam satu majlis perkahwinan yang gilang-gemilang di Istana Nurul Iman. Bahkan, perkahwinan diraja ini mendapat perhatian dunia dan menerima julukan ‘Asian Wedding of the Year’.
Hasil perkongsian hidup, baginda berdua dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Sumber / kredit foto: Instagram Brunei Royal Family
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira dengan kehidupan penyanyi muda, Syasya Rizal sekarang. Bukan hanya ‘berhijrah’ dari segi penampilan ke arah lebih baik dan menutup aurat, bahkan kian bahagia melayari hidup sebagai isteri dan kini berstatus ibu ...