NORFARHATUL FAIRUZAH & ADIK-BERADIK

MashaAllah, lunaknya suara lima beradik ini bertarannum! Memang agak jarang tengok masyarakat hari ini membudayakan amalan baca Al-Quran namun kreativiti Juara Qariah Majlis Tilawah Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Norfarhatul Fairuzah Panut memuatnaik video tarannum challenge bersama adik-beradiknya nyata mengundang rasa kagum. Apatah lagi kesemua mereka celik Al-Quran dan pernah memenangi pelbagai pertandingan.

IKLAN

Tak sampai seminggu video tersebut dimuatnaik di Instagram tetapi sehingga ke hari perkongsian berkenaan menjadi viral dan sudah ditonton lebih separuh juta orang! Difahamkan video cabaran tarannum Farha dan adik-beradik dirakam ketika mereka sekeluarga sedang menikmati percutian di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Cipta Fenomena, Video 4 Beradik FARHATUL FAIRUZAH Lunak Bertarannum Jadi Viral!

Cipta Fenomena, Video 4 Beradik FARHATUL FAIRUZAH Lunak Bertarannum Jadi Viral!

Menerusi video yang dikongsikan Farha, dari anak pertama sehingga dirinya sebagai anak bongsu… masing-masing memiliki keunikan tersendiri. Bukan hanya cemburu dengan
kelancaran mereka membaca ayat suci Al-Quran malah tertarik melihat keakraban lima beradik ini. Mana tidaknya, dalam sibuk beriadah dan meluangkan masa dengan keluarga pun masih tidak lupa memanfaatkan waktu mereka dengan mengagungkan kalam suci umat Islam. Jelas terserlah betapa ‘dekat’ hubungan mereka dengan Al-Quran.

Antara tarannum yang diperdengarkan ialah Bayyati, Nahawand, Hijjaz dan Jiharkah.

https://www.instagram.com/p/CCiNhpTlQ8O/

IKLAN
Cipta Fenomena, Video 4 Beradik FARHATUL FAIRUZAH Lunak Bertarannum Jadi Viral!
Adik-beradik Farha di samping ibu tersayang
Cipta Fenomena, Video 4 Beradik FARHATUL FAIRUZAH Lunak Bertarannum Jadi Viral!
Lima beradik ketika menyertai pertandingan menghafaz Al-Quran

Cipta Fenomena, Video 4 Beradik FARHATUL FAIRUZAH Lunak Bertarannum Jadi Viral!

Mengimbas kembali pertemuan Nona bersama Farha pada tahun lalu, anak bongsu ini berkata dari kecil mereka adik-beradik sudah didedahkan dengan Al-Quran. “Sejak umur lima tahun lagi saya dah mula belajar tarannum. Bila masuk darjah satu pula, saya dah didedahkan menyertai pertandingan tilawah.

IKLAN

Mak dan ayah yang banyak mendidik saya sebab mereka berdua bekas Qari dan Qariah. Ayah jadi Qari sekitar tahun 1990an dan kali terakhir mak bergelar Qariah pula pada tahun 2004 di Perlis dan dapat tempat ketiga peringkat kebangsaan,” ujar anak kepada Allahyarham Haji Panut Haji Markum dan Hajah Jaliah Haji Simin ini.

Cipta Fenomena, Video 4 Beradik FARHATUL FAIRUZAH Lunak Bertarannum Jadi Viral! Cipta Fenomena, Video 4 Beradik FARHATUL FAIRUZAH Lunak Bertarannum Jadi Viral! Cipta Fenomena, Video 4 Beradik FARHATUL FAIRUZAH Lunak Bertarannum Jadi Viral!Berusia 20 tahun, Farha turut menjelaskan budaya bertarannum bagai sudah sebati dalam dirinya. “Kalau saya rasa bosan, perkara pertama yang saya buat ialah bertarannum. Tarannum ni dah jadi minat saya sejak dulu. Kiranya macam menyanyilah… cuma saya ‘nyanyi’ dengan cara saya sendiri iaitu dengan bertarannum.”

Disifatkan seorang wanita yang aktif mengajak orang ramai khususnya umat Islam menyemarakkan rasa cinta terhadap Al-Quran, pada awal Januari lalu Farha dan ibu tersayang berangkat ke Korea Selatan untuk menjayakan sebuah program travel log. Selain tidak melepaskan peluang mengajar tarannum kepada personaliti YouTube terkenal negara itu, Daud Kim yang juga seorang mualaf.

Moga segala usaha Farha diterima ramai dan mencetus inspirasi kepada seluruh wanita.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI