Kemeriahan dunia fesyen tempatan dikuasakan oleh jenama-jenama yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam membangunkan bisnes mereka. Antara jenama yang kini boleh dikatakan kukuh dan mula membina sebuah empayar dalam pasaran tempatan adalah Mimpi Kita. Sejak dari permulaan jenama ini diasaskan ia telah menghimpunkan ramai pengikut tersendiri dan saban tahun setiap kali mempersembahkan koleksi, ia tidak pernah menghampakan. Sewaktu Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 berlangsung, penulis boleh mengatakan bahawa koleksi ini antara yang terbaik dipersembahkan sepanjang lima hari majlis berlangsung.

IKLAN

Comel, Feminin dan Quirky! Inspirasi POP ART Nyata Menyerlah Menerusi Koleksi MIMPI KITA SS18

Berlandaskan gaya yang feminin pereka fesyen dan juga pengasas jenama ini, Nurul Zulkifli bermain dengan pola siluet yang berbeza, mencuba pelbagai jenis potongan demi memberikan peminat fesyen sesuatu yang baru. Menerusi koleksi spring 2018 yang telah dipersembahkan, inpirasi girang dari aura Pop Art telah disuntik sebagai satu elemen utama sebagai tunjang rekaan. Ini dapat dilihat menerusi mainan warna dan juga corak cetakan yang cukup menyerlah dan menangkap mata.

Comel, Feminin dan Quirky! Inspirasi POP ART Nyata Menyerlah Menerusi Koleksi MIMPI KITA SS18
Nurul Zulkifli

Warna-warna yang diserlahkan cukup kontras dengan pilihan rona hijau limau, kuning terang, fuschia, biru, merah dan jingga. Corak cetakan seperti polkadot, abstrak dan garis memonopoli rekaan. Kalau mahukan item fesyen yang menyerlah, koleksi ini wajib ada dalam gerobok anda. Khabarnya helaian ini akan mula dipasarkan pada Januari 2018 nanti.

 

IKLAN

 

IKLAN

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI