Tidak dapat dinafikan, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin seringkali berkongsi momen istimewa bersama kedua-dua cahaya matanya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa di laman sosial, terutamanya di Instagram. Pasti ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati netizen. Sama ada dari bentuk video mahupun gambar, pelantun lagu Biarlah Rahsia senang untuk berkongsi dengan peminat-peminatnya yang sentiasa ingin tahu perkembangan dirinya.
IKLAN
Jika sebelum ini, Siti seringkali merakam video atau membuat sesi ‘live’ berbicara soal produk terbaharu, perkembangan terkini kariernya dan ada kalanya berkongsi momen santai memasak di dapur, kali ini, giliran anaknya pula, Aafiyah mengikuti jejak langkahnya.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Siti memuat naik video pendek anak sulungnya yang sedang menari. Apa yang mencuit hati apabila, Aafiyah sendiri yang merakam videonya menggunakan telefon pintar ibunya.
Aafiyah kelihatan tidok kekok menggerakkan kepalanya sambil senyuman terukir di bibir mengikut rentak lagu yang sedang menjadi trend pada masa kini, Swipe dari Alyph.
Geli hati melihat gelagat anaknya itu, Siti terus memuat naik video tersebut di laman Instagramnya bersama dengan tanda pagar ‘aafiyahanakibu’.
IKLAN
Laa. Diam diam dia SWIPE lak dahh! Suka suka je guna handphone ibu ye..
Biarpun video tersebut berdurasi pendek, tetapi ia sudahpun mendapat hampir mencecah 40 ribu tanda suka. Sudah pasti netizen turut terhibur dengan video anaknya itu. Mana tidaknya, Aafiyah seolah-olah menghafal setiap tarian dalam lagu tersebut. Dia juga kelihatan tidak malu berada di hadapan kamera. Mana tidak tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, bukan?
IKLAN
Ada yang mengatakan bahawa wajah Aafiyah saling tidak tumpah seperti ibunya. Malah ada juga yang mengusik bertanyakan
Awak tahu tak ibu awak penyanyi nombor satu negara?
Biarpun perkongsian tersebut ringkas dan santai, namun cukup untuk menggembirakan peminat-peminat penyanyi kesayangan ramai itu.
Beauty with brain. Itu ungkapan ringkas yang bisa diberikan kepada figura ini yang tidak putus memberi inspirasi kepada seluruh wanita terutamanya di Malaysia. Dr. Amalina Che Bakri, sebuah nama yang pernah menggemparkan negara apabila berjaya meraih17 A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004. Kini, bertugas sebagai Pakar Bedah Am di National Health Service, UK.
Baru-baru ini, menerusi laman Instagramnya, Dr Amalina memuat naik sebuah hantaran berkaitan dengan isu wanita memperkasakan kaum wanita yang lain. Dalam hantarannya itu, Dr Amalina mengupas lanjut mengenai cara berpantang yang diamalkan olehnya selepas melahirkan puteri sulung, Arabella Mia.
Mendapat pelbagai reaksi serta komen mengenai cara berpantang yang diamalkan, Dr. Amalina menegaskan bahawa semua orang, wanita terutamanya, memiliki hak yang sama-rata dan bebas membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri. Oleh disebabkan itu, dia selesa dengan caranya sendiri dalam melakukan proses berpantang.
Semua orang memiliki pilihan masing-masing. Tidak semua orang mempunyai citarasa yang sama dengan kita. Seperti saya sendiri, apa yang saya lakukan berpandukan dari nasihat doktor, bukti saintifik serta dari pengalaman saya sebagai seorang doktor. Itu adalah pilihan saya sendiri. Jika anda ingin melakukan proses berpantang cara Melayu, itu terpulang kepada anda.
Dr. Amalina juga turut menyeru agar orang ramai lebih sensitif dan menghormati keputusan ibu-ibu yang baru saja dikurniakan anak supaya mereka tidak berasa stres dan terbeban dengan komen yang diberikan. Kadang-kala, komen-komen yang kurang membina memberi kesan buruk kepada para ibu yang baru bersalin.
Apa yang saya ingin lakukan ialah untuk memperkasakan kaum wanita untuk mereka lebih yakin dengan setiap keputusan yang dibuat dan memilih yang terbaik untuk diri dan bayi mereka sendiri agar mereka berasa lebih gembira dan tidak stres.
Dalam hantarannya itu juga, Dr. Amalina turut mengulas isu buli yang mencetuskan ketakutan kepada ibu yang baru melahirkan anak.
“Membuli para ibu sehingga menakutkan mereka seperti mengatakan bahawa para suami akan mencari wanita lain dan mereka akan menghidap penyakit ketika usia 40-an merupakan sebuah perkara yang negatif. Bilakah situasi toksik ini akan berhenti?” soalnya.
Tambahnya lagi, kaum wanita harus diberi peluang dan ruang terutamanya kepada para ibu yang baru sahaja bersalin untuk menikmati momen indah tanpa rasa stres. Sama juga seperti kaum wanita lain di seluruh dunia, mereka juga menjalani momen selepas melahirkan anak dan masih sihat dan kekal fit biarpun tidak melakukan cara berpantang Melayu. Jadi, semuanya terpulang kepada para ibu itu sendiri untuk menentukan yang terbaik buat diri mereka.
Nasihatnya, setiap wanita haruslah sentiasa membantu dan memperkasakan kaum wanita lain dan sentiasalah berkongsi ilmu bermanfaat untuk kebaikan bersama.
Dr. Amalina Che Bakri mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Terpukau melihat hartanah milik kelas atasan. Dibina khusus untuk golongan kayangan, luas dan serba lengkap untuk keselesaan gaya hidup mereka. Terbaharu, aktres terkenal Bollywood – Madhuri Dixit-Nene – dikhabarkan baru saja membeli sebuah kondomonium mewah di selatan Mumbai, lengkap pemandangan Laut Arab dan bernilai Rs 48 crore (RM27,134,400).
Berusia 55 tahun, isteri kepada Shriram Madhav Nene dan ibu kepada dua anak lelaki itu kini sibuk dengan projek filem terbaharu, Maja Ma.
Semenjak berkecimpung dalam dunia Bollywood pada tahun 1984, Madhuri Dixit sangat terkenal dengan kecantikan dan kemahiran menari. Beliau juga aktif dengan badan NGO UNICEF bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak kanak-kanak dan isu buruh melibatkan golongan kecil tersebut.
Bintang filem utama Devdas dan Dil To Pagal Hai ini juga merupakan pemilik kepada beberapa kereta mewah. Antara koleksi miliknya adalah Mercedes Maybach S560, Mercedes S-Class 450S, Range Rover Vogue dan Mercedes GLS 350D 4Matic.
Dengan nilai kekayaan mencecah Rs 250 crore, pembelian kediaman terbaharu Madhuri Dixit ini nyata tidak menghairankan peminatnya. Menurut pendedahan zapkey.com, hartanah yang terletak di Worli, Mumbai ini telah ditempah pada 8 September lepas.
Terletak di aras 53, kondominium beliau mempunyai keluasan 5,384 kaki persegi serta dilengkapi dengan tujuh ruang parkir. Wow, luasnya!
Projek yang dimajukan oleh Indiabulls Blu itu merupakan antara kondominium yang tertinggi di Mumbai. Ia dibina di kawasan seluas 10 ekar dan dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur menarik.
Antaranya padang bola sepak, gelanggang skuasy, tenis dan badminton, perpustakaan, bilik yoga, gimnasium, spa serta kolam renang yang indah.
Malah bayangkan kompleks kondominium itu turut dikelilingi taman seluas lima ekar dengan tugu dan arca yang dihasilkan oleh seniman terkemuka dunia!
Hari Ahad lepas terakam sebagai hari keluarga yang bermakna bagi setiap lelaki bergelar bapa.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz turut tidak terkecuali meluangkan hujung minggu lalu dengan keluarga iparnya di Sekinchan, Selangor.
Dalam satu hantaran beliau di Instagram, Tengku Zafrul berkongsi sekeping foto dengan anak bongsunya berlatarkan sawah padi yang menguning.
“Bersama anak bongsu & keluarga sempena Hari Bapa”
Hantaran tersebut mendapat 14 ribu likes dan ratusan komen daripada followers yang menjadikan beliau sebagai idola.
Selain isteri Tengku Zafrul iaitu YM Raja Datin Sri Johanna Adrina dan anak-anak mereka, turut menyambut hari bapa bersama-sama adalah adik-beradik serta ipar-duai tersayang.
Bersama ipar duai
Puteri-puteri Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda
Beberapa keping foto yang dikongsi oleh adik ipar Tengku Zafrul turut memaparkan keindahan Sekinchan. Suasana yang indah, lengkap table setting berkelah dan momen keluarga yang berharga menandakan betapa pentingnya family time begini.
Nampak macam percutian di luar negara!
Paling menyentuh hati, apabila mereka berkongsi momen ‘menolak’ motosikal dengan bapa mertua yang disegani rakyat Malaysia, YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda.
Bertuahnya menantu-menantu mempunyai seorang bapa sehebat Raja Arshad, tentu banyak nasihat dan tunjuk ajar yang diwariskan pada mereka. Kredit foto: Instagram @joeyazman @tzafrul_aziz
Tapi kenapa Sekinchan? Ada apa dengan pekan kecil di Sabak Bernam itu?
Kebetulan pula baru beberapa minggu lepas famili selebriti Marion Caunter dan suaminya, SM Nasarudin SM Nasimuddin pun bercuti di sana. Wah, makin berkobar-kobar rasanya nak pergi Sekinchan macam ni.
Tahukah anda, Sekinchan sering menarik pengunjung dari Kuala Lumpur dan Ipoh. Terdapat beberapa pengilang beras di kawasan di mana beras keluaran tempatan boleh dibeli.
Panorama sawah padi di Sekinchan dan sekitarnya sering menggamit perhatian jurugambar amatur dan profesional selain tumpuan penggambaran drama dan filem.
Bagi yang bercadang nak bawa keluarga bercuti di Sekinchan, jangan bimbang kerana sebenarnya terdapat banyak tarikan dan aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Oleh itu, tak perlu risau anak kebosanan.
TARIKAN UTAMA DI SEKINCHAN
(1) Melihat sawah bendang
Sekinchan sememangnya terkenal dengan bendang sawah padi yang terbentang luas, saujana mata memandang. Bagi penduduk bandar terutamanya, pemandangan sawah padi yang menenangkan pastinya membuatkan anda berasa teruja. Boleh sentuh pokok padi dan merentas batas padi, memancing ikan puyu dan melihat pelbagai cara pemprosesannya dari A-Z.
(2) Ah Ma’s House
Rumah kampung tradisional ini dipenuhi barang-barang antik yang kini telah jarang-jarang dilihat oleh anak-anak. Anda juga boleh melihat cara membuat kuih kapit secara tradisional yang dibakar dengan arang, selain membeli makanan ringan zaman 80-an yang popular seperti gula-gula dalam balang merah, bubble gum, aiskrim Malaysia dan asam boi.
(3) Berbasikal melihat sawah padi
Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama anak-anak ialah berbasikal mengelilingi sawah padi. Padi Box menyediakan pilihan basikal biasa ataupun jenis tandem yang boleh membawa dua penunggang sekaligus. Sewaan basikal Padi Box terbuka untuk tetamu dan juga mereka yang tidak menginap di sini. Selain Padi Box, anda juga boleh menyewa basikal di Farmville Cafe & Homestay ataupun di pekan.
(4) Menaiki buggy mengelilingi sawah padi
Selain menunggang basikal, boleh juga menyewa buggy atau clubcar untuk bersiar-siar mengelilingi kawasan sawah padi di sini. Setelah letih menunggang basikal, anak-anak seronok menaiki buggy mengelilingi bendang yang luas. Cuaca di sebelah petang yang agak redup dan berangin juga membuatkan pengalaman menaiki buggy mengelilingi sawah lebih menyeronokkan.
(5) Bersantai di Pantai Redang
Walaupun tak sesuai untuk bermandi-manda, tapi anda boleh membawa anak-anak bersiar di Pantai Redang. Boleh berkelah sambil bermain sand castle bersama anak-anak, memancing, bermain layang-layang, dan makan aiskrim sambil menunggu matahari terbenam.
(6) Sekinchan 3D Art Gallery
3D Art seolah-olah sudah menjadi trend masa kini dan Sekinchan tidak ketinggalan dalam menampilkan tarikan sebegini kepada para pengunjung.
(7) La Familia Orchard
La Familia Orchard adalah sebuah kebun buah di mana anda berpeluang membeli buah-buahan segar dari ladang. Hasil utama di sini ialah jambu air dan lime, namun terdapat juga buah-buahan lain seperti grapefruit, ciku dan mangga.
(8) Eagle Feeding di Pasir Penambang
Anda boleh beli tiket untuk menaiki bot dan melihat burung helang makan di tengah sungai Pasir Penambang. Seperti aktiviti eagle feeding semasa island hopping di Pulau Langkawi. Harga tiket ialah Rm25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Waktu untuk melihat burung helang makan ialah dari pukul 4 petang hingga 6.30 petang setiap hari.
(9) Nikmati makanan laut
Sekinchan terletak berdekatan dengan Pantai Remis dan ia pernah menjadi lokasi Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019. Ramai kaki joran datang ke sini untuk memancing kerana Sekinchan terkenal sebagai destinasi makanan laut yang menarik.