Diam tak diam, anakanda kedua Che Puan Juliana Evans menginjak usia sembilan bulan. Bayi comel yang diberi nama Yang Mulia Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri binti Tengku Shariffuddin Shah ini ternyata mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Bersandarkan status sebagai anak selebriti dan lahir dalam kalangan kerabat diraja Selangor tidak hairanlah Tengku Saidatul’Ihsan Putri menjadi perhatian warga maya khususnya peminat setia Che Puan Juliana.
Apatah lagi pengusaha Jevans Jewelry ini rajin mengemaskini media sosial miliknya dan memuat naik gambar puteri kesayangan.
Dalam salah satu hantaran di Instagram, Che Puan Juliana berkongsi foto di samping Tengku Saidatul’Ihsan beserta kapsyen, “Baby Ihsan stole mummy’s face.”
Ads
Tak dinafikan puteri kedua bekas pengacara program Remaja ini mempunyai banyak persamaan raut wajah dengan ibundanya, Che Puan Juliana. Terutama bahagian mata, hidung, bibir dan juga kulit.
Selepas melahirkan anak kedua pada 17 Jun tahun lepas, isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj ini kembali rancak menghadiri majlis perasmian jenama ternama seperti Rado dan Lanvin. Juga pertunjukan fesyen daripada pereka tanah air, Hatta Dolmat.
Meskipun tanggungjawab sebagai ibu semakin bertambah sejak kehadiran cahaya mata kedua ini namun Che Puan Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans bahagia dan teruja menggalas tugas berkenaan.
Ads
Apatah lagi, dapat melihat anak yang dikandung sembilan bulan membesar sihat di depan mata.
Che Puan Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan puteri sulung iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang meniti usia lima tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi anda yang membesar menonton drama Cili Padi, sudah pasti anda cukup mengenali susuk wanita ini. Anne Ngasri, dahulunya pelakon cilik yang cukup dikenali dengan teletah dan gayanya yang bersahaja. Kini berusia 39 tahun, sudah pastinya ramai merindui untuk menyaksikan beliau kembali beraksi di kaca TV.
Namun, dari karier seni ke dunia politik, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri kini semakin ligat mengalas amanah diberikan sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia.
Mengakui minat berlakon masih menebal, namun buat masa sekarang, baru-baru ini beliau menerbitkan sebuah karya, filem hasil kerjasama syarikatnya dengan Darling Ngasri. Diarahkan oleh pengarah Amor Rizan, filem ini sedang hangat ditayangkan.
Menurut sumber Sinar Plus ketika ditemui ketika pelancaran filem Jemputan Ke Neraka, Anne Ngasri sempat ditanya rahsia awet muda malahan wajah Anne yang seakan tidak langung dimamah usia.
“Sembilan bulan tak ambik nasi!” Itu respon ibu kepada enam cahaya mata ini bila ditanya rahsia kecantikannya. Malah menurut sumber tersebut lagi, Anne mendedahkan telah mengurangkan pengambilan nasi dan lebihkan minum air putih selain protein seperti ambil ayam, ikan dan sayur.
Hasilnya, Anne Ngasri kelihatan tak tumpah seperti anak dara malah beliau berjaya menurunkan berat badannya lebih kurang 11 kilogram. Di ruangan kepsyen setiap kali dia membuat hantaran, warga maya pasti akan memuji kecantikan dan wajah muda dirinya.
Rambut sering menjadi penanda aras kesihatan tubuh seseorang. Jika dilanda stres, rambut mudah putus, jika kurang protein dalam badan, rambut mudah gugur dan jika sedang mengalami ketidakstabilan hormon, boleh mengganggu pertumbuhan rambut baru.
Atasi masalah rambut dengan menggunakan sumber semula jadi. Minyak Argan adalah solusi tepat untuk penjagaan rambut dengan sempurna.
Minyak Argan tercetus daripada pokok Maroko yang kaya akan vitamin, mineral, dan berbagai-bagai nutrisi. Minyak Argan terhasil daripada biji atau buah Argan. Kacang Argan ini dikumpul dan kemudian dihancurkan untuk mengekstrak minyaknya. Minyak semula jadi ini bebas bahan kimia dan telah digunakan sebagai suplemen makanan, pelembap dan terutama sebagai suplemen rambut kerana kesan yang efektif.
Minyak Argan memang terkenal merawat rambut dengan berkesan kerana kaya dengan vitamin A dan E. Vitamin E yang menghasilkan trocopherol dan antioksidan dalam minyak Argan ini merangsang penghasilan sel yang diperlukan oleh folikel rambut. Bukan itu sahaja malah memelihara akar rambut dan merangsang pertumbuhan sel rambut yang baru.
Aplikasi minyak ini pada kulit kepala boleh memelihara keratin rambut kerana minyak dapat menembusi ke folikel rambut bagi meningkatkan pertumbuhan rambut baru, memelihara tekstur rambut dan menambahkan sinar pada rambut.
Menitiskan minyak Argan secara teratur pada rambut boleh membantu mengelakkan rambut daripada menghadapi masalah keguguran, kerinting, berbelah di hujung, kelemumur dan kering. minyak Argan tidak mempunyai kesan sampingan kerana bekerja sebagai suplemen yang memberikan nutrisi lengkap kepada rambut.
(a) Syampu Minyak Argan
Syampu biasa yang dipakai tidak dapat membantu mengatasi maslah seperti rambut gugur, putus dan terbelah di hujung. Sudah tiba masanya mencuba syampu yang diperkaya dengan minyak Argan. Syampu ini boleh digunakan oleh semua jenis rambut.
Apabila menggunakan syampu yang mengandungi minyak Argan, anda tidak perlu risau tentang jumlah minyak yang melekat di kulit kepala kerana jumlahnya begitu sempurna untuk kesihatan rambut.
(b) Perlindungan Rambut
Kuasa minyak Argan begitu besar buat rambut. Minyak Argan juga boleh melindungi rambut daripada sinar UV yang berbahaya agar rambut berkilau dan menambah lapisan perlindungan rambut.
Sapukan pada rambut sebelum menggunakan produk styling seperti pengering rambut dan alat pengeriting rambut agar dapat menahan panas untuk masuk ke dalam akar rambut dan mencegah gangguan kerosakan.
(c) Menggalakkan Pertumbuhan Rambut
Minyak Argan bukan sahaja membantu mengatasi rambut gugur malah boleh merangsang pertumbuhan rambut baru. Ia juga kaya dengan antioksidan, Omega-6 dan asid linoleic. Kajian menunjukkan bahawa apabila digunakan pada kulit, ia memudahkan proses keradangan dengan melembapkan kulit kepala.
(d) Menguatkan Rambut
Minyak Argan kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9. Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.
(e) Melembutkan Tekstur Rambut
Minyak Argan berupaya mencegah dan menyihatkan rambut dan sudah tentu rambut akan memiliki tekstur yang kuat dan cantik. Kandungan asid lemak dan omega 6, yang terdapat dalam minyak Argan berkuasa melembapkan rambut. Kandungan yang terdapat pada minyak Argan juga akan menjangkau bahagian keratin pada rambut sehingga membuat warna rambut lebih indah. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zakiah Anas memang cantik orangnya. Siapa yang tak kenal dengan personaliti televisyen popular ini. Bukan hanya berbakat dalam dunia pengacaraan, ibu jelita ini juga beruntung kerana dikurniakan rupa paras cantik.
Meskipun meniti usia lewat 50an, ‘maintain’ anggun dan menawan dalam kelas tersendiri.
Tidak lagi berkecimpung dalam dunia penyiaran di kaca TV, bekas pengacara 999 ini masih lagi aktif menerima tawaran sebagai emcee di majlis rasmi mahupun keraian seperti perkahwinan.
Meninjau media sosial Zakiah, dia akan ditemani kenalan rapat yang juga rakan setugas ketika bertugas di stesen televisyen suatu ketika dulu. Bahkan, suami tercinta pun turut serta menemani isteri tersayang.
Zakiah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012.
Pastinya, tumpuan Zakiah Anas kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan terhadap dunia pengacaraan masih menebal. Berbekalkan pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam bidang tersebut, sayang rasanya kalau bakat itu disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan serta menyumbang suara latar, voice over untuk pelbagai program.
Melihat perkembangan terkini Zakiah Anas yang cantik seperti sekarang jelas terbukti seolah-olah tiada apa yang berubah dalam dirinya. Melainkan penampilan yang lebih sopan selepas memutuskan untuk berhijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah cinta Al Ghazali dan Alyssa Daguise sememangnya menarik perhatian ramai. Dari pertemuan pertama sehinggalah akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin, ramai yang ingin tahu...