Usahawan dan pempengaruh Vivy Yusof nyata bijak menarik perhatian para hijabi dan peminat fesyen. Apa saja yang Vivy gayakan pasti menjadi ikutan ramai dan membuatkan golongan wanita mahu memiliki aksesori sama.
IKLAN
Selaku Pengasas bersama The dUCk Group, figura berjaya ini bangga apabila koleksi edisi terhad dan eksklusif The Malaysia dUCk bersempena Hari Kebangsaan 2023 kini berada di pasaran.
Kesemua enam rekaan The Malaysia dUCk sudah pun dijual di sembilan butik dUCk di Malaysia dan Singapura pada 21 Ogos lepas. Menariknya, rekaan Hari Kebangsaan ke-66 ini diambil daripada inspirasi cawan kopitiam!
Sarat dengan elemen klasik, ia sebagai mengimbau nostalgia masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang sinonim dengan suasana meriah di kopitiam.
Ujar Vivy, ia merupakan koleksi yang amat istimewa bagi jenama dUCk. “As a tribute to our beloved nation, we have celebrated many things over the years.
From kuih-inspired designs to flowers inspired by the women in P Ramlee’s movies to the iconic drawing by the country’s most prominent cartoonist, Datuk Lat, dUCk has traversed roads and paths to find something uniquely Malaysian.”
“This year, we want to embrace the simplicity, familiarity and warmth of the local kopitiam, where friendships are made and a sense of community is nurtured. This collection reminds me of our KL dUCk collection, one of our very first collections that brought dUCk to where it is now.”
IKLAN
Rekaan yang dihasilkan menerusi lukisan tangan ini mengambil masa 660 jam!
Terdapat enam pilihan warna koleksi The Malaysia dUCk yang dihasilkan dalam helaian skraf dan selendang menggunakan material satin silk.
Kotak eksklusif koleksi ini turut diperincikan dengan simbol ikonik dan bersejarah Malaysia termasuk bangunan Sultan Abdul Samad, mainan tradisional congkak, rumah kampung, ilustrasi pokok kelapa dan pokok pisang.
Ia juga dinamakan bersempena minuman kopitiam popular iaitu White Coffee, Teh Tarik, Barley, Neslo, Kopi O dan Cham. Selain skaf, koleksi The Malaysia dUCk turut dihasilkan dalam bentuk placemats dan lapik kusyen.
Pelakon dan model terkenal, Luna Maya sering tampil dengan ‘kejutan’ dalam soal penampilan.
Tidak pernah membosankan lebih-lebih lagi bila menyuai padan pakaian.
Luna Maya gemar ‘meneroka’ dan menjadikan pakaian biasa kelihatan luar biasa.
Seperti berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal, Luna Maya pernah ‘mix and match’ antara blazer dengan baju biasa namun penampilannya sangat berbeza!
Selain itu, ketika Luna Maya menyarungkan blazer koleksi Gucci dengan motif monogram dalam warna ungu, blazer yang sangat klasik ini menyerlahkan penampilannya yang formal.
Untuk memberi kesan ‘playfyul’ pula blazer tersebut dipadankan dengan baju berwarna kuning lemon.
Gabungan dua warna daripada dua ton berbeza ini memberikan kesan yang menarik dan luar biasa.
Luna Maya bijak menggabungkan dua warna bersama skirt merah jambu lembut.
Ketiga-tiga warna tersebut dipadankan dengan baik lengkap dengan beg sandang mini putih.
Biarpun penampilan Luna Maya ini sangat formal namun tetap kelihatan ‘sweet’ dan penuh dengan variasi warna.
Pancaran sinaran daripada 100,000 butir batu kristal Swarovski bukan sahaja bersinar terang tetapi dalam masa yang sama memberikan satu pengalaman baharu buat sesiapa sahaja yang mula melangkahkan kaki masuk ke Crystal World Bawal Exclusive yang dilancarkan secara rasmi baru-baru ini.
Menariknya, butik tudung mewah lagi eksklusif yang menelan belanja mencecah RM2.5 juta ringgit ini bukan sahaja memukau pandangan mata tetapi dalam masa masa yang sama mempamerkan tudung yang bernilai RM10,000 hingga RM RM113,000 selaras dengan aspirasi Bawal Exclusive yang mahu mewujudkan butik tudung paling mewah di dunia bertahtahkan kristal Swarovski.
Bagi pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Puan Haliza Masyuri, dia bersyukur kepada Tuhan kerana impiannya untuk memiliki butik tudung mewah ini akhirnya tercapai setelah sekian lama bergelumang dalam perniagaan tudung.
“Kita turut mempamerkan tudung bernilai RM10,000 hingga RM RM113,000 selaras dengan aspirasi Bawal Exclusive yang mahu mewujudkan butik tudung paling mewah di dunia bertahtahkan kristal Swarovski,” katanya ketika ditemui pada sesi perasmian butik tersebut di Puchong baru-baru ini.
Tudung paling murah dijual pada harga RM20,000 dan pelanggan yang ingin membeli perlu membayar 50 peratus wang deposit sebelum boleh memiliki tudung yang diingini.
Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.
“Tiada apa yang dapat saya katakan selain bersyukur dengan apa yang dikecapi pada hari ini. Dalam hidup tiada apa yang mustahil dan saya mahu semua orang mempunya azam dan semangat untuk terus berjaya,” kata Haliza.
Sebenarnya impian untuk memiliki butik tudung mewah sendiri bermula pada malam ulang tahun Swarovski yang ke-125 tahun apabila mereka telah dijemput ke majlis makan malam yang berprestij di Wattens, Austria.
Bawal Exclusive telah berpeluang dijemput untuk berdiri sama tinggi dengan jenama-jenama luar dari seluruh dunia. Dengan disinari kilauan lampu yang mempersona telah menambat hati mereka pada malam itu.
Pancaran kristal Swarovksi yang bermula dengan satu butir telah menghasilkan pancaran laser yang menyerlahkan lagi setiap butiran kristal yang berada dalam dewan. Ia merupakan satu kenangan yang tidak boleh dibeli di mana-mana.
“Sejak itu saya menanam impian dan berjanji akan membawa kenangan itu bersama-sama ke Malaysia. Hari demi hari, impian tersebut bakal direalisasikan pada hari ini dengan perlancaran butik tudung mewah bertaraf antarabangsa yang diberi nama Crystal World Bawal Exclusive.
“Butik tudung mewah ini bukan hanya dibina semata-mata untuk dipamerkan pada umum, malah saya ingin membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa sebagai seorang wanita Muslim yang bermula dari bawah juga mampu untuk berjaya,” tambahnya lagi.
Ini juga membuktikan rakyat Malaysia juga sebenarnya mampu berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa. Hanya bermula dengan satu langkah dengan semangat yang tinggi serta sentiasa konsisten dengan apa yang dilakukan. Beliau juga ingin menjadi inspirasi kepada usahawan yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan.
“Saya ingin menunjukkan kepada Premium Reseller Bawal Exclusive bahawa mereka juga mampu untuk menjadi seperti ini,” katanya yang berhasrat menjadikan Crystal World Bawal Exclusive sebagai sebuah butik tudung yang paling mewah di dunia yang bertahtahkan kristal Swarovski.
Istimewanya, setelah 23 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini, kini pemilik Bawal Exclusive turut memperkenalkan pewaris mereka sebagai penyambung kepada legasi perniagaan yang diusahakan.
Menurut Puan Haliza, anak lelakinya, Muhammad Zuhairi Syazwan Bin Mohd Rosli bakal meneruskan legasi kegemilangan Bawal Exclusive yang menjadi kebangaan dirinya dan suami. Zuhairi berkelulusan dalam bidang Pemasaran Perniagaan dari MMU ini sebenarnya sudah diberi pendedahan tentang perniagaan oleh kedua ibu bapanya sebagai persediaan meneraju syarikat ini.
“Besar harapan saya kepada satu-satunya anak lelaki saya agar dapat meneruskan legasi perniagaan ini dangan cemerlang dan membawa jenama Bawal Exclusive ke peringkat antarbangsa. Namun begitu, dia harus ingat bahawa pelajaran sangat penting dalam mengekalkan kegemilangan jenama Bawal Exclusive. Nak dunia perlu ilmu, nak akhirat pun perlu ilmu, ujar Haliza penuh semangat dalam mendorong anaknya menersukan legasi perniagaannya itu,
Dalam pada itu, Haliza sempat berpesan dengan anaknya satu titipan pesanan yang perlu diingatinya sampai bila-bila.
“Pesanan saya kepadanya, tidak dibenar sama sekali menukar atau mengubah logo Bawal Exclusive. Wajib kekal dari generasi ke generasi. Saya berharap pewaris saya dapat menjaga dan menjalankan pernigaan ini dengan sebaiknya,” tambahnya.mengakhiri perbualan.
Wanita dan perhiasan umpama ‘isi dengan kuku’ yang sememangnya tidak dapat dipisahkan. Perhiasan melengkapkan penampilan seorang wanita sehingga terlihat ‘sempurna’. Perhiasan juga sebagai lambang ingatan tentang apa yang mendorong seseorang dalam kehidupan.
Koleksi terbaharu Pandora kali ini pastinya menyerlahkan keanggunan sang pemakai. Sofistikated dan ikonik, itulah gambaran sebenar untuk rekaan terbaharu koleksi Pandora Signature kali ini. Koleksi yang ‘membicarakan’ siapa anda.
Serlahkan gaya versatile dengan memilih gabungan effortless statementpieces yang ringkas untuk menyerlahkan penampilan anda dalam sebarang majlis.
Menurut Pengarah Kreatif, Pandora iaitu Francesco Terzo dan A. Filippo Ficarelli, menghasilkan sesuatu yang ‘clean’ agar dikenali merupakan salah satu hal yang sukar dilakukan dalam reka bentuk.
“The new pieces in this collection capture those two ideas perfectly,” kata mereka.
The Sparkling Overlapping Ring.The U-Shaped Hoop Earings.
Gelang dengan rekaan minimalis dipakai ringkas sebagai statement, atau disusun dengan cara tersendiri bagi menyerlahkan personaliti anda. Manakala lapisan dengan tone yang sama memberikan gaya monochromatic.
Manakala susunan kemasan logam campuran menyerlahkan gaya yang segar. Koleksi yang menampilkan ciri-ciri hand-finished dari material yang berkualiti tinggi menggabungkan logo Pandora yang ikonik dengan perincian unik serta trademark craftmanship.
Segera miliki koleksi ini dan serlahkan gaya tersendiri anda! Atau, hadiahkan buat yang tersayang.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...