Berikutan cuaca panas yang berterusan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru rakyat agar mengambil tindakan berjaga-jaga bagi mencegah simptom kelesuan dan strok haba.

IKLAN

Cuaca panas melampau juga boleh mengakibatkan penyakit kronik bertambah serius. Apabila seseorang ‘berjemur’ lama di bawah matahari atau membuat banyak aktiviti, mereka akan kehilangan air dalam badan.

Kehilangan air akan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat dan menjadikan sistem badan hiperaktif. Mereka yang mempunyai penyakit jantung, kencing manis dan masalah pernafasan paling mudah mengalami kelesuan atau strok haba ini.

Cuaca Panas Berterusan Punca Kelesuan, Strok Haba, Dr Noor Hisham Seru Rakyat Berjaga-Jaga
Tanda-tanda yang mesti diperhatikan

 

IKLAN

Strok haba adalah berbahaya kerana boleh menyebabkan seluruh sistem badan berhenti berfungsi, paru-paru digenangi air, pengedaran darah tidak stabil, kekejangan abdomen dan tidak sedarkan diri. Anggota beruniform seperti polis, tentera dan pengawal keselamatan antara yang paling terdedah risiko di atas.

IKLAN

Menerusi hantaran Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, beliau berkongsi tip berikut:

  • Kerap minum air.
  • Elakkan senaman berat yang tidak perlu.
  • Selalu berlindung di bawah tempat redup.
  • Selalu perhatikan gejala-gejala seperti terlalu banyak berpeluh, nadi berdenyut pantas dan suhu badan meningkat.
Cuaca Panas Berterusan Punca Kelesuan, Strok Haba, Dr Noor Hisham Seru Rakyat Berjaga-Jaga
Tip pengambilan air
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI