Walaupun tahun ini kita sekali lagi terpaksa beraya di rumah kerana Perintah Kawal Pergerakan (PKP), namun kemeriahannya tetap masih dirasai. Beli baju baru, tukar langsir baru, kemas rumah sehinggalah ke kuih muih dan juadah hari raya. Biar sederhana tetapi momen itu yang penting.

IKLAN

Kemeriahan Syawal tak akan lengkap tanpa biskut dan kek, kan? Jom cuba resipi mudah daripada As Savoury Baking Studio ini. Terima kasih buat pengasasnya, Puan Asmah yang sudi berkongsi resipi.

STRAWBERRY PRETZEL PARFAITCuba Buat Sendiri Biskut Raya, BUTTERSCOTCH BLONDIES Tu Paling ‘Menggoda’ Selera!

BAHAN-BAHAN

  • 12 biji strawberi (dipotong dadu)
  • 2 sudu teh gula kastor
  • 1 cawan pretzel mini (dikisar sederhana halus)
  • 2 sudu makan mentega tanpa garam (cairkan)
  • Secubit serbuk kayu manis
  • 3/4 cawan krim masam
  • 2 sudu makan gula perang

Cara Membuat:

Tabur gula kastor ke atas strawberi. Gaul sehingga sebati, rehatkan selama 30 minit. Ketepikan. Kisar pretzel sehingga sederhana halus. Masukkan mentega cair dan serbuk kayu manis, kisar sehingga sebati. Ketepikan. Dalam mangkuk lain, gaul sebati krim masam dan gula perang menggunakan whisk. Sediakan mangkuk atau gelas lalu masukkan setiap adunan mengikut susunan. Bermula dengan krim masam, strawberi dan pretzel. Ulangi sehingga bekas penuh.

CHOC CHIP CHEESE COOKIES
Cuba Buat Sendiri Biskut Raya, BUTTERSCOTCH BLONDIES Tu Paling ‘Menggoda’ Selera!
Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan mentega tanpa garam (suhu bilik)
  • 125gm krim keju (suhu bilik)
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu makan susu segar
  • 1 1/4 cawan gula aising (diayak)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/4 cawan tepung jagung (diayak)
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik (diayak)
  • 6 sudu makan coklat cip

Cara Membuat:

IKLAN

Pukul mentega dan krim keju sehingga halus dan berkrim. Masukkan telur, esen vanila dan susu segar, gaul sebati. Masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan coklat cip, rehatkan doh selama sejam di dalam peti sejuk. Panaskan ketuhar pada suhu 160c selama 10 minit dan alas loyang dengan kertas minyak. Bentukkan doh seperti bebola (anggaran 25 biji bebola) dan susun ke atas kertas minyak. Jarakkan dan tekan doh agar sedikit leper. Tabur coklat cip ke atasnya, bakar pada suhu 160c selama 15-20 minit atau sehingga bahagian bawah sedikit perang.

OREO TRUFFLES
Cuba Buat Sendiri Biskut Raya, BUTTERSCOTCH BLONDIES Tu Paling ‘Menggoda’ Selera!
Bahan-bahan:

  • 3 1/2 paket biskut Oreo
  • 250gm krim keju (suhu bilik)
  • 375 gm white chocolate compound (cairkan)
  • 185 gm dark chocolate compound (cairkan)

Cara Membuat:

IKLAN

Kisar biskut Oreo bersama intinya sehingga halus. Pukul krim keju sehingga licin, satukan serbuk biskut Oreo dan krim keju sehingga terbentuk doh. Sukat doh menggunakan sudu penyukat (1 sudu makan). Bulatkan menjadi bebola dan susun ke dalam bekas. Bekukan di dalam freezer selama 30 minit. Cairkan coklat dengan kaedah double-boil. Celup bebola tadi ke dalam coklat putih dan letak di atas wax paper sehingga coklat mengeras. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 10 minit dan hias. Enak dinikmati sejuk dan boleh dibekukan di dalam freezer.

BUTTERSCOTCH BLONDIES
Cuba Buat Sendiri Biskut Raya, BUTTERSCOTCH BLONDIES Tu Paling ‘Menggoda’ Selera!
Bahan-bahan:

  • 226 gm mentega tanpa garam (cairkan)
  • 350 gm gula perang
  • 2 biji telur gred A + 1 biji kuning telur (suhu bilik)
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila
  • 285 gm tepung gandum
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh garam halus
  • 250 gm butterscotch chip

Cara Membuat:

Cairkan mentega dan satukan gula perang ke dalam mangkuk. Kacau sebati. Masukkan telur satu persatu. Gaul sehingga sebati. Masukkan esen vanila diikuti tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik, garam halus dan butterscotch cip. Sebatikan. Tuang dan ratakan adunan ke dalam loyang bersaiz 8”. Bakar pada suhu 170c selama 35-40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI