Mencuci muka dapat mengembalikan kesegaran pada kulit wajah kita lagi-lagi selepas seharian terdedah dengan cahaya panas matahari, debu dan habuk.
Selama ni mungkin anda fikir mencuci wajah dengan hanya menggunakan pencuci muka sudah bersih dan kulit sudah boleh jadi cantik, halus dan flawless. No, no, no… tidak tepat sangkaan anda. Untuk memiliki kulit flawless kena ada effort yang lebih sikit. Iya lah, nak cantik ni bukan boleh buat sambil lewa. Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunakan pencuci muka amat diperlukan. Bukan itu sahaja, kena ada cara yang betul juga untuk mencuci wajah. bukan main ‘belasah’ saja ya.
Ini ada tip cara yang betul untuk mencuci wajah yang boleh dipratikkan oleh setiap wanita bermula seawal usia remaja untuk mendapatkan kulit wajah idaman.
1. CUCI TANGAN
Langkah pertaman ni yang paling penting sekali. Sebenarnya, wajah menjadi bahagian yang paling jarang disentuh dengan tangan kerana tanpa disedari tangan adalah anggota yang banyak bakteria. Sebelum mula menyentuh atau mencuci wajah, pastikan basuh dulu tangan anda. Jika tangan anda kotor, tak guna lah anda mencuci wajah kerana kotoran seperti debu, habuk dan kuman masih ada di tangan.
2. BUANG KOTORAN PADA WAJAH
Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan make up remover.Make-up amat susah untuk ditanggalkan jika hanya dengan mencuci muka sahaja. Jika make up tidak dicuci dengan betul, liang-liang pori akan tersumbat dan akan menyebabkan kulit yang bermasalah seperti jerawat dan berminyak.
Ads
3. PILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI
Kenali kulit wajah anda. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi. Kemudian, ratakan pencuci muka ke suluruh muka. Jangan sampai ada bahagian yang tertinggal. Cara urutan yang betul boleh dilihat di gambar, anda harus fokus kawasan dahi dan t-zone. Urut perlahan-lahan dan jangan menekannya sama sekali.
Ads
4. CUCI DENGAN AIR SUAM
Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat menyingkirkan segala kotoran. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem, terlalu sejuk atau panas kerana ia menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.
5. JANGAN LAP DENGAN TUALA
Ads
Selepas mencuci muka, biarkan wajah kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit wajah tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka. Kalau mahu juga keringkan wajah, lap dengan tuala lembut seperti microfiber towel.
6. MOISTURIZER
Lengkapkan rutian cucian muka anda dengan sapukan krim pelembap pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda kerana penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit wajah.
Nak cantik, kena lah rajin. Betul tak? Bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri juga. Jangan lupa untuk mencuci wajah anda sekurang-kurang dua kali sehari bagi mengekalkan kesegaran kulit. Bila ada wajah yang bersih dan cantik, baru lah ada keyakinan yang tinggi untuk bertemu orang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Solekan yang cantik pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Namun, untuk mendapatan hasil solekan yang sempurna dan menawan, beberapa perkara perlu dilakukan sebelum anda memulakan solekan.
Selain itu, kaedah sebelum bersolek penting bagi memastikan wajah anda terhindar dari kotoran yang boleh menyebabkan jerawat, jeragat, bintik hitam dan pelbagai lagi yang tidak diingini. Malahan juga, solekan anda kekal cantik di wajah sepanjang hari.Jom kita lihat perkara yang perlu dilakukan sebelum bersolek!
1. Pertama sekali, cuci wajah menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit.
2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.
3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.
5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raut wajah yang lembut dan menawan, senyuman manis, lemah lembut serta sopan itu antara pesona yang dimiliki oleh puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Keperibadiannya juga tidak terperi hebatnya.
Tengku Fatimatuz Zahra’ merupakan puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Tengku Puteri Daulath yang berusia 20 tahun ini turut memiliki tiga orang kekanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.
Setiap kali muncul di majlis-majlis rasmi, Tengku Fatimatuz Zahra’ sering menjadi sorotan lensa. Ini membuktikan Tengku Fatimatuz Zahra’ antara kerabat diraja di Malaysia yang popular dan sering mencuri tumpuan lensa kamera apabila muncul pada majlis rasmi.
Bukan hanya pesona yang dimilikinya bahkan busana yang disarungnya terutama bercirikan tradisional serta songket Terengganu sering menjadi perhatian perhatian ramai.
Untuk info, Tengku Fatimatuz Zahra’ dikurniakan Darjah Kemuliaan dan gelaran Tengku Puteri Daulath Raja menurut Adat Istiadat Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 Julai 2019 tahun Masihi bersamaan 19 Zulkaedah 1440 tahun Hijrah.
Gelaran itu dikurniakan oleh Ayahandanya, Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Kredit Foto: Instagram @terengganu_royalfamily
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berseri-seri muka Tasha Shilla sejak bergelar ibu dua anak! Jelas terserlah wajah bahagia pelakon jelita ini di samping suami tercinta dan anak-anak tersayang. Sejak berkahwin dan ada anak, agak jarang nampak lakonan Tasha di kaca TV. Barangkali tumpuannya kini lebih terarah kepada keluarga.
Menerusi perkongsian Tasha di media sosial, kebanyakan posting berkisar mengenai rutin hariannya sebagai isteri dan ibu.
Walau dah ada anak, tetap aktif hiking bersama suami dan dua anak kecil. Tak hairanlah Tasha boleh mengekalkan badan sihat dan ramping.
Selain sibuk urus keluarga, finalis Dewi Remaja 2005/2006 ini juga menguruskan bisnes sendiri iaitu Nyla by Tasha Shilla.
Jenama ini mempunyai rangkaian produk penjagaan rambut seperti Hair Tonic dan Hair Serum yang mula dilancarkan pada Ogos 2023.
Tasha Shilla ibu dua anak ini meniti usia 37 tahun merupakan wanita keturunan Melayu-Jawa dan pernah menggondol kategori Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.
Tasha Shilla mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raees Zander kini berusia tiga tahun dan Nyla Kaadira.
Terdahulu, Tasha Shilla memulakan karier lakonan pada 1999 iaitu sejak usianya 12 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.