Kehidupan normal baharu mewajibkan kita sentiasa memakai pelitup muka bagi menghalang risiko jangkitan virus COVID-19. Namun pemakaian dalam satu tempoh yang lama boleh mengundang masalah kulit – maskne, atau ‘mask-related acne’.
Memahami keluhan pengguna yang mengalami maskne, kini banyak pengeluar pelitup muka seperti pereka fesyen Jovian, tampil dengan inovasi facemask berkualiti tinggi. Nona tertarik dengan Jovian Mask, ia direka menggunakan material dengan spesifikasi perubatan, anti-alergi dan selesa untuk pernafasan.
Ads
Tak hairanlah jika ramai artis seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Fazura juga memilih pelitup muka ini untuk pemakaian harian. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan, masalah maskne tentu sekali sesuatu yang sangat perlu dielakkan.
PUNCA MASKNE
Sewaktu kita bernafas atau bercakap, material pelitup muka akan memerangkap udara panas dan lembap, sekaligus menjadikan ia sebagai tempat pembiakan yis, bakteria dan flora lain seperti demodex yang ideal.
Geseran kulit dan pembiakan bakteria ini seterusnya mendorong pertumbuhan akne, rosacea dan perioral dermatitis. Kemudian biji-biji jerawat dan pustules mula subur di sekitar hidung dan mulut.
ADAKAH SAPUAN LOSEN, MEKAP ATAU KRIM SPF MEMBURUKKAN KEADAAN?
Tidak semestinya. Sapuan losen boleh membantu mengimbangi flora kulit agar normal semula. Tapi pastikan pelembap anda mengandungi zinc atau titanium yang berfungsi sebagai penghalang daripada geseran atau iritasi.
ADAKAH PELITUP MUKA KAIN JUGA PENYEBAB MASKNE?
Meskipun segelintir fabrik ringan baik untuk keselesaan kulit kita, namun ia tidak mampu memberikan perlindungan yang sepatutnya daripada jangkitan virus. Fabrik yang sejuk dan tipis memudahkan kita bernafas tapi ia tidak mampu menapis virus keluar atau masuk. Tapi jika perlu memakainya, pastikan ia dibasuh terlebih dahulu sebelum dipakai.
Kerap menukar pelitup muka boleh membantu mengurangkan iritasi khasnya selepas kulit berpeluh. Pelitup muka jenis boleh dibasuh juga mesti dicuci dengan detergen bebas pewangi.
RAWATAN MASKNE
Sebagai wanita, kehadiran maskne tentu sekali merisaukan. Nona tertarik dengan kaedah rawatan efisien di bawah bagi merawat maskne. Tiga langkah mudah ini dikatakan berkesan bagi menyelesaikan maskne dengan baik.
Ads
Langkah 1: Cegah minyak berlebihan dan timbunan bakteria
Pemakaian pelitup muka sepanjang hari boleh menyebabkan bakteria, debu dan sel kulit mati bertimbun di bawahnya. Jadi pastikan anda membersihkan wajah dengan regim pembersihan yang baik.
Contohnya menggunakan peranti FOREO LUNA 3 bagi menyingkirkan sebum serta sel kulit mati dengan sangat efektif. Berus silikon LUNA 3 adalah 35 kali ganda lebih bersih daripada bulu nilon bagi mencegah bakteria.
Langkah 2: Kembalikan lembapan semula jadi kulit
Jangan lupa menggunakan serum dan krim lembapan walau sepenat mana pun! Regim ini dapat memastikan kulit kembali sihat dan mengelakkan penuaan pra-masa berlaku.
Ads
PILIHAN NONA
Langkah 3: Pakai masker rawatan
Manjakan kulit yang mengalami maskne dengan masker atau pupur ramuan khas dengan kandungan antioksidan bagi memulihkan semula keadaannya.
Contohnya dengan FOREO UFO ACTIVATED MASK. Pilih pek Green Tea UFO Purifying Mask untuk menyegarkan kulit kerana kandungan antioksidannya mampu mengembalikan wajah agar kembali bermaya. Pek Matte Maniac UFO Activated Mask pula sesuai untuk kulit jenis berminyak/kombinasi agar ia kembali bersih bercahaya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai wanita yang pernah hilang keyakinan pada diri kerana masalah kulit wajah. Rupanya Nana Mahazan pernah menangis kerana masalah breakout yang dihadapinya.
“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.
Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit breakout atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.
Suami saya sendiri menjadi saksi paling dekat melihat saya ada dalam keadaan paling dasyat itu. Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari.
Suami juga yang selalu beri semangat untuk saya cuba tip atau produk itu ini. Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri,” kata Nana yang setahun lebih bangkit daripada fasa breakout dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
Siapa sangka daripada ujian masalah kulit yang dihadapi oleh wanita yang berusia 39 tahun ini merupakan hikmah yang tak terjangka.
Selepas ramai orang melihat perubahan wajahnya, Nana Mahazan terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri pada tahun 2020.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka. Masalahnya produk itu harganya sangat mahal.
Situasi itu (harga produk mahal) menjadi titik tolak untuk saya cuba hasilkan produk seumpama dengan harga berpatutan. Saya memilih buah kiwi yang dianggap sebagai ‘superfood’ dengan banyak khasiat dan nutrisi. Ia mempunyai sumber vitamin C lebih bagus berbanding oren.
Ia juga bagus untuk merawat kulit muka. Tambahan pula ia menjadi buah kegemaran saya dan keluarga. Rangkaian produk ini mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lulus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga ‘rakyat’,” kata Nana Mahazan.
Momen Nana Mahazan pernah menangis kerana masalah kulit membuatkan dirinya faham dengan masalah wanita yang menghadapi masalah breakout. Walaupun pada awalnya perniagaan diceburi itu berpaksikan minat, mengisi masa lapang dan sudah tentu untuk menjana pendapatan sampingan.
“Namun lama kelamaan saya memahami dunia niaga ini sebenarnya menjadi perantara atau kenderaan untuk membantu ramai orang. Seterusnya, insya-Allah untuk mendapat reda dan keberkatanNya.
Setiap hari akan jadi ruang belajar dan terus memperbaiki diri. Saya mahu terus menginspirasi dan membantu golongan wanita khususnya seramai mungkin. Ia sama ada membina keyakinan diri dengan menggunakan produk atau menjana pendapatan.
Saya mahu mewujudkan lebih ramai pemimpin dan wanita berdikari. Begitu juga keinginan mengubah mereka yang sentiasa rasa rendah diri. Saya nak tanam dalam diri mereka ini semangat atau jati diri yang kuat,” kata isteri kepada Mohammad Raqeem Brian ini.
Sekali imbas pasti ramai yang menyangka wanita ini baru meniti usia 20an. Hakikatnya, wanita Indonesia bernama Puspa Dewi ini merupakan nenek kepada dua orang cucu dan berusia lebih separuh abad.
26 September nanti, Puspa bakal mencecah 55 tahun! Namun penampilannya tidak mencerminkan usia berkenaan bahkan kekal awet muda.
Nama Puspa mula menarik perhatian warga net termasuk di Malaysia apabila foto dirinya menyambut ulang tahun kelahiran bertebaran di media sosial. Waktu itu, dia berusia 50 tahun dan sama sekali tidak menyangka meraih perhatian luar biasa.
8 Mei lalu, Puspa menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-28 di samping suami tercinta iaitu Andreas Hadi. Bukan hanya dikurniakan suami dan anak-anak penyayang, Puspa juga bertuah kerana mempunyai dua orang cucu comel iaitu Neil dan Leeon.
Kongsi Puspa di Instagram miliknya, “Foto saat ulang tahun 50, empat tahun lalu. Tuhan berikan aku viral mendadak sampai aku bingung. Mulai dikenal orang-orang yang semula aku tidak mengerti buat content IG, setelah itu harus belajar buat content dari anak-anakku.”
Melihat perkongsian Puspa di media sosial, wanita ini kelihatan seperti gadis remaja. Lebih-lebih lagi tengok stamina Puspa setiap kali bersenam. Aktif betul!
Ketika namanya tular, dia merupakan seorang pegawai di Bank Danamon Indonesia. Namun kini dia merupakan usahawan minuman fiber iaitu Flimty. Flimty mula berada di pasaran Indonesia pada tahun 2020.
Bersandarkan populariti, wajah cantik dan kesihatan Puspa, perniagaan yang diusahakan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Apatah lagi anak sulungnya ialah pakar nutrisi dan kecergasan.
Tak hairanlah Puspa boleh mengekalkan tubuh ideal dan mementingkan kesihatan diri.
Tak lekang mengukir senyuman, ibu kepada Dennis Hadi dan Daniel Hadi ini gemar menjalani amalan gaya hidup sihat.
Miliki susuk tubuh sihat dan cantik dengan Zero ZT-Romeo Treadmill di sini. Guna kod NONGPS5 untuk diskaun!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadan bakal beransur pergi. Sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, mulakan rutin penjagaan wajah menggunakan produk baharu ini untuk menyerlahkan keserian kulit.
(1) FOREO UFO 2
Revolusi powermasking terus diperhebatkan dengan inovasi FOREO UFO 2. Teknologi peranti penjagaan kulit di rumah ini telah dipermajui selepas debut generasi pertama. Di antaranya boleh digunakan dengan kebanyakan sheet masks biasa, selain terapi Thermo dan Cryo untuk menghangat serta menyejukkan kulit sehingga lima kali lebih pantas.
Terdapat juga teknologi cahaya LED berspektrum penuh serta pulsa T-Sonic agar khasiat dari mask dapat meresap jauh ke dasar kulit, sekaligus memaksimumkan kesan kecantikan wajah dengan lebih efisien.
(2) FENTY BEAUTY EAZE DROP BLURRING SKIN TINT
Untuk litupan ringan dan sederhana, produk terbaharu Fenty Beauty ini berupaya menyempurnakan kompleksi wajah anda agar nampak lebih natural bagaikan filter! Meskipun bersifat ringan, namun ramuan Quickblur Complex berkesan untuk menyamarkan pori-pori mahupun kedutan dengan baik.
Ia juga diformulasi untuk menyihatkan kulit serta menjadikannya lebih lembap, lembut dan licin. Kulit tetap kelihatan kulit, secara semula jadi.
(3) CLARINS UV PLUS (5P) ANTI-POLLUTION SPF50 PA+++
Lindungi kulitmu dari pencemaran dengan krim pelembap baharu ini. Formulasi ekstrak daun mangga organik yang kaya antioksidan mengaktifkan NRF2, sejenis protein dalam sel kulit untuk pertahanan kendiri.
Ia sekaligus melindunginya dari sinar lembayung ungu dan pencemaran alam sekitar, menjadikan wajahmu bebas inflamasi, kekeringan, kusam atau tanda penuaan. Ringan dan kalis peluh, produk ini ditampilkan dalam pilihan Translucent, Rose dan Lavender.
(4) DIIKTIRAF SISTEM PERANTI KECANTIKAN #1 DUNIA
Nu Skin diiktiraf sebagai jenama sistem peranti kecantikan No. 1 dunia buat kali keempat berturut-turut oleh badan penyelidikan pasaran penjagaan kulit terkemuka, Euromonitor International.
Produk ageLOC Boost baharu yang mengaplikasi teknologi pulsa microcurrent untuk mengaktifkan keserian kulit dengan cepat melengkapkan portfolio keluarga peranti Nu Skin yang lain seperti ageLOC Galvanic Spa, ageLOC Body Spa, ageLOC LumiSpa dan sebagainya.
(5) AHC LUMINOUS GLOW EYE CREAM FOR FACE
Jenama penjagaan kulit No. 1 Korea Selatan, AHC memperkenalkan Luminous Glow Eye Cream for Face. Ia merupakan sejenis produk multi-dimensi yang mampu mengatasi lebih 8 masalah kulit dalam satu langkah mudah bagi mencapai kulit lebih cerah dan berseri.
Luminous Glow Eye Cream for Face mengandungi sejenis bahan baharu yang eksklusif daripada AHC, iaitu Gluta-I Complex, gabungan bahan yang unik dan khusus, yang menawarkan manfaat kulit berseri dan anti-penuaan. Malahan, ia terbukti secara klinikal dapat mencerahkan kulit dan mengurangkan kedutan dalam 14 hari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suhu malam mencecah -6 darjah Celcius, buat ramai menggigil beku di Tajikistan termasuklah Heliza, Hazwani Helmi dan Pija Minaz yang tetap bahagia buat kerja kebajikan di sana.