
Terhibur dengan telatah dan reaksi comel Jeannelle Nika Mandagie! Makin menginjak usia, makin bijak anak perempuan Dato’ Jovian Mandagie dan Datin Nina Sabrina ini. Jeanelle juga merupakan cucu kepada bekas Perdana Menteri kesembilan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Tanggal 1 November lepas genap enam tahun usia kanak-kanak ceria ini. Bersempena ulang tahun kelahiran Jeanelle Nika Mandagie, Datin Nina berkongsi momen sambutan anak tersayang di media sosial.




Ia nyata mendapat reaksi followers Datin Nina dan Dato’ Jovian yang turut menitipkan ucapan hari lahir buat anak tunggal pasangan romantis berkenaan.
Kongsi Datin Nina, “Happy 6th birthday to the love of my life. Mommy loves you so much, more than you can ever possibly imagine.”
Ogos lalu, kakak kepada penyanyi Dafi ini meluangkan masa bercuti dengan Jeanelle di Australia. Jelas terpancar sisi bahagia ibu dan anak ini sepanjang berada di sana.




Selain berkesempatan melawat universiti Datin Nina ketika dia menyambung pengajian di University of Queensland.
Jelitawan ini berkahwin dengan pereka fesyen ternama, Dato’ Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang puteri iaitu Jeanelle Nika Mandagie.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/comelnya-arianna-kyla-cucu-jutawan-puteri-sulung-chryseis-tan-ini-injak-usia-3-tahun/
27 Tahun Kahwin & Ada 3 Anak Bijak, CHEMPAKA EMALIN PAHAMIN Wanita Hebat Azhar Sulaiman!

Sebut sahaja nama Azhar Sulaiman pasti ramai yang mengenali pelakon kacak ini. Mula menceburi industri seni sekitar tahun 1989, Azhar pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Abang 92. Berbakat sebagai pelakon, aktor ini juga mempunyai kelulusan akademik dalam bidang seni bina dan bergelar arkitek.
Azhar Sulaiman yang berusia 51 tahun merupakan finalis Hero Remaja 1990/1991. Di sebalik kejayaan Azhar, ada seorang wanita bergelar isteri yang sentiasa menyokong perjuangan suami. Tahun ini genap 27 tahun usia perkahwinan Azhar bersama isteri tercinta, Chempaka Emalin Pahamin.
Mesra menyapa isteri dengan gelaran Maling, Azhar bertuah dikurniakan isteri yang bukan hanya ‘humble’ dan bijak tetapi juga cukup menjaga nama baik suami.



Mengenali Chempaka, ibu hebat berusia 51 tahun pada 25 November lepas ini ialah anak sulung kepada Datuk Pahamin A Rajab dan Datin Zainab Mohamad. Bapanya merupakan pengasas bersama AirAsia Berhad dan pernah berkhidmat dalam kementerian serta agensi kerajaan lebih 30 tahun.
Sebelum ini bapa Chempaka menggalas tugas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.
Meskipun berasal dari keluarga ternama namun Chempaka seorang wanita ringkas dan selesa tidak dibayangi hidup glamor memandangkan suaminya berstatus selebriti. Aktif menyertai Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Chempaka dilantik sebagai Asia Pacific Regional committee untuk tempoh 2022-2025.
Bukan itu saja, Azhar sebelum ini turut pernah mendedahkan isterinya ialah seorang peguam. Malah keluarga Chempaka juga memiliki fima guaman berdaftar dengan Majlis Peguam Malaysia dikenali sebagai Pahamin & Pahamin.






Wanita bijak ini juga ibu kepada tiga anak iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin. Mewarisi gen bijak Azhar dan Chempaka, ketiga-tiga cahaya mata pasangan ini menjadi tumpuan masyarakat kerana meraih keputusan akademik cemerlang.
Anak sulung mereka, Kasih Leia Ixora berjaya tamat pengajian di University of Notthingham pada Julai lepas. Sementara anak kembar, Kasih Iris Leona dan Rees pula sambung pengajian di luar negara sejak September lalu.
Ummi Nazeera Tegaskan Wanita Perlu ‘Self Reward’ Diri Sendiri Sekali Sekala! Ini Sebabnya..

Sebut sahaja nama pelakon berbakat besar Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan nama pentas Ummi Nazeera pastinya terbayangkan raut wajah lembut manis yang sering menghiasi drama-drama di kaca televisyen.
Malah, meskipun sibuk menguruskan kerjaya dan juga keluarga, ibu kepada dua cahaya mata ini ternyata punyai cara tersendiri untuk menghargai dirinya sendiri seroang wanita bekerjaya, ibu dan isteri.
Meski Sibuk Uruskan Keluarga & Kerjaya, Ummi Tetap Punya Masa ‘Hargai’ Diri Sendiri!
Pada 8 Jun lepas iaitu kira-kira dua bulan awal dari tarikh hari lahirnya yang ke-33 tahun, Ummi telah memberi hadiah buat dirinya sendiri berupa sebuah kenderaan MPV mewah berwarna putih.
Dedah Ummi, “Alhamdulillah! Finally picked up my early birthday present for myself Memandangkan hari ini hari cuti saya, sempatlah pick up. As a mother, my top priority has always been my children.
Ibu Bahagia, Anak-Anak Gembira
“I forgot that a happy mother means happy children too. So, I decided to pamper myself and show myself that I love myself with a big gift this year. Weee.. and yes mothers. It feels good! Don’t forget to pamper yourself ok!”
Pada tanggal 20 Ogos lalu, genap 33 tahun usia aktres cantik, Ummi Nazeera. Kian matang melayari kehidupan dan jelita dalam kelas tersendiri, pelakon wanita berbakat besar ini bertuah kerana sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang dan peminat setia.
Mengenali Ummi, bintang Risik Pada Hati ini seorang yang humble dan mesra meskipun sudah berjaya serta terkenal.
Bersempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini, Ummi diraikan penuh meriah oleh kenalan rapat. Dia yang mengenakan persalinan jaket biru dan tudung polos warna senada kelihatan ceria dan gembira.
Kongsi Ummi, “Alhamdulillah! Officially 33. Thank you for this lovely surprise babies @shaziarozaini @theninasmith @diy. I am so grateful for this positive friendship. Alhamdulillah.
Thank you to everyone for the doa. Thanks to my husband for allowing the girls to bring me out.”
Sekadar info, pada 23 Julai lalu, Ummi menyambut ulang tahun perkahwinan keenam bersama Dr Izzar. Ummi Nazeera sah bergelar suri hati kepada Dr Izzar Anwari pada 23 Julai 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Ayra Aneesah berusia empat tahun dan Aysha Arsylia berusia dua tahun.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Tambat Hati Suami Melalui MASAKAN, Confirm Si Dia Sayang!

Kata orang tua, makanan menzahirkan ekspresi rasa romantis. Air tangan si isteri yang memasak buat suami tercinta semakin mewujudkan bibit mesra dalam sesebuah rumah tangga. Ramai lelaki bersetuju dengan kenyataan ini dengan mengatakan makanan yang dimasak di rumah dirasakan lebih romantis berbanding menikmati masakan di restoran.
Namun kebiasaan hidup moden telah meminggirkan tradisi menangkap hati dan cinta sejati melalui perut dan kemampuan memasak yang baik di rumah. Benarkah begitu?
Barangkali golongan wanita tidak menyedari, lelaki menilai itu sebagai kesungguhan pasangan. Biar pun segelintir lelaki tetap menganggap perempuan romantis, meskipun tidak pandai memasak. Kenyataan itu mengundang banyak tekanan pada perempuan yang mahu pandai memasak di dapur. Ini disokong dengan indicator yang menunjukkan 61 peratus perempuan kurang handal memasak berasa tertekan apabila perlu memasak di rumah.
Maka tidak menghairankan apabila negara Itali dianggap sebagai negara utama yang memartabatkan cinta kerana dilimpahi dengan makanan enak dan kepintaran golongan wanita di sana mahir memasak. Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa makanan sangat berkait rapat dengan saat romantis dan menimbulkan kesan mendalam. Alasannya mudah. Mereka berpendapat, makan malam masakan rumah menciptakan tempat yang sempurna untuk menimbulkan suasana romantis.
Malah jika dijadikan kebiasaan akan semakin meningkatkan rasa cinta sesama suami dan isteri. Sebanyak 90 peratus dari jumlah itu mengakui kebenaran fakta ini sementara 10 peratus lagi kurang bersetuju. Apa pun kepada segelintir wanita yang tidak mahir memasak kerana 85 peratus lelaki mengatakan terkesan jika pasangan mencuba memasak untuknya.
Adakah anda, seorang wanita yang sedang membaca artikel ini tahu memasak? Jika tidak, belajarlah memasak biar pun langkah demi langkah agar suami tidak sabar setiap kali pulang dari bekerja mahu menjamah masakan anda sehingga menjilat jari.
Bagaimana pula jika si isteri sudah mahir memasak dan si suami masih gemar makan di luar tanpa mahu mengkritik masakan isteri secara langsung. Barangkali tip ini boleh dipraktikkan untuk diteladani agar suami kembali makan di rumah. Buku ‘Life is Huge’ hasil karangan Susan Jeffers menyatakan bahawa cukup penting bagi setiap wanita mengubah harapan yang selama ini ia hidup dari hari ke hari. Alasannya, lelaki memang dilatih bersikap terbuka namun mereka terhambat oleh cara pengungkapan secara verbal.
Jadi jangan jemu membantu pasangan Anda untuk mengutarakan apa yang mereka alami dan rasai. Paling penting, golongan wanita menghargai saat si suami mengekspresikan perasaannya. Misalnya memberikan hadiah, menelefon, mengkritik mutu masakan dan memberi berbagai sentuhan buat Anda sebagai wanita. Wanita seharusnya memahami sisi indahnya berdiam diri (the beauty of silence) dari lelaki. Ajukanlah pertanyaan refleksi seperti, ‘Mengapa sebagai wanita, saya merasa terganggu dengan sikap diam si suami?’
Jika sudah sampai masanya anda sudah jenuh mahu berkata-kata, cukup bersikap santai dan fokuskan diri kepada apa yang dikatakan oleh suami. Kepada suami tercinta, katakanlah berulang kali dalam hati, ‘Aku mencintaimu’. Rasakanlah sentuhan tenaga cinta di sekujur tubuh.
Tidak jarang suami mengutarakan segala keresahan di hati. Itulah saatnya anda sebagai perempuan belajar mencintai sisi kemanusiaan dari seorang lelaki. Itulah saatnya anda menjalinkan perbualan secara intensif. Sebagai wanita, hindarilah sikap menghakimi, suka mempertahankan diri ketika suami mula mendiamkan diri. Sikap-sikap itu hanya menggambarkan bahawa anda tidak ingin terlibat lebih jauh dengan hidupnya. Boleh jadi anda sendiri tidak merasa selesa bersama lelaki yang anda kasihi itu.
Wanita kerap kali bimbang apabila memikirkan apa yang diinginkan dan diharapkan oleh lelaki dari sebuah jalinan hubungan. Ketika anda bimbang, maka lelaki akan dapat menangkap tanda itu. Inilah saatnya anda mencerminkan diri sendiri dan berefleksi dengan berkata, ‘Apa yang sesungguhnya saya harapkan dari hubungan ini?’
Kebanyakan perempuan cenderung untuk terlalu banyak berbicara. Ini jelas menggambarkan siapa diri anda sesungguhnya. Berhentilah bercakap terlalu banyak. Dengan berdiam sejenak, anda dapat memberi ruang bagi fikiran tenang dan hati tidak gundah-gulana. Sebagai wanita, anda harus banyak bersabar. Kita tidak dapat mengubah seorang lelaki, bila anda sebagai perempuan tidak mengubah diri atau memperbaiki mutu masakan lebih dulu. Dengan memperbaiki diri sendiri, anda dapat ‘membuka’ pintu hati lelaki agar lelaki itu berikrar menjadi ‘soulmate‘ anda sepanjang hayat.