“Cucu Yang Hebat!” NOAH Pimpin Bacaan Yasin Di Pusara Arwah ASHRAF SINCLAIR Dapat Pujian Ramai

Seperti dilaporkan oleh Majalah NONA, kelmarin merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah pelakon Ashraf Sinclair, dan isterinya; penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari sempat menitipkan kata-kata rindu di Instagram nya buat arwah Ashraf yang diketahui umum sudah dua tahun pemergiannya menemui Ilahi. Untuk rekod, Ashraf meninggal dunia ketika tidur akibat serangan jantung.

Dan semalam, BCL turut berkongsikan gambar-gambar di mana beliau menziarahi pusara Ashraf bersama ahli keluarganya termasuklah keluarga suaminya dari Malaysia yang terbang ke Jakarta demi memperingati Ashraf semasa hayatnya.

BACA JUGA: “Rindu Yang Tak Tertanggung…” BCL Kenang Hari Lahir ASHRAF SINCLAIR, Ramai Titip Doa Agar Terus Kuat

Yang pasti, kelibat Noah Sinclair, anak tunggal arwah yang dilihat semakin membesar, matang malah sentiasa setia bersama ibu tersayang, sambil memeluk bahu penyanyi itu yang kelihatan sebak mengenangkan memori indah bersama arwah.

Yang paling menyentuh perasaan adalah perkongsian yang dikongsikan ibu Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman yang memaklumkan cucunya, Noah telah memimpin bacaan Yasin ketika di pusara allahyarham sewaktu mereka datang menziarahi.

Menerusi hantaran Instagram ibunya lagi, dia memaklumkan yang mereka hadir ke Jakarta bersempena dengan hari lahir anak sulung mereka. Mereka juga turut datang untuk bertemu dengan keluarga di Jakarta iaitu BCL serta cucu lelaki mereka.

Yang pasti, jelas kelihatan kerinduan di wajah mereka dan berdoa supaya anak lelakinya itu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah untuk arwah Ashraf Sinclair.

Kredit foto: Instagram @dida_sinclair dan @bclsinclair

IKLAN
Share