Kualiti yang ada dalam diri pelakon James Bond ini memang satu antara berjuta. Tak hairanlah dia pernah mendapat gelaran Sexiest Man Alive bukan hanya kerana populariti, wajah tampan dan susuk tubuh sasa yang dimiliki. Malah cukup setia dan sangat menghargai wanita terutama suri hatinya.
Tidak sekadar berbakat besar sebagai pelakon, Pierce Brosnan juga disifatkan seorang lelaki, suami dan bapa yang hebat di mata peminat. Hingga ramai melabelnya seorang ‘family man’ yang lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama isteri dan anak-anak.
Kesetiaan Pierce terhadap isteri tercinta, Keely Shaye Smith bukan lagi perkara asing dalam kalangan peminat aktor keturunan Ireland ini. Sejak pertama kali bertemu pada tahun 1994 hingga sekarang, hatinya masih tertawan dengan kejelitaan dan peribadi Keely.
Lebih istimewa tanggal 4 Ogos ini, genap 20 tahun Pierce mendirikan rumah tangga dengan bekas personaliti televisyen dan wartawan Amerika Syarikat tersebut. Pierce kini berusia 68 tahun manakala Keely bakal berusia 58 tahun pada 25 September nanti.
Memetik laporan di portal Parade, pasangan romantis ini mula berkenalan di Cabo San Lucas, Mexico pada tahun 1994. Waktu itu Keely ditugaskan menemu bual pelakon Ted Danson. Bagaimana pun Ted tidak dapat meneruskan sesi berkenaan dan dia kemudian bertemu Pierce.
Keely ketika berusia 20 tahunPerkahwinan Keely & Pierce pada tahun 2001Ketika bertemu pada tahun 1994
Ads
Kata Pierce kepada media PEOPLE, perhatiannya terhadap Keely tidak pernah berubah sejak dia melihat wanita itu pada tahun 1994. “Ke mana saja saya pergi, saya akan merinduinya dan hantar tiket kepadanya untuk datang supaya kami boleh bersama. Saya menemui seorang wanita yang hebat dalam diri Keely Shaye. Dia umpama satu dalam berjuta.”
Sementara itu, mengulas pertemuan pertama mereka… Keely mendedahkan Pierce seorang lelaki yang menawan. “Tall, dark and handsome. Dia memiliki semua yang membuatkan orang tertarik dengan personalitinya. Dia juga mempunyai sepasang mata yang memikat. Jadi saya faham mengapa wanita melihatnya sebagai seorang lelaki yang seksi. Dia sangat menawan dan menghargai wanita.”
Ketika ditemu bual The Sun pula, bintang Mamma Mia! ini berkata tidak kira apa sekali pun Keely tetap menjadi wanita terbaik dalam hidupnya. “Saya mengagumi jiwa dan semangat isteri. Bila dia merenung ke arah saya, saya jadi ‘lemah’.”
Ads
Sampai macam tu sekali Pierce ‘cair’ dengan buah hati kesayangan, Keely! Walau sudah 20 tahun hidup bersama tapi kedua-duanya masih kelihatan seperti sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta. Jelas Pierce, meluangkan masa berkualiti bersama pasangan merupakan kunci kepada hubungan yang baik di antara mereka.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2001 di sebuah biara berusia 785 tahun iaitu Ballintubber Abbey di County Mayo, Ireland. Majlis perkahwinan Pierce dan Keely dilaporkan bernilai USD1.5 juta dan hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Hasil perkongsian hidup, Pierce dan Keely dikurniakan dua orang anak iaitu Dylan Thomas Brosnan yang lahir pada 1997 sementara Paris Beckett Brosnan pula dilahirkan pada tahun 2001.
Ads
Ini merupakan perkahwinan kedua Pierce selepas isteri pertama, Cassandra Hariss meninggal dunia akibat kanser ovari pada tahun 1991. Cassandra yang sebelum itu pernah berkahwin mempunyai dua orang anak iaitu Charlotte dan Christopher. Sepanjang perkahwinan bersama Pierce, Cassandra turut melahirkan anak mereka yang diberi nama Sean Brosnan.
Selepas kematian Cassandra, Pierce mengambil tanggungjawab sebagai bapa kepada Charlotte, Christopher dan Sean. Pada tahun 2013, Charlotte turut meninggal dunia selepas menghidap kanser ovari seperti ibunya.
Kredit foto: Instagram Pierce Brosnan & Keely Shaye Smith
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan daripada Filipina, Sofia Isabella menikmati kehidupan mudanya dengan cukup indah apabila keluarga tersayang menganjurkan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-7 dengan penuh mewah bak puteri!
Isabella anak kepada usahawan terkenal dan berjaya, William Barbo pastinya cukup teruja dengan majlis impiannya. Mana tidaknya, ditemani keluarga dan rakan-rakan terdekat di samping kek hari jadi 6 tingkat serta dekorasi keseluruhan dewan yang cukup mempersona tentunya menjadikan childhood memorynya sukar untuk dilupakan.
0
Serba-serbi perincian untuk majlis tersebut adalah mengikut tema yang menjadi kegemaran gadis bertuah ini sendiri iaitu Cinderella termasuklah gaun yang dipakai Isabella.
Kalau dilihat daripada perkongsian gambar-gambar di atas, tak keterlaluan rasanya kalau Nona katakan ia sebagai sebuah majlis yang paling gah untuk gadis semuda Isabella! Fuh, tak dapat bayangkan bagaimana pula nanti agaknya majlis perkahwinan Isabella kan?
Sumber gambar: facebook www.niceprintphoto.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah beberapa hari berlalu namun keindahan majlis pernikahan pasangan merpati dua sejoli iaitu Fattah Amin dan Amira Othman masih menjadi bualan hangat warga maya.
Mengangkat tema islamik dan diilhamkan daripada Surah Yasin, Az Zauj yang membawa makna ‘Pasangan Yang Ditakdirkan Ilahi’, konsep yang diketengahkan Reka Teemor ini menghidupkan aura ketenangan dan kedamaian bukan hanya kepada pasangan mempelai tetapi juga tetamu yang hadir.
Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman tampil anggun penuh berseri dalam persalinan indah Teh Firdaus dan solekan magis Naqiah Rahim. Begitu juga Fattah yang segak dalam busana eksklusif Rizman Ruzaini.
Dengan sekali lafaz, pelantun lagu Hati-Hati berkenaan sah bergelar isteri Fattah dengan mas kahwin seutas gelang tangan emas.
Majlis lebih bermakna dengan kehadiran puteri kesayangan Fattah Amin iaitu Fatima Aisya. Reaksi tenang dan bersahaja Amira melayan telatah Fatima sewaktu majlis ijab kabul menarik perhatian khalayak.
Bersyukur kini berstatus isteri, Amira Othman menerusi media sosial meluahkan rasa lega dan berterima kasih atas doa orang ramai mengenai perkahwinan mereka.
“Alhamdulillah. 14/9 adalah tarikh yang sangat bermakna buat saya. Telah Allah tulis tentang jodoh ajal maut dan semua urusan hidup kita. Pastinya kita semua punya takdir yang berbeza beza. Ujian dan nikmat juga berbeza beza. Betapa Allah Itu Maha Kaya.
Tapi apa yang pasti. Tidak ada seorang manusia pun yang tahu akan nasib dan takdir kita, tapi kita harus yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui.
Apa sahaja yang Dia tentukan, adalah yang terbaik. Dan akan jadi pada waktu yang paling baik. Terima kasih atas doa yang baik-baik untuk kami. Moga Allah kabulkan doa itu buat kalian semua.”
Tanggal 14 September 2025 dipilih untuk majlis ijab kabul Setulus Takdir Fattah Amin dan Amira Othman yang juga merupakan hari lahir ke-35 Fattah.
Semoga ikatan suci yang dibina Amira Othman dan Fattah Amin diberkati Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wah, tenang tengok mahligai indah milik Ameera Zaini dan Hasnor Rozaini! Kemas, minimalis dan moden. Sesuai buat mereka yang bercita rasa mewah dan suka memanfaatkan masa terluang bersama seisi keluarga di rumah. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil… persekitaran rumah sangat penting supaya anak membesar dalam suasana baik dan selesa.
Melihat keserasian Meera dan suami yang berkongsi minat dalam hiasan rumah menunjukkan betapa bahagianya hidup berpasangan. Kemanisan rumah tangga lebih terasa dan seronok bila ada pasangan yang saling membantu serta bertukar-tukar pandangan mencantikkan lagi ruang kediaman. Barulah alam perkahwinan jadi lebih bermakna!
Terbuka berkongsi sudut kediaman kepada para peminat, pemilik label muslimah Ameera Zaini ini bagaimana pun mengakui tidak begitu arif bab hiasan rumah. Pun begitu, dia tetap mahu memberi ‘sentuhan’ tersendiri di kediaman milik mereka demi keselesaan keluarga tersayang.
“Me and hub’s new obsession : redecorating the house. Setiap kali ubah arrangement or deco mesti ambil gambar dulu tengok okay ke tak, sama tak macam dalam magazine or ID shows yang kitorang selalu tengok.
Selagi tak okay selagi tu lah duduk tolak sofa meja tu semua. Maklumlah we are not ID professionals. Nasib baik husband gigih. Ni pun rasa ada yang tak kena lagi.”
Meskipun berkemampuan untuk mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman… baik Meera mahupun Hasnor, kedua-duanya selesa untuk ‘menghidupkan’ suasana rumah dengan cara mereka. Kata orang, lebih puas bila setiap pekerjaan itu dilakukan atas usaha sendiri.
Kalau kebanyakan para suami menyerahkan segala urusan hiasan rumah kepada isteri… berbeza pula bagi pasangan sama cantik sama padan ini. Tak menyangka lelaki yang dikahwini mempunyai taste dan hobi dalam susun atur dan hiasan rumah, Meera menganggap ia satu bonus buat dirinya. Iyalah, tak ramai suami yang suka mengemas dan menghias.
“My mom is always the queen of the house where every decisions on the house decoration or concept is 100% controlled by mama. Ayah ‘ons’ je.
Bila dah kahwin, I thought it would be the same. Tapi dengan Hasnor Rozaini, Meera kena dapat persetujuan or discuss dulu dengan dia sebab dia pun ada interest yang sama iaitu kemas-kemas deco rumah ni. Kitorang takdelah pandai sangat, bolehlah sikit-sikit ambil inspirasi sana sini.”
Kombinasi warna-warna terang seperti pemilihan cat dan perabot dari rona putih, kelabu dan keemasan berjaya menyerlahkan gaya elegan, mewah dan luas di kediaman Ameera Zaini. Malah dekorasi wainscoating yang melingkari dinding rumah mencetuskan sisi berbeza bagi sesebuah kediaman. Nampak lebih versatil!
Bagi yang bakal berpindah atau mengubah suai rumah tidak lama lagi, boleh intai dekorasi kediaman Ameera Zaini ini. Mana tahu boleh dapat inspirasi!
Kredit: Instagram Ameera Zaini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.