Sekali pandang, macam gadis Jepun. Cantiknya Nadiah Ramli! Selamat bergelar isteri pada 21 Februari lepas, Nadiah merupakan anak perempuan kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Pernikahan Nadiah terpaksa diadakan secara sederhana ketika memandangkan situasi Covid-19 namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat yang menjadi saksi hari bersejarah dia dan suami tercinta, Taufiq Nadzri.
Berkongsi perkenalan awal dengan suami kepada followers di Instagram, Nadiah menjelaskan mereka mula mengenali di antara satu sama lain kira-kira empat tahun lepas iaitu pada hujung tahun 2017.
Ketika itu Nadiah mengambil khidmat Taufiq sebagai jurugambar profesional. Inilah namanya ‘Kalau dah jodoh tak ke mana!’
Ads
Menerusi gambar-gambar di majlis ijab kabul Nadiah dan Taufiq, jelas kelihatan wajah syukur dan gembira kedua-dua mempelai. Tampil sedondon dalam persalinan tradisi rona putih, Taufiq kelihatan segak berbaju melayu sementara Nadiah pula anggun dalam busana indah ilham pereka Syafieq Ayman.
Credit : @ihsansinsunCredit : @ihsansinsun
Ads
Paling mencuri tumpuan ialah wajah penuh ayu yang dimiliki Nadiah. Ternyata dia mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish. Ibu Nadiah merupakan penggiat seni terkenal tanah air, Jennifer Thompson.
Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama. Difahamkan Nadiah pernah bertugas di Universal Muzik.
Ads
Terdahulu, Nadiah mengikat tali pertunangan bersama Taufiq pada Februari 2020.
Kredit foto: Instagram Nadiah Ramli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut saja kolesterol, ramai yang maklum tentangnya. Ada yang prihatin, ada juga yang tak ambil pusing tentang risiko kewujudannya.
Sampaikan sanggup bergurau ‘I love cholesterol’ tatkala mengambil makanan kesukaan yang berpotensi sarat kolesterol.
Acap kali juga golongan obesiti dikaitkan dengan kolesterol. Jangan pandang remeh, sebenarnya orang kurus pun berisiko mengalami tinggi kolesterol!
Pendapat kebanyakan pakar kesihatan, kadar kolesterol tidak boleh diukur hanya dengan melihat tubuh secara fizikal. Kegemukan cenderung melibatkan penyimpanan kolesterol di bawah kulit manakala masalah berlebihan kolesterol lazimnya berkait dengan pengumpulannya di dinding saluran.
Kadang-kadang pemeriksaan terhadap pesakit yang gemuk didapati tahap kolesterolnya adalah normal. Justeru, seseorang yang berasa dirinya kurus dan sihat tidak semestinya mempunyai kolesterol yang rendah.
Fenomena ini berkait rapat dengan pelbagai faktor. Meskipun begitu, tidak disangkal bahawa kegemukan boleh mendedahkan seseorang kepada masalah kolesterol berlebihan.
Mati mengejut
Kolesterol merupakan suatu istilah saintifik. Ia merupakan sejenis bahan kimia yang boleh dikategorikan di bawah kelompok lemak. Kandungannya yang melebihi paras normal mengakibatkan seseorang dilanda masalah kardiovaskular seterusnya meningkatkan kebarangkalian kes mati secara mengejut.
Namun kekurangannya pula boleh meninggalkan impak pada tubuh. Acap kali dipandang negatif, kolesterol sebenarnya merupakan komponen penting dalam penghasilan hormon dan pertumbuhan sel saraf badan.
Kolesterol boleh diperoleh daripada pelbagai sumber makanan. Antaranya kulit ayam, kuning telur, daging berlemak, santan dan makanan laut selain ikan.
Walau bagaimanapun, kolesterol dalam badan kebanyakannya dihasilkan sendiri oleh tubuh melalui proses sintesis di hati. Lantaran itu, pengambilan sumber kolesterol dari luar perlu dikawal melalui pengamalan diet yang seimbang agar arasnya tidak berlebihan.
Dalam badan manusia, kolesterol yang disintesiskan di hati akan dibawa ke dalam darah oleh lipoprotein. Kemudian lipoprotein akan membawanya ke sel-sel badan. Jika berlebihan, kolesterol ini akan mendap pada dinding arteri (salur darah). Ini akan menyebabkan berlaku penyempitan dan akhirnya tersumbat.
Pemendapan kolesterol ini dikenali sebagai atheroma. Penyumbatan ini boleh berlaku pada salur darah di jantung, otak, buah pinggang, usus dan bahagian lain di seluruh tubuh.
Proses penyempitan dan penyumbatan lazimnya memakan masa yang lama dan bukan cuma sehari dua. Komplikasi utama ialah penyakit jantung koronari dan strok. Keadaan ini boleh mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.
Kolesterol berlebihan dalam darah tidak banyak mempamerkan simptom. Namun, bagi segelintir individu, antara simptomnya adalah seperti kelihatan ada kumpulan lemak pada bahagian bawah kulit di sekitar kelopak mata dikenali sebagai xanthelasma.
Selain itu, ada juga yang memiliki bonjol lemak pada tempat lain di bawah kulit. Antaranya ialah di sendi tangan, siku dan pergelangan kaki. Namun, simptom ini lazimnya dialami oleh individu yang memiliki masalah kolesterol bertitik-tolak daripada faktor genetik.
Ujian paras kolesterol
Aras kolesterol boleh dikesan menerusi ujian darah sama ada disuntik pada pembuluh darah ataupun penghujung jari. Cara ini dianggap paling praktikal serta merupakan satu-satunya kaedah mengesan tahap kolesterol. Ia juga boleh dilaksanakan di mana-mana hospital mahupun klinik.
Melalui ujian darah, paras total kolesterol boleh diketahui. Pemeriksaan lebih teliti biasanya pada paras low density lipoprotein (LDL), high density lipoprotein (HDL) dan triglycerides (TG). Umumnya LDL dan TG merupakan kolesterol tidak baik. HDL pula adalah sebaliknya.
Menyentuh kaitan kolesterol dengan gaya hidup yang kurang sihat, setiap individu khususnya yang berhadapan dengan masalah ini perlu mengamalkan diet seimbang.
Senaman secara berkala juga perlu iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 hingga 40 minit. Kadar metabolisme badan akan menjadi tinggi apabila seseorang aktif dan membuat senaman. Ini membantu merendahkan kadar kolesterol khususnya dalam darah.
Untuk mengawal peningkatan kolesterol, apa yang perlu diambil perhatian adalah kawal pemakanan dan mengamalkan diet seimbang selain senaman. Nampak mudah, namun susah untuk diamalkan.
Sesetengahnya malas untuk bersenam dan diet, sebaliknya lebih bergantung pada ubat sahaja, tetapi, perlu diketahui, ubat cuma untuk sementara waktu dan harganya pun agak mahal.
Menerusi penyelidikan, ubat memang terbukti bagus dan berkesan, namun apabila berhenti mengambilnya, potensi untuk kolesterol naik semula tidak mustahil. Justeru, beringat sebelum kena, bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati? Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jadi tak keruan bila lalu di kaunter kosmetik. Lebih-lebih lagi di bahagian gincu bibir. Kalau ikutkan hati, semua warna hendak ada dalam koleksi peribadi. Disebabkan sudah rambang mata, ramai di antara wanita yang membeli gincu bibir lebih daripada apa yang diperlukan. Itu belum lagi yang tersalah beli sebab warna yang tidak sesuai dengan tona kulit. Sudahnya, hanya guna beberapa kali saja. Membazir betul!
Untuk mengelakkan anda daripada ulangi kesilapan sama, praktikkan tip ini setiap kali berkunjung ke kaunter kosmetik pusat membeli-belah.
Warna yang terkuat kerana bertekstur matte. Ia mengandungi banyak pigmen. Tidak berkilat dan kurang berkesan memantulkan cahaya. Sapuan gingu matte bertahan lebih lama berbanding sapuan gincu tekstur berkilat. Tidak menyerlah apabila disapu tebal atau berkedut kerana ia tidak mengandungi formulasi pelembab berbanding gincu berkilat. Dapatkan pelbagai jenis warna gincu matte di NITA Cosmetics dengan harga yang berpatutan di sini.
Gincu jenis ini biasanya pilihan di antara matte dan berkilat. Tektur krim mengandungi lebih lilin (wax) berbanding matte. Gincu jenis krim juga lebih melindungi bibir berbanding jenis lain. Bagaimanapun, penggunaannya penyebab bibir lebih kering.
Juga dikenali sebagai mutiara (pearly) atau frost, gincu berkilau diperkaya formulasi partikel pantulan cahaya mica, silica, mutiara sintetik atau mungkin sisik ikan. Hari ini, gincu berkilat sering disapu untuk menyerlahkan bibir dengan rona warna lebih ringan ketika menghadiri majlis istimewa.
Masalah dengan semua gincu adalah kerana perlu disapu berulang kali kerana mudah pudar. Gincu jenis tahan lama merupakan pilihan terbaik jika malas untuk bersolek lagi. Adakalanya gincu kategori ini teksturnya sangat kering. Formulasinya berasaskan daripada dua kandungan iaitu bahan asas yang mengandungi minyak silikon untuk mengekalkan warna.
Apabila gincu mulai kering, sapuan berkilat yang tidak berwarna akan mengekalkan kilatan. Sapuan berkilat boleh disapu berulang namun warna asas kekal selagi tidak memadamkannya kecuali menggunakan penanggal solekan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mata adalah jendela hati. Dengan memiliki mata yang sihat, kita mampu melakukan apa saja aktiviti. Namun ada masanya juga mata bermasalah disebabkan kurang perhatian dalam penjagaan kesihatan mata. Bekerja seharian di depan komputer atau sering terdedah dengan habuk pun menjadi punca masalah serius pada mata. Apalagi kalau kurang rehat di malam hari, mata pun akan semakin lesu dan berisiko dijangkiti penyakit.
3 bahan ini dapat membantu anda untuk merawat mata agar kekal segar dan sihat.
PUTIH TELUR
Bagi masalah mata lesu, cuba sapu putih telur di kulit sekitar kelopak mata lalu urut lembut selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Urutan dengan putih telur terbukti berkesan untuk menjadikan mata kembali bermaya sekaligus menegangkan kulit di sekitar kelopak mata.
TEH CHAMOMILE
Sangat efektif untuk mengatasi masalah lingkaran hitam di bawah mata. Lingkaran hitam yang terdapat di sekitar mata selalunya disebabkan oleh kurang rehat. Oleh itu, selain amalkan cara ini anda juga dinasihatkan untuk banyak berehat dan amalkan gaya hidup sihat.
PARUTAN KENTANG
Parut kentang lalu masukan ke dalam sehelai kain nipis. Gunakannya sebagai tuam di sekitar kelopak mata. Ia membantu menyembuhkan mata bengkak mahu pun mata yang kepenatan. Selain itu, parutan kentang juga mampu mengatasi masalah mata yang pedih dan kemerahan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!