Terinspirasi dengan perjalanan hidup Tya Arifin. Dari seorang pelakon kini dia kian sukses mendaki puncak kerjaya sebagai usahawan ternama dan dikagumi generasi muda. Mana tidaknya, pada usia baru mencecah 28 tahun Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin bukan hanya dikurniakan keluarga bahagia.
Bahkan empayar perniagaan Mutyara yang diusahakan bersama suami tercinta iaitu Asyraf Khalid makin berkembang maju.
Terbaharu, satu lagi pencapaian diraih jelitawan ini apabila Tya berkongsi momen istimewa di majlis konvokesyennya di media sosial.
Kagum dengan semangat Tya yang nekad menimba ilmu dan sambung pengajian meskipun dia kini sudah pun berjaya, terkenal serta kaya. Memang wajar diberikan pujian!
Berkongsi kisah suka duka untuk menamatkan pengajian, Tya memberitahu, “Salah satu impian untuk sambung belajar dari last year sedikit lagi tercapai. Selepas Tya selesai senior high school, sebenarnya Tya harus kuliah tapi saat itu Tya postponed karna Tya pilih untuk ambil peluang yang lain hijrah ke Jakarta, bekerja.
Ads
Situasi saat itu, orang tua Tya boleh untuk biayai kuliah tapi Tya fikir peluang yang Tya buat saat itu mungkin akan meringankan keluarga. Perasaan lihat kawan-kawan yang sudah wisuda rasanya wah keren ya.
Tapi Tya happy dengan keputusan yang Tya buat saat itu dan sampailah berkahwin dan dah ada anak dua. Terfikir lagi memang saat Tya udah kahwin. Tya memang set untuk one of my dreams, harus sambung belajar lagi, kuliah.
Jadi tahun lalu, terus daftar kuliah join program APEL.Q ambil jurusan yang lebih relateBusiness Administration. Mengikuti semua assignment presentations and all sambil dengan bekerja urus anak dan lainnya.”
7 Oktober lalu impian Tya Arifin untuk menggenggam ijazah akhirnya menjadi kenyataan. Linangan air mata gembira mengiringi langkahnya saat menerima skrol Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan dari Asia E University Malaysia.
Ads
Tya mendirikan rumah tangga bersama anak tiri kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza pada 1 November 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra Jiwa Asyraf.
Kesibukan sebagai ibu dan isteri di rumah sama sekali tidak menghalang cita-cita Datin Lisa Surihani untuk bergelar usahawan. Malah sambil berniaga, beliau tetap aktif dalam kerjaya seni yang diceburi.
Isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim itu merupakan ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 7, Yusof Leone, 5 dan Yunos Laith, sembilan bulan. Pasangan itu berumah tangga pada 23 Februari 2012.
Dalam perkembangan terbaru, Datin Lisa kini memberanikan diri untuk memulakan perniagaan menerusi produk penjagaan rambut jenama sendiri yang diberi nama Suri dan giftset SURI Ramadan Platter.
Paling mengujakan, keseronokan berniaga tu membuatkan Datin Lisa sanggup membuat promosi hingga ke kaca TV. Tentu seronok dapat tengok beliau di saluran Astro Go Shop, berkobar-kobar tentunya nak jual SURI Ramadan Platter!
Bukan itu saja, promosi online pun ligat juga. Bukan main petah Datin Lisa live dengan peminat, sampaikan tak menang tangan HQ Suri by Lisa Surihani nak uruskan tempahan. Rezeki!
Tapi dengan kesenangan yang ada, perlu lagi ke Datin Lisa berniaga?
“Niat untuk menjadi usahawan sebetulnya memang sudah lama tapi tanpa pengalaman dan panduan yang betul, membuat saya tangguhkan dulu.
Kemudian selepas mengalami sendiri masalah rambut gugur, saya bertemu dengan seorang pakar rambut dan berjumpa penyelesaiannya.
Kerana sangat puas hati dan percaya akan hasilnya, kami berbincang dan terhasillah produk Suri.” Datin Lisa Surihani
Sempena Ramadan ini juga, turut dilancarkan set hadiah SURI Ramadan Platter berisi pelbagai jenis snek Signature Market yang lazat dan menyihatkan.
“Sebagai pengamal gaya hidup sihat yang holistik, saya berbangga dapat bekerjasama dengan Signature Market yang berkongsi nilai yang sama.
Semasa berpuasa, penting untuk kita kekal sihat dan bertenaga, itulah sebabnya saya pilih sendiri snek sihat ni bagi mendapat lebih banyak manfaat.” Datin Lisa Surihani
SURI Ramadan Platter sesuai dijadikan hadiah yang bermakna untuk orang tersayang. Siap ada kad ucapan dan tandatangan Datin Lisa lagi!
Pada usia 36 tahun, Datin Lisa tidak pernah rasa terlambat untuk memulakan perniagaan. Malah beliau beranggapan inilah masa paling sesuai untuk memulakannya.
“Suami saya adalah orang pertama yang menyokong apabila saya ceritakan niat nak berniaga. Sebagai seorang pengarah, dia juga banyak memberi idea yang kreatif untuk produk-produk ini.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tidak kenal dengan aktres jelita Datin Hajah Fouziah Gous yang suatu ketika dahulu terkenal dengan mutu lakonan yang cukup mantap. Pernah aktif dalam bidang pengacaraan juga, Datin Hajjah Fouziah kini terlihat sepi atau kurang aktif dalam industri hiburan tanah air. Mungin ramai peminat setia ibu kepada dua orang anak ini rindu dengan penampilannya dikaca televisyen. Istimewa edisi kali ini, kami merungkai perkembangan terbaharu Datin Fouziah khusus buat pembaca Nona.
URUS BISNES
Rata-rata mengetahui Datin Fouziah mengusahakan bisnes sarang burung yang diberi nama FG Walet yang ditubuhkan beberapa tahun lalu. Tidak dinafikan perniagaan sarang burung ini mendapat sambutan yang cukup hangat. Selain sibuk menguruskan perniagaan tersebut, Datin Fouziah juga mempunyai gimnasium yang telah beroperasi selama setahun lebih.
“Buat masa sekarang saya memang fokus pada bisnes FG wallet. Selain itu, saya juga sibuk menguruskan gym yang diberi nama Fighters Den Muay. Gym ni terletak di Bukit Jelutong dan kenapa saya buka gym ini adalah kerana memang seorang yang sukakan benda-benda natural, sihat dan juga healthy lifestyle. Jadi saya start dengan perniagaan sarang burung selepas itu barulah tertubuhnya gym ini.
Bagaimana boleh tercetusnya FG Walet ini ialah pada asalnya saya hanya ingin menjadi consultant sahaja seperti buat latihan, consult people untuk buat rumah burung terutamanya untuk pasaran melayu. Sebab saya tahu, ramai orang melayu ingin buat bisnes ini tetapi tidak berjaya. Saya seorang yang sukakan bidang pertnian. So, Saya belajar mengenai sarang burung dan lama kelamaan saya jatuh cinta. Kebetulan pula saya ada masalah kulit dan memang makan sarang burung yang dijual di kedai-kedai cina walaupun saya tahu ia bukanlah 100% asli namun ada kesan pada saya”, bicara Datin Hajjah Fouziah memulakan bicara.
ungkapnya lagi, “Saya perasan semua kedai yang saya pergi tidak menjual sarang burung yang sebenar tetapi hanyalah fungus. Dari situ saya tekad untuk menjadi salah seorang perintis yang buat the real bird nest sebab saya tahu tiada satu pun yang juat sarang burung yang tulen. Namun untuk buat semua ini bukan mudah. Saya perlu belajar dengan lebih mendalam dan ia mengambil masa yang agak panjang memandangkan ketika itu saya masih aktif berlakon”.
Melihat sahaja kejayaan Datin Hajjah Fouziah diperoleh hari ini boleh dijadikan inspirasi buat sesiapa sahaja diluar sana. Usaha cekal dan tidak berputus asa menjanjikan hasil yang amat membanggakan. Bercakap mengenai perancangan masa hadapan, tentunya beliau mempunyai visi yang cukup jelas.
“Sebenarnya saya merancang untuk membuat DHA Bird Nest dan sedang di dalam proses pada ketika ini. Sebelum berada di pasaran, saya menjadikan anak saya sebagai testimoni selama setahun untuk mencuba sendiri produk ini dan menguji keberkesanannya. Saya percaya produk ini mengandungi khasiat sarang burung yang sesuai untuk kanak-kanak. Setakat ini, anak saya menggemarinya dan menunggu masa yang sesuai untuk pasarkannya. Selain itu, ada dua lagi produk sarang burung khas untuk mereka yang mempunyai darah tinggi dan kencing manis.
“Cita-cita saya adalah untuk memperoleh pendapatan yang lebih besar. Namun, ia bukan bermakna saya seorang yang tamak. Tidak sama sekali. Cuma apa yang boleh saya katakan disini ialah saya inginkan satu kehidupan dimana saya boleh membantu orang yang di dalam kesusahan pada bila-bila masa sahaja yang saya suka,” jelas Datin Hajjah Fouziah bersungguh.
Tambahnya lagi, dia ingin semua perkara menjadi mudah namun tidak sehingga melupakan dirinya, masih berpijak di bumi yang nyata dan melakukan sesuatu perkara kerana Allah. Prinsip yang dipegangnya nyata membuktikan siapa diri beliau yang sebenar. Walaupun kian berjaya dalam karier yang diceburinya, beliau sentiasa merendah diri dan tidak lupa asal usul.
IMEJ TERKINI
Tertarik melihat penampilan baharu Datin Fouziah sejak pulang dari menunaikan ibadah haji dengan mengenakan hijab. Ternyata beliau tampil lebih manis dan sopan. Sempat bertanyakan mengenai penghijrahannya, ini jawapan beliau.
“ Sebenarnya, bila bercakap mengenai penghijrahan, bagi saya hijrah ini terlalu luas. Tidak semestinya saya memakai hijab bermakna saya sudah cukup berhijrah. Tidak sama sekali. Sejujurnya, saya rasa memakai tudung ialah perkara yang mudah sahaja. Saya terdetik untuk memakai tudung atau menutup aurat sebenarnya sudah lama. Cuma saya percaya, saya seorang manusia yang tidak sempurna, masih ada kekurangan dan tidak baik seperti yang digambarkan.
“ Contohnya, jika saya seorang yang baik, sudah pasti saya sudah memakai tudung dari dulu lagi kerana itu adalah satu kewajipan. Saya kena terima saya tidak cukup baik. Jadi saya berubah dari segi lain yang mungkin orang ramai tak nampak seperti dari segi pakaian. Saya sudah mula mengubah cara saya berpakaian sejak 4 tahun yang lalu. Jadi, bila saya mula memakai tudung, saya tidak rasa kekok sebab baju semua sudah ada.
“Bila Allah memberi rezeki yang semakin banyak, saya sering tertanya dan terdetik satu perasaan yang sedih kenapa saya tidak boleh mengikut kehendakNya, Saya selalu berdoa pada Allah agar memberikan hidayah sempurna pada saya. Saya percaya hidayah itu ada namun kesempurnaan itu yang saya inginkan. Jadi, bila saya pergi menunaikan haji dan bila balik saya tidak fikirkan apa-apa. Saya Cuma tahu saya akan memakai tudung bila saya pulang ke Malaysia”, jelas Datin Hajjah Fouziah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.