Terpesona melihat keindahan negara yang di lawat oleh Sheila Rusly melalui foto yang dikongsikan olehnya di laman media sosial. Amsterdam, Netherland dan Istanbul, Turki adalah dua lokasi yang dikunjungi oleh Sheila Rusly bersama suami tercinta.
Kunjungan pasangan suami isteri ini ke Amsterdam telah mencuri tumpuan kerana Sheila Rusly tidak kekok masak sendiri di rumah penginapan yang diinapnya dan seperti yang telah dikongsikan olehnya, “Dah nama pun tekak melayu. Sambal wajib korang! Less is more,” kongsi pemilik JS Picture Sdn. Bhd. ini.
Jom kita tengok apa resipi sambal yang telah dikongsikan oleh Sheila Rusly di Amsterdam.
Tengok pula hidangan nasi yang telah siap sedia untuk dimakan. Bukan sahaja di Amsterdam, di Malaysia pun kecur air liur tengok pinggan macam ni. Mahu bertambah-tambah nasi nanti.
Ads
Kalau sedang bercuti di luar negara tu, makan megi sudah semestinya menjadi kewajipan.Tambah-tambah pula ketika musim raya, diamsukkan rendang sebagai penyedap rasa. Memang terliur sungguh. Nasib baik Sheila Rusly kongsi resipinya, boleh lah kita cuba kan.
Pertama kali mengenali wanita cantik ini adalah ketika sesi fotografi kira-kira tujuh tahun lalu. Disifatkan seorang yang mudah mesra dan manja, Datin Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri cukup beruntung kerana selain dikurniakan rupa paras cantik, beliau juga mampu membuatkan sesiapa saja tertawan dengan pesona dirinya. Walau berstatus anak kepada menteri dan isteri pereka fesyen ternama negara, Datuk Jovian Mandagie namun Datin Nina bijak menyusun tutur kata dan cukup menyenangkan.
Sehingga ke hari ini pun keramahan anak Menteri Kanan Keselamatan ini sewaktu menjalani penggambaran Nona Edisi Platinum 3 Dekad pada tahun 2013 yang lalu masih segar di ingatan. Dalam kelembutan tingkah laku dan bicara, Datin Nina juga sebenarnya seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan berjiwa penyayang. Bahagia melayari alam rumah tangga di samping Datuk Jovian, perkahwinan mereka lebih bermakna sejak kehadiran puteri sulung, Jeanelle Nika Mandagie.
Melalui temu bual bersama Datin Nina pada tahun 2013, jelas mencerminkan siapa dirinya yang sebenar.
Karakter anda?
Saya sangat sukakan kanak-kanak dan pernah menjadi sukarelawan untuk menjaga kanak-kanak ketika masih menuntut di University of Queensland, Australia. Rasa kagum terhadap perwatakan seorang puteri yang memiliki sikap penyayang dan cantik menyebabkan saya gemar berpenampilan anggun dan menawan persis seorang puteri.
Mantera fesyen?
Oh, I love colorful and pastel fancy things! Saya gemar mengenakan gaya feminin dengan memakai gaun berbanding pants. Dalam bergaya tidak perlu mengenakan banyak aksesori kerana bagi saya, less is more.
Aktiviti di waktu senggang?
Membaca, memasak dan saya suka ‘Google’ bermacam-macam benda untuk tahu sesuatu perkara itu dengan lebih lanjut. Resipi masakan saya tentunya masakan tradisional seperti ayam masak merah dan sambal belacan. Tambahan pula, Jovian sangat sukakan masakan tersebut.
Sumber inspirasi anda dalam dunia fesyen.
Saya kagum dengan personaliti Olivia Palermo dan Kate Middleton yang kelihatan sangat bergaya dan classy.
Jenama kegemaran anda?
Untuk kasut, saya sukakan jenama Prada dan Salvatore Ferragamo. Bagi aksesori dan beg tangan pula, Chanel menjadi pilihan. Sementara busana, Jovian Mandagie.
Destinasi percutian idaman?
Beach! Apabila bercuti di pantai atau pulau, saya tidak perlu bermekap atau mengusung gajet-gajet canggih. Cukup menenangkan! Destinasi percutian pilihan saya tentunya
di Vanuatu Island, Bali, Phuket, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman.
Individu paling anda kagumi?
Tentunya kedua ibu bapa saya. Saya begitu kagum dengan semangat papa terutama dalam urusan perniagaan. Beliau bijak menguruskan perniagaan dan komited dengan pekerjaan yang dilakukan. Sementara sikap rendah diri dan penyayang mama dalam mendidik kami adik-beradik dan menjaga keluarga menjadi contoh terbaik yang wajar diteladani.
Tatkala ditanya impian beliau tujuh tahun lepas, Datin Nona berkata beliau berhasrat untuk mengusahakan salun kecantikan rambut yang dikhaskan untuk golongan wanita berhijab. Tidak hanya pekerja salun bahkan pelanggan juga terdiri daripada kaum wanita sahaja di samping menggunakan hanya produk organik yang mendapat pengiktirafan sijil halal.
Kini, selepas hampir tujuh berlalu.. kakak kepada penyanyi Dafi ini membuktikan impiannya bukan angan-angan kosong. Kerana berkat kerja keras dan sokongan padu keluarga, Datin Nina berjaya mengusahakan salun yang diimpikan iaitu Capello by Nina di empat lokasi strategik iaitu Shah Alam, Bangi, Ampang dan Johor. Bahkan, beliau juga merupakan pemilik pusat asuhan kanak-kanak, Peterana Kindergarten. Luar biasa semangat yang ada dalam diri isteri Datuk Jovian ini.
Memang layak! Tahniah buat bekas atlet terjun negara, Leong Mun Yee yang menerima Pingat Mahkota Wilayah (PMW) sekaligus membawa gelaran Datuk dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan baru-baru ini.
Dalam istiadat berkenaan, atlet paralimpik negara Abdul Latif Romly turut menerima gelaran sama. Awal tahun ini, Datuk Mun Yee dikhabarkan bersara daripada arena terjun selepas 27 tahun menabur bakti dan Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi pentas terakhir buat dirinya.
Datuk Mun Yee pernah menyumbangkan 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa di temasya dwi tahunan, Sukan SEA. Malah beliau berjaya merangkul satu pingat perak dan dua pingat gangsa di pentas Sukan Komanwel termasuk dua pingat perak dan lima pingat gangsa sepanjang menyertai Sukan Asia.
Menerusi laman web peribadinya, Datuk Mun Yee mendedahkan dia mula aktif dalam sukan tersebut seawal usia 10 tahun lagi. Sejak itu, dia diberi kepercayaan mewakili Malaysia. Jelas beliau, penampilan pertamanya dalam Sukan Olimpik adalah ketika menyertai temasya sukan terbesar berkenaan di Sydney, Australia pada tahun 2000.
Waktu itu beliau baru berusia 15 tahun. Bertitik tolak daripada pencapaian membanggakan, Datuk Mun Yee berjaya meletakkan standard yang tinggi dalam kerjaya sukannya sehingga melayakkan diri dalam lima penyertaan Sukan Olimpik iaitu di Sydney pada tahun 2000, Athens 2004, Beijing 2008, London 2012 dan Tokyo 2020.
Rentetan pembabitan aktif dan dedikasi serta minat mendalam dalam sukan akuatik, Datuk Mun Yee mendapat pengiktirafan yang menyaksikan namanya tersenarai dalam Malaysia Book of Records apabila menjadi atlet wanita pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak lima kali.
Tidak hanya berbakat dan cantik, Mun Yee merupakan graduan Sarjana Komunikasi Korporat di Universiti Putra Malaysia (UPM). Jelas atlet berusia 37 tahun ini, “Pendidikan adalah sangat penting. Ia ibarat perjalanan sepanjang hayat yang membantu mengasah kemahiran dan pengetahuan seseorang secara peribadi mahupun profesional.”
Bersandarkan kejayaan, bakat dan kecantikan yang dimiliki, Datuk Mun Yee turut menjadi buruan syarikat iklan yang mahukan wajahnya menghiasi kempen produk keluaran mereka.
Syabas dan tahniah buat Datuk Mun Yee. Moga terus mengangkat martabat kaum wanita di mata dunia dan menjadi inspirasi ramai.
Kredit foto: Instagram Leong Mun Yee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ingatkah lagi dengan telenovela, Yo Soy Betty, La Fea (I am Betty, the ugly) yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia sekitar tahun 90an?
Kisah kehidupan seorang gadis naif dan lurus bernama Betty yang rajin bekerja namun disebabkan wajahnya yang tidak cantik dia sering dipandang rendah.
Paling tak dapat dilupakan juga penampilannya yang ‘skema’ berkaca mata tebal, memakai pendakap gigi (braces), gaya rambut yang lucu (bangs hair) dan sering memakai pakaian besar. Memang mencuit hati kalau diimbau kembali karakter serta jalan cerita telenovela ini. Namun akhirnya dia berubah menjadi seorang gadis yang sangat cantik.
Watak ini berjaya dihidupkan oleh pelakon jelita kelahiran Colombia, Ana Maria Orozco. Diam tak diam Ana kini sudah pun berusia 48 tahun tetapi apabila melihat raut wajah terkininya itu tidak menunjukkan usia yang sebenar, awet muda sungguh.
Ibu anak 2 ini makin cantik dan hot! Penampilannya kian menawan mengalahkan orang muda. Sering tampil dengan gaya rambut yang panjang mengurai menambahkan kesan cantik pada dirinya.
Berikut wajah terkini Ana Maria Orozco di usia yang hampir mencecah 50 tahun.
Kredit Foto: Instagram Ana Maria Orozco @anaorozcoof
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.