Wow, makin ‘deras’ langkah Neelofa membawa nama dan imej wanita berhijab di mata dunia. Turut serta dalam New York Fashion Week yang berlangsung kini, kelibat dan penampilan Neelofa telah mencuri perhatian pereka fesyen antarabangsa, Tommy Hilfiger. Ternyata, aura Noor Neelofa Mohd Noor bukan biasa-biasa… sampaikan designer terkemuka ini pun terpukau dengan pesonanya!
“You look great,” itulah yang ucapan yang terpacul dari bibir Tommy Hilfiger saat kali pertama bertentang mata dengan Neelofa. Pertemuan secara santai itu berlangsung ketika selebriti popular berkenaan sedang mencuba busana Tommy Hilfiger.
“Ketika sesi fitting berlangsung, beliau tiba-tiba muncul dan memberi komen-komen positif kepada busana yang telah saya cuba. Beliau sangat baik. Saya berasa sangat merendah diri dan berbesar hati apabila beliau mempelawa saya untuk bergambar bersama.
Team Tommy Hilfiger juga sangat membantu ketika proses fitting tersebut. Mereka sangat natural ketika menggayakan hijab untuk saya,” kata Neelofa yang kini berada di kota fesyen New York.
Menurut Neelofa, dia turut menggemari kebanyakan busana yang ada dalam koleksi terkini Tommy Hilfiger. “Koleksi yang diperagakan semalam terdiri daripada busana kasual.
Jadi, saya boleh melihat diri saya menggayakan koleksi berkenaan, terutama koleksi busana kasual lelaki,” ujar pengasas Naelofar Hijab ini yang turut menamakan baju panas dalam koleksi terkini Tommy Hilfiger sebagai antara busana kegemarannya.
Neelofa tiba di New York dua hari lalu dan telah menghadiri pertunjukan fesyen dari label ternama termasuk Longchamp, Tory Burch, Tommy Hilfiger dan sebagainya. Antara selebriti Malaysia yang turut kelihatan menghadiri New York Fashion Week 2019 ialah Scha Alyahya dan Awal Ashaari.