Tersenyum bahagia melihat pasangan Zulin Aziz dan Farhan Norzaini berbaik semula. Selepas mengesahkan kemelut rumah tangga mereka kembali pulih, pasangan merpati dua sejoli ini berkongsi gambar raya di kampung dalam persalinan baju raya sedondon rona hitam.

Zulin atau nama penuhnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata apa yang berlaku dalam hubungan ‘keruh’ mereka adalah ujian hidup berpasangan selain mahu memberi ruang kepada diri masing-masing dalam menjadi pasangan yang lebih baik dari sebelum ini.

IKLAN

“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Terima kasih mendoakan. Selamat Hari Raya.” Zulin Aziz

“Dalam Rumah Tangga Bukan Tentang Siapa Yang Paling Baik” – Berkat Doa Zulin Aziz & Farhan Berdamai

“Dalam Rumah Tangga Bukan Tentang Siapa Yang Paling Baik” – Berkat Doa Zulin Aziz & Farhan Berdamai

1 Syawal lalu, aktres ini tampil anggun dalam persalinan baju kurung hitam, sedondon dengan Baju Melayu suaminya, juga berwarna hitam.

Rona ini antara pilihan ramai dan paling popular  digayakan pada Hari Raya. Back to basics, hitam itukan menawan.

Sambil berkongsi gambar-gambar keluarga di media sosial, kelihatan Zulin Aziz kini juga semakin bahagia disamping suami tercinta.

Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah. Alhamdulillah.” Zulin Aziz

Menjelang Syawal kedua, Zulin dan Farhan kembali ceria mengenakan persalinan baju raya rona ungu. Berseri-seri, nampak lebih muda dan riang!

“Dalam Rumah Tangga Bukan Tentang Siapa Yang Paling Baik” – Berkat Doa Zulin Aziz & Farhan Berdamai

“Dalam Rumah Tangga Bukan Tentang Siapa Yang Paling Baik” – Berkat Doa Zulin Aziz & Farhan Berdamai

 

IKLAN

“Dalam Rumah Tangga Bukan Tentang Siapa Yang Paling Baik” – Berkat Doa Zulin Aziz & Farhan Berdamai

Tambah usahawan dan selebriti popular itu lagi, keputusan yang dibuat sebelum ini adalah secara tiba-tiba kerana masing-masing berputus asa berdepan dengan kemelut rumah tangga yang dihadapi.

Zulin berkata, dia mempunyai sebab kenapa membuat hantaran yang mencetuskan tanda tanya ramai mengenai kapsyen ‘perpisahan’ yang ditulisnya dalam sebuah hantaran terdahulu.

“Dalam Rumah Tangga Bukan Tentang Siapa Yang Paling Baik” – Berkat Doa Zulin Aziz & Farhan Berdamai

IKLAN

“Dalam Rumah Tangga Bukan Tentang Siapa Yang Paling Baik” – Berkat Doa Zulin Aziz & Farhan Berdamai

“Ada sebab kenapa post itu dibuat. Ada sesuatu perkara yang berlaku, Yang mana tahu je yang tahu. Alhamdulillah, asbab dan hikmah disebalik itu.

Tak pernah sekali pun kongsi apa-apa fasal masalah rumah tangga. Keadaan sebelum ini pun baik-baik sahaja. Seperti yang dilihat memang tiba-tiba.

Dalam pada kami berputus asa, masing-masing untuk ambil keputusan untuk berpisah.”

Zulin membuat hantaran mengejut dengan memaklumkan dia sudah berpisah dengan suami selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022, namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI