Bertuahnya ibu bernama Normah Damanhuri! Mana tidaknya, walau anak-anak sudah besar dan mempunyai keluarga sendiri namun kasih sayang mereka terhadap ibu tidak pernah berbelah bahagi. Apa saja yang diimpikan ibu tersayang, pasti anak-anak cuba sehabis daya untuk merealisasikan hasrat ratu hati mereka. Alhamdulillah.

Ads

Genap berusia 69 tahun pada 21 September lepas, ulang tahun kelahiran pelakon ini disambut meriah kelima-lima anaknya dan cucu tersayang. Sering ‘dimanjakan’ dengan barangan kemas dan berjenama, jauh di sudut hati aktres ini enggan menyusahkan anak-anak apatah lagi meminta-minta perhiasan mewah.

Namun kerana mengenang pengorbanan seorang ibu, masing-masing memiliki cara tersendiri untuk membahagiakan hati seorang ibu.

“Alhamdulillah terima kasih Youngboy Ahya Rosli, terima kasih Ira. Happynya mama dapat oven ni. Sebab apa mama suka oven ni? Rahsia.

Hadiah kereta awal mak dah dapat haritu. Sebuah kereta Honda City Hatchback dari kak KM. Alhamdulillah. Terima kasih sayang darling mak yang manja itu Liana Rosli. Kalau nak tahu hadiah-hadiah yang lain boleh tengok kat video sebelum ini.

Cuma jangan ada pula yang marah-marah macam sebelum ni. Bukannya apa, kita cuma nak tunjuk kita bangga dan menghargai pemberian anak-anak itu je.”

Dapat Kereta RM100 Ribu, NORMAH DAMANHURI Bahagia Kasih Sayang Tak Belah Bahagi 5 Anak! Dapat Kereta RM100 Ribu, NORMAH DAMANHURI Bahagia Kasih Sayang Tak Belah Bahagi 5 Anak! Dapat Kereta RM100 Ribu, NORMAH DAMANHURI Bahagia Kasih Sayang Tak Belah Bahagi 5 Anak! Dapat Kereta RM100 Ribu, NORMAH DAMANHURI Bahagia Kasih Sayang Tak Belah Bahagi 5 Anak!

Ads

Jun lepas, ibu bertuah ini menangis kegembiraan apabila menerima kejutan istimewa daripada Liana Rosli yang juga usahawan Sweet Dara apabila menghadiahkan sebuah kereta buat dirinya.

Daripada perkongsian videonya, kelihatan usahawan tersebut mengeluarkan cek bernilai RM102,200 untuk membeli kereta idaman aktres berkenaan.


Dapat Kereta RM100 Ribu, NORMAH DAMANHURI Bahagia Kasih Sayang Tak Belah Bahagi 5 Anak! Dapat Kereta RM100 Ribu, NORMAH DAMANHURI Bahagia Kasih Sayang Tak Belah Bahagi 5 Anak!

Ads

Mengimbas kembali momen itu, jelas Normah Damanhuri, “Hari ini saya sangat gembira campur terkejut teramat sangat kerana tak disangka-sangka dapat hadiah sebuah kereta dari anak ku sayang, Liana Rosli.

Ya Allah aku bersyukur kepadamu dikurniakan kepadaku anak yang baik yang penyayang. Ya Allah kau limpahkanlah rezeki kepada anakku sayang seperti air zam zam yang tidak berhenti mengalir selamanya berkatilah dan rahmatilah anak ku di dunia dan akhirat Ya Allah Aamiin Aamiin yarobbalalamiin Ya Allah.”

Tumpang bahagia dan bangga melihat keakraban keluarga ini. Semoga kasih sayang mereka terus berpanjangan demi ibu tersayang dan menjadi contoh teladan terbaik buat masyarakat agar lebih menghargai insan istimewa ini.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI