ROSMA

Diam tak diam dah tujuh tahun Rosma mengusahakan empayar perniagaan miliknya dan suami, KR Successful Sdn Bhd. Tujuh tahun bukanlah satu tempoh yang singkat dan Nona percaya pasti bermacam-macam dugaan sudah ditempuh pasangan suami isteri ini sebelum mampu tersenyum bangga meraih hasilnya pada hari ini. Bermula dengan produk pelangsingan badan MS SenaRos, mereka kini berjaya menghasilkan pelbagai rangkaian produk kesihatan. Kagum!

IKLAN

Mengimbas kembali perjalanan awal Rosma bergelar usahawan, isteri kepada Khai ini mendedahkan MS SenaRos memasuki pasaran sejak tahun 2014 lagi. Ia merupakan minuman detoks yang membantu tingkatkan metabolisme badan selain menstabilkan hormon, sistem pencernaan dan memberi tenaga tambahan.

Berpeluang menemu bual Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik baru-baru ini, ibu kepada tiga cahaya mata tersebut berkata jika tidak kerana galakan suami tercinta, dia tidak akan pernah tahu potensi dirinya dalam bidang perniagaan seperti sekarang.

Dari Anak Seni Ke Businesswoman, Suami ‘Tanam’ Minat Berniaga Dalam Diri ROSMA! Dari Anak Seni Ke Businesswoman, Suami ‘Tanam’ Minat Berniaga Dalam Diri ROSMA! Dari Anak Seni Ke Businesswoman, Suami ‘Tanam’ Minat Berniaga Dalam Diri ROSMA! Dari Anak Seni Ke Businesswoman, Suami ‘Tanam’ Minat Berniaga Dalam Diri ROSMA!

“Sebenarnya saya tak pernah terfikir untuk berbisnes langsung. Tapi terdetiknya idea untuk menukarkan kerjaya daripada anak seni kepada businesswoman ialah sebab suami sendiri yang beri ‘detik’ tersebut. Alhamdulillah, tak pernah terfikir buat produk pelangsingan tapi idea tu datang secara tak jangka.

First buat bisnes memang takut. Memang sebelum ini saya ada pengalaman bisnes cuma saya fikir mampu tak diri nak bisnes ni. Alhamdulillah suami support bahkan sepanjang pernah jatuh bangun dalam berniaga ni pun suami ada di belakang. Banyak perkara saya belajar sepanjang berbisnes. Walau macam mana pun, saya tak tinggalkan dunia seni. Tapi fokus kini lebih kepada bisnes.”

Biarpun kedua-duanya sibuk menguruskan empayar niaga namun sebagai ibu bapa, Rosma enggan memandang remeh keperluan dan aktiviti anak-anak. Jelas bekas peserta program realiti Akademi Fantasia ini lagi, walau macam mana sibuk sekalipun dia dan Khai tetap akan cari masa untuk bersama anak-anak.

Dari Anak Seni Ke Businesswoman, Suami ‘Tanam’ Minat Berniaga Dalam Diri ROSMA! Dari Anak Seni Ke Businesswoman, Suami ‘Tanam’ Minat Berniaga Dalam Diri ROSMA! Dari Anak Seni Ke Businesswoman, Suami ‘Tanam’ Minat Berniaga Dalam Diri ROSMA! Dari Anak Seni Ke Businesswoman, Suami ‘Tanam’ Minat Berniaga Dalam Diri ROSMA!

“Saya sebenarnya sangat mementingkan keluarga. Bukan saya seorang, suami juga memang sangat mementingkan anak-anak. Apa-apa saja kita buat pun anak-anak menjadi keutamaan dalam kehidupan kami. Walau macam mana pun, saya kalau boleh setiap bulan saya memang akan sentiasa bawa anak saya keluar.

IKLAN

Pergi hotel misalnya, bawa mereka tidur di luar. Tapi dalam keadaan pandemik ni kita sebagai ibu bapa kena buat aktiviti dengan mereka. Sebab anak-anak saya, iyalah budak sekarang suka gajet. Jadi kalau kita nak elak mereka jauh dari gajet, memang perlu lakukan aktiviti dan juga meluangkan masa dengan mereka sebaik mungkin.

Dari Anak Seni Ke Businesswoman, Suami ‘Tanam’ Minat Berniaga Dalam Diri ROSMA! Dari Anak Seni Ke Businesswoman, Suami ‘Tanam’ Minat Berniaga Dalam Diri ROSMA! Dari Anak Seni Ke Businesswoman, Suami ‘Tanam’ Minat Berniaga Dalam Diri ROSMA!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

IKLAN

Bila kami buat kerja, memang kami bekerja sepenuhnya. Tapi bila kat rumah kita kena banyak luangkan masa dengan mereka sebab inilah masa saya dengan anak-anak. Bila mereka dah besar esok, saya dah tak dapat lagi momen macam ni dengan mereka. So bila ada ruang atau kami bawa mereka keluar memang kami habiskan masa sebaik mungkin dengan anak-anak saya.”

Rosma mendirikan rumah tangga bersama Khai pada 26 April 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, Nur Amani Damia dan Nur Alya Dhania.

 

 

Kredit foto: Instagram Rosma

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI