Lebih daripada sekadar sambutan Aidilfitri, Majlis Hari Raya & Anugerah Wanita Cemerlang Madani 2025 anjuran Komuniti Wanita DIG (KWDIG) membawa misi yang jauh lebih besar – mengiktiraf wanita luar biasa yang berjaya mengubah kehidupan serta melakar kejayaan dalam dunia keusahawanan.

Datin Ira Ghani Iktiraf Usahawanita Dengan Anugerah Wanita Cemerlang Madani 2025

Majlis gilang-gemilang yang berlangsung di UTM Hotel & Residence Kuala Lumpur ini menghimpunkan lebih 300 wanita daripada pelbagai latar belakang — termasuk pemimpin NGO, usahawan dan ahli korporat— dalam suasana eksklusif bertemakan “Raya Meletop”, simbol ekspresi diri, keyakinan dan keanggunan wanita masa kini.

Datin Ira Ghani Iktiraf Usahawanita Dengan Anugerah Wanita Cemerlang Madani 2025

Anugerah Wanita Cemerlang Madani 2025 – KWDIG disampaikan kepada dua figura hebat — Puan Rosdziah Mohd Zainudin dari D.Alam Academy dan Puan Zawani Mohd Yusoff dari Wanis Shielout — atas kejayaan luar biasa mereka dalam memperkasa ekonomi komuniti wanita serta usaha membina empayar perniagaan masing-masing dengan penuh dedikasi dan iltizam.

Ads

Menurut Pengasas KWDIG, Datin Ira Ghani, majlis ini bukan sahaja menyatukan komuniti, malah berperanan sebagai pemangkin inspirasi kepada lebih ramai wanita agar berani tampil ke hadapan.

Datin Ira Ghani Iktiraf Usahawanita Dengan Anugerah Wanita Cemerlang Madani 2025
Datin Ira Ghani

“Tujuan utama majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti serta memberi pengiktirafan kepada wanita inspirasi yang berani melangkah jauh ke hadapan. Kami percaya kejayaan mereka akan menjadi pemangkin semangat kepada wanita lain untuk turut bangkit dan bersinar,” ujar beliau.

Merupakan pertama kali pertama majlis pengiktrifan ini diadakan, dan berbezakan penganugerah kali ini, ianya diberikan kepada wanita-wanita yang sudah berjaya dimana mereka bermula dari bawah, tidak dikenali sebelum ini berbeza dengan anugerah-anugerah lain yang diadakan sebelum ini.

Ads

Datin Ira Ghani Iktiraf Usahawanita Dengan Anugerah Wanita Cemerlang Madani 2025

“Jika sebelum banyak anugerah diberikan kepada mereka yang popular dan ternama tetapi uniknya anugerah ini, ia diberikan kepada wanita-wanita berjaya dari kalangan orang-orang yang tak dikenali ibarat mereka ini wira wanita tanpa didendang, selayaknya diraikan agar dapat terus memberikan inspirasi buat semua wanita di luar sana,” ujar Datin Ira lagi.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Seri Dr Hajah Zurainah Musa selaku tetamu kehormat. Beliau juga merupakan Penasihat Komuniti Wanita DIG serta rakan strategik HAWA Malaysia dalam kluster keusahawanan dan ekonomi.

Ads

Datin Ira Ghani Iktiraf Usahawanita Dengan Anugerah Wanita Cemerlang Madani 2025

Menariknya, ini merupakan kali ke-7 perjumpaan rasmi KWDIG sejak penubuhannya, namun buat julung kalinya, majlis ini menampilkan penganugerahan khas bagi mengiktiraf pencapaian luar biasa dalam kalangan ahli.

Acara turut mendapat sokongan strategik daripada pelbagai pihak termasuk DIG Holding Sdn Bhd, MZ Empire Resources, Mega Lux Auto, Oxwise, Aayana, DIG Medichome, dan Aura Seri.

Dalam usaha berterusan memperkasakan wanita, pelancaran projek khas DIG MediChome turut diumumkan. Inisiatif ini akan membantu wanita di seluruh negara dalam aspek kesihatan, ekonomi, kewangan dan kesejahteraan, disertai bimbingan secara percuma daripada mentor keusahawanan berpengalaman lebih 27 tahun yang telah berjaya melahirkan ramai usahawan wanita.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI