Seronok melihat Datuk Jovian Mandagie dan Datin Nina Ismail Sabri menghabiskan masa bersama di Pulau Redang, Terengganu. Ini bukan kali pertama pasangan sama cantik sama pada ini datang ke sini. Coret Datin Nina di laman media sosialnya, “Back on this beautiful island,” tulisnya.
Ramai orang yang suka melancong dan teruja membilang hari detik percutian tetapi tidak gemar untuk mengemas pakaian yang perlu disediakan untuk melancong. Situasi ini pasti berlegar di kalangan setiap individu.
Sebelum ini Datin Nina pernah berkongsi dengan Nona tentang situasi ini “Bagi kami pula bergantung kepada tempoh percutian itu sendiri, kalau percutian hujung tahun yang selalunya mengambil masa dua hingga tiga minggu, pastinya masa yang diambil untuk packing adalah lebih lama, dalam dua atau tiga 3 hari.
Lebih-lebih lagi kalau it’s a winter holiday, bertambah banyak barang yang harus disiapkan terutama baju-baju sejuk. Setelah kehadiran Jeanelle, saya mengambil masa yang lebih lama untuk packing demi memastikan segala keperluan dan kelengkapan Jeanelle tiada yang tertinggal.
Barang-barang yang wajib dibawa kala bercuti? Sudah semestinya kelengkapan dan keperluan untuk Jeanelle terutamanya ubat-ubatan sekiranya diperlukan, dan juga stok-stok susu, snek, lampin pakai buang, tisu basah anak dan losen. Ini kerana saya akan pastikan semuanya mencukupi dan teratur.
Dato Jovian dan saya juga wajib membawa laptop semasa bercuti untuk memastikan kami boleh dihubungi melalui e-mel oleh pekerja-pekerja kami sekiranya perlu. Ini kerana kadang-kala kami akan berada di luar negara dalam tempoh yang agak lama jadi kami harus pastikan yang kami tetap reachable sekiranya ada hal-hal kecemasan yang berkaitan dengan urusan kerja yang memerlukan perhatian segera daripada kami.
Dato Jovian juga akan membawa sketch papers ke mana-mana beliau pergi, jadi sekiranya idea datang tiba-tiba beliau akan terus melakar idea tersebut,” terang Datin Nina sambil tersenyum.
Momen percutian sepatutnya indah untuk disimpan dalam kamus kehidupan setiap individu. Namun kadang-kadang percutian itu menjadi huru-hara kerana tiada persediaan awal untuk melawat ke negara orang. Itu lah pentingnya membuat itenary sebelum keluar melancong.
Datin Nina juga sangat mementingkan menyusun itenary demi merencana perjalanan dengan terperinci. “Saya gemar cafe hopping because I enjoy trying out new places and good food. Selain boleh mencuba makanan tempatan saya juga suka belajar dan mengetahui adat dan budaya tempatan di negara lain.
Jadi, tip daripada saya bagi yang mahu keluar bercuti plan ahead and plan well especially if you’re going on a holiday in a peak season. Begitu juga kalau hendak melawat tempat-tempat pelancongan seperti muzium, eloklah tiket dibeli awal secara online kerana ia lebih murah dan menjimatkan,” ungkap Datin Nina.