Jarang nak tengok Datin Seri Umie Aida bercerita tentang perihal peribadi atau kisah rumah tangga, apa entah lagi untuk memuat naik gambar bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Namun, bila dah sekali upload tentang suaminya itu, romantik sangat!
Mungkin selama ini, pelakon utama filem Dukun itu mengambil pendekatan kebahagiaan sebenar tidak perlu ditunjuk atau dipamerkan terutamanya di media sosial. Cukup sekadar untuk diri sendiri, pasangan dan keluarga.
Terbaharu, melalui entri terbaharu di laman instagram miliknya, Datin Seri Umie Aida tiba-tiba diserang sesak nafas selepas makan seulas cempedak dan terpaksa didukung dan dibawa ke hospital oleh suaminya.
“Tak sampai seulas saya makan cempedak. Tiba-tiba boleh terkena serangan angin sampai ke ulu hati. Subhanallah…sakitnya sampai tak boleh bernafas.
Kebetulan suami balik untuk makan tengah hari, terus hantar saya ke hospital”, tulisnya di laman Instagram.
Ads
Mujur ada orang di rumah yang boleh membantu beliau untuk ke hospital. Tapi, bila dah sampai hospital, lain pula jadinya. Kelakar pun ada.
“Yang peliknya, sampai hospital doktor dan nurse nak berikan injection tapi sakit dah hilang. Terus saya cakap dengan doktor tak perlu injection, saya dah sihat”, jelasnya lagi.
Ads
Bertuah sangat dapat suami yang penyayang dan romantik macam ni. Waktu sakit macam ni lah sesuai sangat dan bermanja-manja dengan suami, bukan?
Meurut Datin Seri Umie Aida juga, kejadian yang sama pernah berlaku pada dirinya di Penang pada tahun 2002.
Alhamdulillah tidak berlaku apa-apa yang serius kepada beliau. Selepas ini, kena lebih berhati-hati dalam soal memilih makanan ya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #QuranHour untuk Gaza di Shah Alam.
Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 8.30 – 9.30 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau setinggi mana pun pangkat dan populariti yang diraih, para ibu tetap menjadi keutamaan. Tidak kiralah yang sudah berumah tangga atau sebaliknya, insan istimewa bergelar ibu, mama, mak, mommy, bonda dan ummi ini sepatutnya diraikan.
Seperti minggu kedua bulan Mei tahun-tahun lalu, hari ini sekali lagi ‘perayaan’ tersebut disambut. Begitu juga bagi empat selebriti wanita berbakat besar ini yang menzahirkan perasaan cinta dan sayang kepada ibunda masing-masing.
Noor Neelofa Mohd Noor
Buat mama, Datin Noor Kartini, “Mama, you have always tried to give your best to me, to sacrifice for me. And for all that you have done, you truly only deserve the best! Happy Mother’s Day Mama and to all wonderful mothers out there!”
Mira Filzah
Istimewa buat mak, Faizatul Akmar Hisan, “Happy Mother’s Day, Mak. Angahlah paling banyak buat mak susah hati banding Along dan Aina. Paling banyak buat mak menangis. Tapi mak kena tahu, degil Angah ni ikut mak tau. Bukan Abah! Garang tu semua ikut Mak! Tapi yang baik pun banyak ikut. Hehe salah satunya cakap laju macam kereta api. Ke mana tumpahnya kkuah kalau tak ke nasi! I love you so much Mak. I love you and always love you.
Mawar Rashid
Khas buat ibunda tersayang, Marinee Rashid, “Your love is inexhaustible mother, nobody can give their hearts like you have. Every second that my heart beats, it reminds me that you gave me life and I should cherish you!”
Emma Maembong
Buat Ratu Hati, Janet Isa, “There will be so may times you feel like you failed. But in the eyes, heart and mind of your child you are super mom and when you look into you mother’s eyes, you know that is the purest love you can find on this earth. I love you so much mama. Happy mama day.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa kiwi yang manis dan warna isinya yang segar kehijauan sentiasa membuatkan buah kecil berbulu halus ini suatu pilihan yang versatil. Samada dijadikan snek buah-buahan, jus atau hiasan tartlet, saiz kiwi yang kecil sangat padat dengan zat penting termasuk digelar juara buah-buahan serta heavyweight terkecil di dunia. Menerusi buah kiwi Zespri™ New Zealand, terdapat dua jenis yang popular di pasaran iaitu hijau dan emas.
MENGHINDARI PENYAKIT
Kesibukan tugas kerapkali membuatkan tubuh anda kekurangan zat makanan. Hal ini boleh melemahkan sistem imunisasi dan membuatkan anda mudah diserang penyakit. Pengambilan buah kiwi secara berterusan dapat melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin, zat galian serta anti-oksidan.
Telah terbukti bahawa vitamin C memainkan peranan yang penting dalam pengimunan tubuh. Isi buah kiwi adalah sumber Vitamin C yang luar biasa dan ia juga mengandungi jumlah vitamin C yang sama dengan dua biji oren. Ini terbukti amat berkesan dalam melancarkan perpindahan plasma dan penyimpanan bersel vitamin C di dalam tubuh.
Buah kiwi juga adalah sumber terbaik bagi antioksidan larut lemak dan vitamin E yang penting. Gabungan kedua-dua antioksiden larut air dan larut lemak membolehkan buah kiwi melindungi tubuh dari radikal bebas. Selain daripada vitamin dan antioksidan, buah kiwi mengandungi kuantiti potasium yang sama dengan sebiji pisang selain kaya dengan beta-karotina dan zat galian yang lain seperti magnesium, zink, zat besi dan fosforus.
Kandungan vitamin C dan karotenoid dalam buah kiwi turut membantu dalam penyerapan zat besi. Ia juga menyimpan enzim proteolisis yang digelar actinidin untuk meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirin. Maka secara tidak langsung, ia adalah baik untuk usus anda juga.
MILIKI USUS YANG SIHAT
Mengalami sembelit adalah perkara biasa bagi kebanyakan wanita. Tetapi jika anda mengambil sebiji buah kiwi dalam diet harian, anda tidak perlu risau lagi. Buah kiwi mengandungi banyak serat yang serupa dengan semangkuk bran. Maka, ia dapat memberikan kelegaan daripada kesan sembelit.
TINGGI TENAGA DAN RENDAH GULA
Buah kiwi juga sesuai diambil oleh pesakit kencing manis. Ia merupakan sumber tenaga yang penting, malah kajian juga menunjukkan bahawa ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah bagi setiap hidangan 120 gm (sebiji kiwi saiz besar). Ini bermakna tahap glukosa darah tidak akan bertambah secara mendadak.
Buah kiwi adalah pilihan berkhasiat bagi pesakit kencing manis yang memerlukan perangsang tenaga sepanjang hari, berbanding dengan snek yang tinggi kandungan lemak atau gula.
TIDUR YANG MELEGAKAN
Tidur yang cukup amat penting untuk membantu menjimatkan tenaga dan mencergaskan anda untuk sepanjang hari. Kajian mendapati bahawa buah kiwi yang dimakan sejam sebelum tidur dapat memperbaiki kualiti tidur, menenangkan dan menstabilkan mood seseorang kerana kepadatan kalsiumnya yang tinggi. Namun begitu, bagi warga tua yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah, disyorkan agar memakan buah kiwi sejam setengah sebelum tidur.
BUAH KIWI MASAK
Untuk memastikan buah kiwi hijau sudah masak untuk dimakan, pegang buah di antara ibu jari and jari telunjuk kemudian tekan secara lembut; buah kiwi yang sedikit lembut sudah boleh dimakan. Jika buah kiwi agak keras semasa ditekan, ia tidak boleh dimakan kerana belum lagi mencapai tahap kemanisannya.
Buah kiwi boleh ditinggalkan untuk masak selama beberapa hari hingga seminggu pada suhu bilik, jauh daripada cahaya matahari dan kepanasan. Letakkan buah kiwi di dalam beg kertas bersama buah epal, pisang atau pir untuk mempercepatkan proses masak. Buah kiwi yang sudah masak boleh diletakkan dalam suhu bilik atau di dalam peti sejuk.
WASPADA
Buat sesetengah individu, buah kiwi boleh meninggalkan kesal alahan yang kuat kerana kandungan enzim actinidin. Simptom yang biasa dilaporkan ialah kegatalan di sekitar mulut dan bibir, tapi terdapat juga kes yang lebih serius seperti sesak nafas atau jatuh pengsan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Marisha Friska Halauwet membuktikan wanita mampu berjaya sebagai doktor pakar bedah dan penyanyi terkenal, inspirasi wanita moden dalam dua dunia berbeza.