“Selamat ulang tahun buat Azizah, teman hidup dan sandaran hati saya. Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita.”

Begitulah ucapan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kata-kata yang meresap lembut seperti doa seorang suami yang menghargai wanita di sisinya sejak 45 tahun lalu.

Perjalanan Wan Azizah

Dalam hidup PMX, ada satu tangan yang sentiasa setia menggenggam. Satu jiwa yang menjadi rumah ketika dunia terlalu bising.

Inilah Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, wanita yang disebut PMX sebagai insan yang memastikan beliau tidak pernah berjalan sendirian.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Sambut Ulang Tahun ke-73, PMX Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat Isteri!
Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail

Usia 73 tahun bukan sekadar angka. Ia adalah helaian baharu dalam memoir panjang seorang wanita yang melalui badai, ujian dan harapan, namun wajahnya tetap tenang, hatinya tetap bening.

Lahir pada 3 Disember 1952, Wan Azizah membesar sebagai pelajar cemerlang yang mencintai ilmu. Dari Kolej Tunku Kurshiah, langkahnya merentas benua hingga ke Royal College of Surgeons di Dublin, Ireland untuk mendalami bidang Obstetrik dan Ginekologi.

Ads

Kecemerlangan Awal

Kecemerlangannya diiktiraf dengan penganugerahan ‘MacNoughton Jones Gold Medal’ pada tahun 1977, penghormatan tertinggi untuk pelajar terbaik. Bukti awal bahawa beliau dicipta dengan kecerdasan dan dedikasi luar biasa.

Namun takdir hidupnya jauh lebih luas daripada kerjaya perubatan. Perkahwinannya dengan Anwar Ibrahim membuka bab kehidupan yang menguji hati melebihi apa jua ujian akademik.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Sambut Ulang Tahun ke-73, PMX Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat Isteri!
Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail

Ketika badai politik melanda, Wan Azizah berdiri sebagai benteng keluarga. Ketika suami dipisahkan, beliaulah yang memeluk anak-anak, memipih keresahan dan memimpin perjuangan rakyat dalam diam yang tegar.

Kekuatan Dalam Sabar

Kekuatan Wan Azizah bukan dalam suara lantang, tetapi dalam sabar yang tidak pernah putus. Dalam langkah yang sentiasa beralas adab. Dalam kelembutan yang tetap teguh meskipun diasak kesedihan.

Ads

Sebagai wanita pertama memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau mencipta sejarah baharu kepimpinan wanita Malaysia. Beliau membuktikan bahawa kelembutan tidak menafikan kekuatan dan kesetiaan boleh menjadi sumber keberanian paling besar.

Kini dikurniakan 6 anak dan 13 cucu, hidup Wan Azizah berputar dalam ritma lebih damai. Rumahnya dipenuhi tawa kecil yang meneduhkan, suara lembut cucu-cucu yang menenangkan hati seorang nenda.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Sambut Ulang Tahun ke-73, PMX Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat Isteri!
Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail

Di sisi PMX, beliau kekal menjadi teman bicara, penyokong setia dan bahu yang memahami setiap beban yang digalas seorang pemimpin.

Ads

Walau dikenali dengan pelbagai gelaran, doktor, aktivis, ahli politik, bekas Timbalan Perdana Menteri, inti dirinya tetap sama. Beliau adalah wanita pemurah hati, halus perilaku dan teguh pendirian.

Legasi Wan Azizah

Wan Azizah ialah puisi yang ditulis dengan dakwat sabar dan doa. Wanita yang tidak menjerit kekuatan, tetapi mengalirkannya perlahan hingga mengubah landskap politik dan sosial negara.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Sambut Ulang Tahun ke-73, PMX Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat Isteri!
Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail

Pada usia 73 tahun, beliau terus menjadi inspirasi kepada wanita Malaysia bahawa kasih sayang, ketabahan dan kesetiaan adalah kekuatan yang tidak dapat dilihat tetapi sangat dirasai.

Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan, rahmat dan cahaya buat Dato’ Seri Dr Wan Azizah, wanita yang menjadi pelengkap perjalanan seorang pemimpin, serta teduhan lembut kepada keluarga dan negara.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/wan-khatijah-gemar-hias-rumah-travel-pilates-rahsia-perkahwinan-bahagia-cecah-26-tahun/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads