Wah, tahniah buat Siti Sairah Taruddin yang kini sedang berbadan dua. Alhamdulillah, hampir lima bulan melayari bahtera perkahwinan sejak Februari lalu.. adik perempuan kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza akhirnya menerima perkhabaran gembira. Terbuka berkongsi foto imbasan kandungannya baru-baru ini, laman Instagram Sairah dihujani dengan ucapan tahniah daripada para peminat.
Ketika menghubungi isteri kepada Mohd Sharidan Johari ini, Sairah dalam nada teruja meluahkan rasa syukur dengan kurniaan terindah tersebut. Luahnya, “Alhamdulillah sekarang ni dah ok sikit. Masa awal-awal tu mabuk teruk. Muntah-muntah dan tak boleh bau makanan. Tak sedar pun pregnant tapi awal dulu macam rasa dah pening-pening tapi ok lagi. Dalam sebulan lebih baru pegi check.”
Ads
Untung Sairah dan suami kerana dikurniakan rezeki anak secepat ini. Nona doakan kesihatan ibu dan anak yang sedang dikandung ini sentiasa berada dalam keadaan baik sehinggalah detik kelahiran kelak.
Ads
Ads
Dengan berita kehamilan ini, Sairah bakal menimang cahaya mata keempat manakala ia adalah zuriat sulung bagi Sharidan. Ini merupakan perkahwinan kedua Sairah selepas berpisah dengan bekas suami pada 2014. Hasil perkahwinan terdahulu, Sairah mempunyai tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Manusia hanya mampu merancang tapi Allah penentu segalanya. Syukur alhamdulillah, tumpang gembira dengar berita kehamilan isteri Datuk Jamal Abdillah yang disahkan
sedang hamil anak kedua. Bagi empunya diri, Datin Zai Izatti bagaimanapun tidak menyangka rezeki untuk timang cahaya mata sekali lagi datang secepat ini. Apatah lagi anak sulung, Nur Azura Yamani bakal memasuki usia 7 bulan pada 10 Mei ini.
Ketika dihubungi untuk mendapatkan kepastian, isteri Raja Pop tanah air ini dengan mesra mengesahkan berita gembira tersebut. Memandangkan kurniaan terindah dari ilahi ini diterima dalam bulan Ramadan, Datin Zai dan Datuk Jamal Abdillah menganggap ia merupakan satu rahmat buat rumah tangga mereka berdua. Yang pasti, ini reaksi kedua-duanya saat doktor memberi keputusan ujian kehamilan beberapa hari lepas.
“Masa disahkan hamil tu, kami terkejut sangat-sangat! Saya tahu yang saya hamil sebab rasa mual-mual teruk sampai nak makan pun tak selera. Tapi waktu tu tak fikir sangat pun sebab masih menyusu badan. Tambahan pula period saya tak teratur. Cuma bila rasa diri kerap sangat rasa mual-mual tu yang terasa hendak check. Tengok-tengok positive, alhamdullilah. Tapi dalam masa sama masih terkejut,” ujar Datin Zai yang kini meniti usia 12 minggu kehamilan.
Mengakui sedang melalui fasa ‘alahan’, Datin Zai turut berkongsi keadaan dirinya ketika ini. “Memang sekarang ni tengah alahan, hilang selera makan, muntah dan berat badan pun turun. Apa-apa pun alahan waktu mengandungkan Azura dulu lagi teruk berbanding sekarang. Sejujurnya saya dan suami tak jangka langsung akan hamil lagi. Iyalah, masa bersalin Azura kan czer. Memang kami merancang, tapi tak sangka rezeki Allah nak bagi secepat ini. Alhamdullilah.”
Tambahnya lagi, “Buat masa ini Datuk okay. Cuma dia suka makan asam pedas je.”
Bercerita tentang si comel Azura pula Datin Zai berkata anak perempuannya ini makin bijak dan mencuit hati. “Azura masuk 7 bulan, dah pandai merangkak dan duduk. Baru-baru ni dia dah mula berdiri. Juga paling pandai meragam. Sejak tahu hamil anak kedua, doktor pesan suruh saya rehat secukupnya, banyak minum air kosong dan jangan buat kerja berat-berat,” kata Datin Zai yang merancang mahu empat orang anak jika diizinkan Allah.
Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu merupakan cahaya mata pertama Datin Zai Izzati sementara zuriat ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah. Awal kehamilan, baik Datuk Jamal mahupun isteri memilih untuk tidak mengumumkan berita gembira tersebut kepada peminat. Ini kerana ujar penyanyi yang berasal dari Perak itu, isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim.
Syukur kerana kehadiran Nur Azura Yamani menyerikan lagi rumah tangga Datin Zai Izzati dan Datuk Jamal Abdillah. Mereka sah bergelar suami isteri pada tanggal 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah. Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan dan kini diserikan dengan kehadiran Azura serta cahaya mata yang bakal dilahirkan kelak, pastinya pasangan selebriti ini sedang diulit bahagia!
Mengenali suri hati Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati yang berusia 26 tahun sememangnya seorang wanita yang cukup sempurna. Rupa paras beliau yang sarat dengan kelembutan dan berkulit mulus mampu membuatkan sesiapa sahaja menoleh beberapa kali.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, nampaknya banyak kemahiran seni yang bakal tumpul kalau lama tak diasah. Antaranya kemahiran mekap. Maklumlah nak mekap siapa, muka sendiri pun pucat sebab duduk di rumah.
Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan hingga 14 April ini, majalah Nona melancarkan sebuah peraduan online buat penggemar mekap di Malaysia iaitu Fabulous MUA Beat My Look.
Peraduan ini berlangsung menggunakan platform Instagram dan Facebook sepenuhnya, bermula tarikh 1 hingga 14 April ini. Ia dibahagikan kepada dua cabaran (Week 1 dan Week 2) dengan tawaran hadiah bernilai RM200 setiap minggu untuk dua orang pemenang.
“Demi menyahut seruan #dudukrumah dan #stayathome ni, sedar tak sedar kita di rumah, muka dah lama tak berpupuk bedak, jauh sekali bercelak dan bergincu. Kini dah tiba masanya untuk anda unzip semula beg mekap tu sebagai tanda sokongan terhadap Nona.
Cabaran Fabulous MUA Beat My Look bukan saja simple, tapi menjadi medan berkarya buat para penggemar mekap, tak kira yang baru atau lama untuk mengasah semula kemahiran mereka,” kata Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak.
Cabaran Week 1
Berlangsung dari 1 hingga 7 April 2020, tema ‘FIGHT CORONA!’ dipilih sebagai cabaran peserta. Anda bebas mengekspresi mesej melalui mekap yang dihasilkan. Antaranya seperti karya Bella (@muabellaz) dan Albin Hassan (@albinhassan_official) ni.
https://www.instagram.com/p/B-BGWJEJhPa/
https://www.instagram.com/p/B-C5pZHpX7n/
Cara Penyertaan:
Jangan lupa mulakan misi ‘FIGHT CORONA!’ bermula 1 April nanti. Selamat mencuba!
#fabulousmua
#fabulousmua2020
#dudukrumah
#stayathome
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orangnya memang cantik dan tidak lekang dengan senyuman. Sepanjang bergelar anak seni, jarang dengar cerita kurang enak mengenai Ezzaty Abdullah. Bahkan bakat lakonannya juga mendapat perhatian peminat seni tanah air.
Meniti usia 36 tahun, raut wajah memikat yang dimiliki Ezzaty sering meraih perhatian ramai. Malah, ada yang mengatakan aktres ini mempunyai wajah iras pelakon popular Indonesia iaitu Acha Septriasa.
Tahun ini perkahwinan Ezzaty Abdullah dengan pelakon Azwan Kombos mencecah usia 10 tahun. Pasangan romantis berkenaan sah disatukan sebagai suami isteri pada 16 Julai 2016.
Sejak mendirikan rumah tangga, bintang filem Anak Mami Nasi Kandaq ini dilihat memperlahankan karier seni. Namun kembali aktif berlakon apabila anak-anak sudah besar. Selain berlakon, Ezzaty juga menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan secara online.
Mengikuti perkembangan terbaharu Ezzaty Abdullah di media sosial, suri hati Azwan Kombos berkenaan meluahkan rasa syukur kerana berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran pada Ramadan tahun ini.
Lebih istimewa, ia jatuh pada hari Nuzul Quran iaitu 7 Mac 2026.
Kongsinya, “Alhamdulillah dapat khatam pada hari Nuzul Quran. Allah bagi cuti 5 hari rupanya sebab nak saya khatam hari ini. Allah bagi cuti 5 hari rupanya sebab nak saya khatam hari ini. Sesungguhnya rancangan Allah lebih baik.
Lesson learnt, kita hanya mampu merancang dan berharap sambil berdoa. Tapi kalau bukan waktu yang sesuai, sabarlah. Allah lebih tahu bila waktu yang sesuai untuk dimakbulkan doa-doa dan hajat kita. InsyaAllah.”
Mengintai kehidupan selebriti ini, Ezzaty Abdullah yang kini bergelar ibu kepada tiga cahaya mata turut sibuk dengan rutin harian seperti kebanyakan kaum ibu lain.
Di samping sibuk dengan jadual seni dan penggambaran, Ezzaty juga tidak lupa menggalas tanggungjawab sebagai ibu.
Rumah tangga Ezzaty dan Azwan Kombos lebih bermakna dengan kehadiran tiga orang anak iaitu Harum Dalia berusia sembilan tahun, Ahmet berumur empat tahun dan Armin kini berusia setahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Harriet Sperling, pakar jururawat pediatrik NHS dan penulis bebas, kini sah bergelar isteri Peter Phillips dalam majlis perkahwinan yang menyatukan beliau dengan keluarga diraja Britain.