Gerakan Tanah Air (GTA) menampilkan tiga selebriti terkenal sebagai calon Parlimen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof yang juga Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan dicalonkan di Sabak Bernam.

IKLAN

Pelakon dan pengarah terkenal, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri pula dinamakan sebagai calon kerusi Port Dickson. Ketika ditemui, Ahmad Idham menyifatkan pencalonannya sebagai amanah berat yang perlu dipikulnya.

DATUK EIZLAN YUSOFF Dan DR AHMAD IDHAM Antara Selebriti Bertanding PRU Ke-15

“Hari ini bukti kerja saya mula berkesan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman calon di sini pada Rabu.

Menceritakan pembabitan awal dalam bidang politik, beliau berkata, pelawaan Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail untuk bekerjasama menjalankan aktiviti kepada anak-anak istimewa di negeri tersebut.

“Saya aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi produk pendidikan khas, malah saya juga ada sekolah pendidikan khas,” katanya.

Ahmad Idham bakal bertemu dengan calon BN dari MIC, P Kamalanathan dan PN yang meletakkan calon Pas, Rafiei Mustapha serta Menteri Besar Negeri Sembilan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun.

IKLAN

DATUK EIZLAN YUSOFF Dan DR AHMAD IDHAM Antara Selebriti Bertanding PRU Ke-15

Dalam pada itu, Lando ketika ditemui berkata, beliau tidak berniat untuk menyertai pentas politik.

IKLAN

“Sudah 16 tahun kami berjuang dan apabila dijemput oleh Pejuang, saya nampak ini merupakan satu peluang untuk melakukan perubahan terhadap sistem dan infrastruktur di negara ini khususnya di Selangor,” katanya.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI