Baru sahaja melakar kejayaan apabila meraih kemenangan di Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) serta menjadi album yang paling banyak dicalonkan di dalam anugerah berprestij itu, Dayang Nurfaizah bakal hadir dengan sebuah hadiah buat peminat setianya pada tahun hadapan. Selepas melihat penerimaan yang positif terhadap kelahiran album BELAGU, kini Dayang Nurfaizah bakal hadir dengan album terbaru, BELAGU II.

IKLAN

“Dayang, Tolong Buat Dua Hari”- Konsert DAYANG NURFAIZAH Bakal Diiringi MPO, Peminat Jadi Tak Keruan

Menerusi perkongsian Dayang di laman Instagramnya baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu bukan sahaja bakal menghadiahkan peminatnya dengan sebuah album baru, malah Dayang juga bakal mengadakan sebuah konsert yang menggabungkan irama melodi indah dari BELAGU & BELAGU II.

“Dayang, Tolong Buat Dua Hari”- Konsert DAYANG NURFAIZAH Bakal Diiringi MPO, Peminat Jadi Tak Keruan

Konsert yang bakal diadakan pada 11 Mac 2023 itu akan diiringi oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra), ia umpama seperti mimpi jadi realiti bagi penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini.

Alhamdulillah. Mimpi jadi kenyataan. Akhirnya, impian Dayang untuk melangsungkan konsert bersama iringan muzik Malaysia Philharmonic Orchestra menjadi kenyataan.

“Dayang, Tolong Buat Dua Hari”- Konsert DAYANG NURFAIZAH Bakal Diiringi MPO, Peminat Jadi Tak Keruan

Tambahnya lagi, konsert ini umpama sebuah simbolik bagi meraikan kehadiran album BELAGU & BELAGU II yang sememangnya menjadi kejayaan peribadi buat dirinya sendiri. 

IKLAN

Dayang sangat teruja kerana konsert ini juga merupakan konsert istimewa meraikan BELAGU & BELAGU II dalam satu malam yang cukup istimewa, dan inilah satu-satunya konsert BELAGU.

Sudah pasti, perkongsian berita tersebut memberi kegembiraan buat seluruh peminat-peminatnya yang sudah lama tidak menyaksikan penyanyi ini di sebuah konsert berskala besar. Rata-rata daripada mereka tidak sabar untuk menantikan tarikh konsert dan ramai juga yang meminta agar Dayang dapat mengadakan konsert ini lebih dari satu malam.

“Dayang, Tolong Buat Dua Hari”- Konsert DAYANG NURFAIZAH Bakal Diiringi MPO, Peminat Jadi Tak Keruan

IKLAN

“Dayang, Tolong Buat Dua Hari”- Konsert DAYANG NURFAIZAH Bakal Diiringi MPO, Peminat Jadi Tak Keruan

Dahulu, album BELAGU mencatat kejayaannya tersediri apabila selepas hanya dua jam dilancarkan di pelantar digital, BELAGU sudah berjaya menduduki carta nombor satu di iTunes, sekali gus menjadikannya album penyanyi tempatan paling laris dijual. 

Mengetengahkan konsep kontemporari klasik, dikatakan album terbarunya nanti bakal menggunakan konsep yang sama untuk menghargai khazanah lagu Melayu lama.

Sumber gambar: Instagram Dayang Nurfaizah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI