Kemas, cantik serta harmoni sekali kombinasi rona pastel dan putih yang melatari segenap ruang kediaman indah ini. Ditambah pula dengan ilham dekorasinya yang moden serta mengikut trend semasa menjadikan dekorasi hunian jenis apartmen ini tidak jemu dipandang.

Tanpa menggunakan sentuhan daripada pereka interior profesional, Tengku Syamimi dan suami menggarap sendiri ilham untuk kediaman mereka ini. Apatah lagi, kelebihan Tengku Syamimi sebagai seorang personal shopper sepenuh masa telah dimanfaatkan sebaiknya.

IKLAN

Selain minat terhadap interior, Tengku Syamimi juga berkebolehan dalam memberikan idea untuk hiasan rumah. “Saya bermula sebagai seorang personal shopper barangan interior di Instagram secara separuh masa.

Ia dilakukan secara suka-suka dan memenuhi minat sahaja. Namun, lama-kelamaan ramai pula yang memesan serta memberikan kepercayaan kepada saya untuk membelikan barangan dekor yang diinginkan.

Dekorasi Rona Pastel & Putih, Serlah Keindahan Apartmen Milik Personal Shopper Ini

Dekorasi Rona Pastel & Putih, Serlah Keindahan Apartmen Milik Personal Shopper Ini

Setelah berhenti kerja sebagai jurutera, saya mengambil keputusan untuk menjadi personal shopper secara sepenuh masa. Kini sudah lebih setahun saya bergelar personal shopper,” kongsi ibu kepada tiga cahaya mata ini yang berasal dari Terengganu.

Di laman sosial, Tengku Syamimi lebih sinonim dengan panggilan Mimie Kusya kerana akaun peribadinya adalah @mimiekusya selain mempunyai dua akaun lagi iaitu @kusyashopper dan @kusyacollection.

Pilihan
Mungkin ramai yang kurang menggemari mahupun yakin dengan penggunaan warna putih sebagai tema utama untuk menghias kediaman. Namun sebaliknya bagi Tengku Syamimi kerana putih merupakan warna pilihan untuk dijadikan tema dekorasi rumah. Walaupun memiliki anak kecil tetap tidak menghalang dia dan suami untuk memilih warna putih sebagai tema.

Selain menyumbangkan idea sendiri, Tengku Syamimi juga banyak merujuk kepada Internet seperti laman Pinterest dan Instagram. Kediaman ini memiliki tiga buah bilik tidur iaitu bilik tidur utama, sebuah ruang kerja dan dua bilik air. Ruang dapur basah pula menggunakan kombinasi warna putih dan merah jambu bagi mencipta sebuah suasana yang selesa khususnya ketika memasak.

Dekorasi Rona Pastel & Putih, Serlah Keindahan Apartmen Milik Personal Shopper Ini

Dekorasi Rona Pastel & Putih, Serlah Keindahan Apartmen Milik Personal Shopper Ini

IKLAN

Ruang makan yang dilengkapi dengan set meja makan rona putih untuk enam orang ditempatkan bersebelahan dapur basah yang hanya dipisahkan dengan dinding. Tengku Syamimi mengaplikasikan warna-warna pastel untuk kelengkapan di meja makan seperti napkin, pinggan, mangkuk, cawan serta sudu.

Seimbang
“Sesekali, saya menukar karpet mengikut peredaran musim. Untuk langsir saya memilih warna gelap agar kontra dengan warna perabot yang lebih pastel. Sejak awal lagi saya memilih putih sebagai warna tema kerana tidak mahu rumah ini kelihatan sempit. Sementara pastel pula cukup serasi dengan warna putih.

Memandangkan kami mempunyai anak kecil maka ciri-ciri keselamatan juga perlu diambil kira. Untuk pemilihan perabot, saya memilih berdasarkan konsep yang telah ditetapkan iaitu moden.

Dekorasi Rona Pastel & Putih, Serlah Keindahan Apartmen Milik Personal Shopper Ini

IKLAN

Dekorasi Rona Pastel & Putih, Serlah Keindahan Apartmen Milik Personal Shopper Ini

Kira-kira 30 peratus daripada perabot saya beli di luar negara, selebihnya dari Malaysia seperti H&M, Spotlight, Kaison dan IKEA. Mahal atau murah sesuatu produk bukan keutamaan.

Apa yang penting ialah kreativiti bagi menjadikan ruang kediaman lebih menarik dan selesa. Itulah faktor yang saya utamakan setiap kali menghias kediaman,” jelas Tengku Syamimi.

Dekorasi Rona Pastel & Putih, Serlah Keindahan Apartmen Milik Personal Shopper Ini

Dekorasi Rona Pastel & Putih, Serlah Keindahan Apartmen Milik Personal Shopper Ini

Tip Dekor

  1. Gunakan sofa putih daripada fabrik mudah dilap. Sekiranya terdapat kotoran, segera gunakan kain basah untuk membersihkannya.
  2. Perabot berwarna putih jenis kayu mudah untuk dilapkan dan dibersihkan.
  3. Tengku Syamimi menyediakan sebuah bilik khas (play room) untuk anak-anak bermain selain melatih anak-anaknya untuk mengemas semula barang mainan dengan cara bermain iaitu ‘siapa kemas paling cepat dia menang’. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI