
Cabaran kian membahang! Kali ini lebih banyak bermain dengan emosi dan motivasi diri. Program realiti TV, Pencarian Nona Superwoman telah pun memasuki episod 4 menyaksikan perjuangan 10 lagi peserta untuk merebut gelaran juara.

Hotel terkemuka bertaraf dunia, Four Seasons Kuala Lumpur menjadi medan pertarungan para peserta Pencarian Nona Superwoman. Setiap minggu peserta ‘dihidangkan’ dengan cabaran yang tersendiri. Namun apa yang pasti keyakinan diri dan kemampuan setiap peserta masih kekal terserlah demi memberikan hasil yang terbaik.
Cabaran pada episod kali ini ialah ‘Self-Motivation’ yang mana ia benar-benar menguji dalaman, ketahanan emosi serta semangat bisnes para peserta dalam mendepani krisis perniagaan.

Terdahulu hos Nadia Annuar memperkenalkan juri jemputan iaitu Dato’ Fazley Yaakob yang merupakan penyanyi, motivator, pengarang dan Cef selebriti terkenal. Para peserta mengikuti kelas motivasi diri selama satu jam bersama Dato’ Fazley Yaakob.

Seterusnya, tugasan diberikan juri tetap iaitu Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan yang merupakan Ketua Pengawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd serta pengacara terkenal, Awal Ashaari. Dalam tugasan ini peserta dibahagikan secara berpasangan. Mereka diberikan dua watak iaitu pihak yang memberi kaunseling, dan yang mempunyai masalah mengikut situasi diberikan.

Hasil daripada tugasan tersebut, Rina Hashim diumumkan sebagai juara mingguan. Manakala Jiejie, Ayda Azlan dan Sarah Ismail berada di kedudukan terendah. Pun begitu, rezeki tidak berpihak kepada Jiejie setelah namanya disingkirkan pada episod kali ini.

Pencarian Nona Superwoman julung kali diadakan khusus buat usahawan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Matlamat program ini bagi menyuntik inspirasi dan memberi peluang baharu kepada para peserta agar bangkit memajukan empayar perniagaan memandangkan setiap daripada peserta ini memiliki latar belakang bisnes yang berbeza.
Terus setia mengikuti perjuangan peserta Pencarian Nona Superwoman dalam usaha mereka menjadi ahli perniagaan yang berwibawa serta berkarisma.
Pencarian Nona Superwoman bersiaran setiap hari Rabu jam 9 malam di Astro Prima yang dibawakan secara ekslusif oleh Majalah Nona dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta diperkasakan oleh USANITA.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!



























Kebanyakan dalam keluarga besar kami termasuklah Ayah dan Mak adalah orang-orang bisnes. Ayah ada syarikatnya sendiri tapi segalanya bermula dari bawah. Mak pula pernah ada butik kain dan restoran tapi terpaksa ditutup.
Itulah salah satu sebab saya pilih berniaga kerana latar belakang family business serta minat. Paling penting saya sukakan cabaran dalam perniagaan kerana dari situlah kita dapat belajar banyak perkara baru. Secara tak langsung, ia boleh dikongsi dengan orang lain yang memerlukan.
Pendorong terkuat semestinya diri sendiri. Niat kena betul, mental kena kuat. Bila keyakinan dah ada barulah saya akan beritahu keluarga serta rakan-rakan. Mereka adalah semangat dan salah satu tulang belakang yang mendorong saya untuk bangkit bila ‘jatuh’. Mereka selalu ada untuk saya bila memerlukan.
BISNES
Saya bermula dari ‘zero’. Antara pengalaman berniaga paling perit pernah saya lalui ialah semasa saya berniaga di booth. 2 hari tiada sale tetapi sewa tapak dah habis bayar. Waktu itu menangis juga sebab kekangan duit. Barang tak laku tetapi terpaksa bayar sewa tapak.
Kini terpaksa pula berhadapan dengan cabaran pendemik. Disebabkan produk saya masih baru dan belum dikenali ramai, saya memanfaatkan sosial media untuk menarik pelanggan.a Saya juga ada membuat beberapa paid review dengan beberapa instafamous di Instagram dan Facebook agar lebih ramai mengenali produk saya. Alhamdulilah setakat ini Fofaskinn ada pengguna setia.
Sebagai peniaga, masa untuk diri sendiri memang agak sukar untuk diperolehi tetapi kena pandai bahagi masa. Bagi saya me-time amat penting. Jadi, saya manfaatkan hujung minggu untuk me-time kerana ia masa yang sesuai.
Misi saya ialah membantu usahawan wanita menjana income bersama Fofaskinn sekaligus membantu menaikkan taraf hidup mereka. Wanita yang kuat adalah yang berjaya menukar kegagalan kepadan kejayaan.”
Jiejie berhasrat agar kisahnya ini dapat dijadikan inspirasi seterusnya bergelar ikon buat golongan muda untuk berjaya. Dia juga berhasrat untuk menubuhkan badan amal serta melakukan lebih banyak aktiviti kebajikan pada masa akan datang. Semoga urusan Jiejie dipermudahkan dan segala impian terlaksana.