Kempen For Your Sweetheart bekerjasama dengan Chef Selebriti, Nik Michael Imran yang popular menerusi rancangan Masterchef Malaysia 2011 bagi mencipta satu siri resipi terdiri daripada hidangan fusion dan tempatan yang boleh disediakan dalam tempoh kurang daripada 20 minit. Resipi ini dicipta dengan hasil rundingan bersama Cik Poh Kai Ling atas kapasitinya sebagai Ahli Majlis Diabetes Malaysia (DM) serta bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES).
Membongkar Mitos Diet Diabetes
Beberapa mitos yang wujud terutamanya bagi pesakit dan penjaga yang baru didiagnosis termasuklah melewatkan waktu makan bagi mengawal paras gula darah yang turun naik, pengambilan produk ‘bebas gula’ atau digantikan dengan gula gantian, serta mengelakkan diri dari pengambilan kentang, keledek, labu dan jagung.
Cik Poh berkata, “Melewatkan waktu makan atau kurang makan tidak semestinya membantu dalam mengurangkan paras gula dalam darah. Adalah dinasihatkan untuk makan bila terasa lapar, dan bila badan memerlukannya. Mengabaikan tanda-tanda kelaparan hanya akan meningkatkan selera makan yang bertambah hingga menyukarkan bagi individu tersebut untuk mengawal pengambilan makanan dalam hidangan berikutnya. Membaca label makanan juga penting bagi memahami kandungan nutrisi dengan lebih baik, kerana tidak semua produk bebas-gula adalah bebas-karbohidrat.”
Cik Poh Kai Ling
Jadi.. pesakit diabetes boleh makan apa?
Ads
Menurut Cik Poh, diet bagi pesakit diabetes tidak perlu terlalu ketat, membosankan dan sukar untuk dinikmati. “Apa yang penting ialah makan dalam jumlah yang terkawal dan hanya mengambil sebahagian hidangan yang kaya dengan karbohidrat. Salah satu caranya ialah dengan mengambil tahu Indeks Glisemik (GI) makanan tersebut. GI ialah nilai bagi mengukur kadar seberapa cepat karbohidrat dalam makanan mampu meningkatkan glukosa dalam darah. Secara ringkasnya, makanan yang GI rendah (antara 0-55) dianggap karbohidrat yang baik dan makanan GI tinggi (70-100) dianggap karbohidrat yang tidak baik. Semakin tinggi nilai GI, semakin besar kesan ke atas paras gula dalam darah. Memahami GI makanan boleh membantu kita dalam mengawal diabetes dan secara serentak dapat mengira pengambilan karbohidrat.
Kerjasama antara Chef Nik dan Cik Poh dalam penyediaan resipi e-book Simple Healthy Cooking ini adalah bagi memastikan hidangan disediakan untuk pesakit diabetes bukan sahaja menyeronokkan dengan pelbagai variasi untuk citarasa berbeza, tetapi ia juga ringkas, mudah disediakan malah sesuai untuk penghidap diabetes. Hasilnya, pelbagai resipi yang seimbang dimana pesakit diabetes dapat menikmati hidangan ala restoran yang lazat lagi menyihatkan, dengan kadar GI yang bersesuaian. “Saya telah mencuba kesemua 10 resepi dan ianya sungguh lazat. Tahniah Chef Nik! Hidangan kegemaran saya ialah Pasta Perang Alla Puttanesca, Krep Kalapa dan Tenzaru Soba,” tambah Cik Poh.
Ads
Berkongsi pengalamannya dalam menghasilkan pelbagai resipi untuk kempen ini, Chef Nik berkata, “Ia merupakan satu perjalanan yang amat bermakna bagi saya secara peribadi. Ayah saya, seorang chef yang sukakan makanan yang lazat, baru-baru ini dia telah didiagnosis menghidap diabetes. Saya memahami perasaan para penjaga yang pasti ingin memberikan yang terbaik buat orang tersayang yang menghidap diabetes. Itulah yang mendorong saya untuk mencipta sepuluh resipi ini .”
Apa yang kecoh sangat dengan diet diabetes?
Kajian menunjukkan bahawa 1 daripada 5 orang dewasa di negara ini² menghidap diabetes, satu penyakit kronik jangka panjang yang memerlukan penjagaan dan pengurusan jangka panjang. Tahap glukosa yang tidak sihat dalam darah boleh menyebabkan komplikasi kesihatan jangka panjang dan pendek, di mana akan menjejaskan jantung dan buah pinggang.
Ads
Adakah Malaysia Berkemungkinan Bebas daripada Diabetes?
Malaysia kini mencatatkan kadar diabetes tertinggi di Asia, iaitu 17.5% dengan lebih 3.5 juta rakyat Malaysia hidup dengan keadaan ini. Manual Pendidikan Diabetes 2020 yang diterbitkan oleh MDES melaporkan bahawa berdasarkan trend semasa, dianggarkan tujuh juta orang dewasa Malaysia berkemungkinan menghidap diabetes menjelang 2025¹.
Rakyat Malaysia yang berisiko tinggi atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidapi diabetes digalakkan untuk menjalani ujian pengesanan awal, Kempen For Your Sweetheart menyediakan Pemeriksaan Diabetes HbA1c PERCUMA di klinik yang mengambil bahagian di seluruh negara. Usaha Pemeriksaan Diabetes Percuma ini disokong oleh Boehringer Ingelheim dengan kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) dan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM).
Layari https://www.foryoursweetheart.my untuk mendapatkan Saringan Diabetes Percuma anda hari ini. Saringan Diabetes HbA1c PERCUMA For Your Sweetheart kini sedang berlangsung sekarang sehingga 31 Disember 2022. Resipi Chef Nik boleh dimuat turun di sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuasa antioksidan yang terdapat dalam vitamin C boleh membantu mencerahkan kulit, memberi kesan awet muda dan melicinkan kedutan. Tidak salah jika dikatakan vitamin C adalah bahan wajib yang diperlukan setiap wanita.
Vitamin C juga boleh melindungi kulit daripada kesan negatif sinaran ultraviolet. Memakai krim tabir suria dengan SPF (perlindungan UVB) dan PA++ (perlindungan UVA) sekadar memberi memberikan perlindungan luar kulit. Perlindungan akan lebih berkesan jika diimbangi dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi.
Tahukah anda bahawa vitamin C merupakan senjata rahsia untuk awet muda? Vitamin C mengandungi antioksidan yang mampu membantu menghalang radikal bebas yang merosakkan sel kulit. Radikal bebas terbentuk daripada pencemaran dan terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C memiliki kemampuan untuk menyembuhkan kulit yang terbakar akibat sinar matahari serta mencegah kerosakan kulit.
Vitamin C merupakan komponen penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sejenis protein yang terdapat pada jaringan kulit, otot dan tulang. Peranannya penting kerana berfungsi mengaktifkan enzim yang merangsang pembentukan kolagen dalam tubuh.
Memang benar vitamin C patut menjadi sahabat baik setiap wanita. Bagi memiliki kulit yang sihat dan cantik perlu mengambil vitamin C setiap hari. Kadar vitamin C yang perlu diambil oleh setiap wanita dewasa adalah 75 gram.
Vitamin C boleh didapati melalui buah-buahan seperti lemon, oren, jambu, kiwi, betik, strawberi dan nanas. Sementara bekalan vitamin C dalam bentuk sayur-sayuran boleh diperoleh daripada paprika merah, brokoli, tomato dan cili.
Manfaat Untuk Kecantikan
(a) Rambut sihat
Vitamin C adalah salah satu nutrisi yang dapat membantu pertumbuhan dan menguatkan akar rambut. Mendapat manfaat vitamin C untuk kesuburan rambut boleh dilakukan dengan mengambil vitamin C dan menggunakan masker vitamin C secara semula jadi seperti menggunakan strawberi atau betik.
(b) Lebih bertenaga
Vitamin C berfungsi dalam penyerapan zat besi dalam tubuh. Zat besi sangat penting untuk kecantikan dan kesihatan tubuh. Jika kekurangan zat besi tubuh akan merasa lesu, lemah dan mengantuk.
(c) Awet muda
Dalam American Journal of Clinical Nutrition ada menyatakan wanita pertengahan usia yang mengambil vitamin C mencukupi tidak mempunyai kedut dan hidrasi kulit. Vitamin C dapat mencegah radikal bebas dan menghalang proses penuaan.
(d) Kesihatan kuku
Vitamin C membantu menjaga kesihatan kuku serta menguatkan ketahanan kulit, jaringan kulit, tulang dan dinding pembuluh darah. Nutisi ini sekali gus dapat mengelakkan kuku cepat rosak dan menguatkan kuku dari dalam.
Produk Pilihan Nona
Wanita urban yang dihambat masa untuk menyiapkan tugasan yang penuh dengan deadline sering merasakan diri terabai akibat kurang penjagaan kulit. Sel-sel kulit mati yang tidak disingkirkan boleh menjadi punca masalah kulit seperti jerawat dan pigmentasi. AstaVita+ Re-fueling Mist Serum menjadi solusi dalam melengkapkan penjagaan kulit wanita.
Diformulasi khas dengan kombinasi elemen semula jadi yang kaya dengan kandungan antioksidan tertinggi bertindak membantu menyelesaikan masalah kulit.
Mengadunkan bahan-bahan terpilih dan berkualiti daripada Astaxanthin, StemCell Epal, StemCell Anggur, Vitamin C, ekstrak Argan dan Pati Bunga Ylang Ylang membuat kulit wajah kekal terpelihara dengan serta-merta di samping memelihara kelembapan kulit. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau tak meriah bukan Che Ta la kan ampa. Pakai baju bling-bling, ropol-ropol memang dah ‘trademark’ aktres jelita bernama Rozita Che Wan ini.
Baru-baru ini ‘kecoh’ di ruangan komen Instagram Che Ta bila ramai yang teruja melihat Che Ta bergambar di tengah-tengah bendang dengan memakai caftan dress ropol-ropol ketika pulang ke kampung di Kedah bersama keluarga.
Che Ta turut berkongsi video pendek di akaun TikTok. Kelihatan suami, anak-anak, adik beradik serta ipar duainya turut serta.
Tak ketinggalan, Che Ta turut berkunjung ke rumah abang sulungnya di Tokai, Kedah. Katanya, lama tak balik ke Tokai.
“Mai beqaya (beraya) kat qumah (rumah) abang kami Firdaus Che Wan (anak mak no.1) kami anak no.4 di Tokai, Kedah.
“Lama tak balik Tokai. Dulu dari umuq (umur) 6 tahun sampai darjah 6 kami sekolah kat Tokai ni lah..
“La jaqang (jarang) dah balik. Mai qumah abang kami ni paling best selain view cantik, makan paling sedap la, bini dia orang Siam.
“Kalau balik KL memang teqingat2 (teringat-ingat) la masakan kak ipaq kami,” tulis Che Ta.
Walaupun sekarang ni musim panas lit lit tapi Che Ta nampak sangat tenang dan happy bergambar di tengah sawah berlatarkan suasana kampung.
Sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjaga penampilan, Nona yakin yang Che Ta semestinya bijak memilih pakaian yang sesuai dengan keadaan. Dress rona lembut yang dipakai Che Ta di tengah bendang itu berfabrik ringan dan tidak tebal. Sangat flowy kala di tiup angin.
Hantaran di Instagram Che Ta itu telah meraih perhatian ramai dan pelbagai komen yang melucukan.
Ada juga yang berpesan agar Che Ta hati-hati dengan musim panas, risiko diserang strok haba.
Apa pun, salute pada Che Ta kerana tetap tak lupa asal usul dan sentiasa merendah diri. Jauh dari dunia glamor, Che Ta kelihatan sangat gembira bila dapat bertemu sanak saudaranya di kampung.
Kredit Foto: Instagram Rozita Che Wan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak kebelakangan ini, kebanyakan wanita sudah mula prihatin soal penjagaan wajah dan sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan rawatan wajah yang terbaik. Malah kehadiran klinik estetik juga hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang bertambah dari sehari ke sehari.
Klinik estetik MyClinic mengembangkan sayap dengan pembukaan cawangan ke-10 di Shah Alam baru-baru ini. Menurut Pengarah Perubatan MyClinic, Dr. Choo Kher Wooi, kewujudan klinik estetik ini memberi ruang dan peluang setiap pelanggan mendapat khidmat nasihat bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, disesuaikan dengan bajet yang ada.
Meskipun terdapat pelbagai pilihan klinik estetik, namun sebagai pelanggan mereka perlu bijak memilih klinik yang bertauliah agar tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari. Menempatkan barisan pakar bertauliah yang mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Klinik estetik berlesen perlu mempunyai doktor yang mempunyai Credentialing and Privileging (LCP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu barulah klinik tersebut akan mendapat kelayakan untuk membuka klinik estetik. Doktor kami mempunyai kepakaran dan profesional dalam mengendalikan masalah kulit dengan selamat.
Mungkin ramai beranggapan rawatan yang ditawarkan di klinik estetik tidak jauh fungsinya dari rawatan di salun, namun tanggapan tersebut sememangnya amat menyimpang apatah lagi rawatan di klinik estetik mempunyai paten dan kajian yang dijalankan sebelum ia diperkenalkan kepada para pelanggan. Ia amat penting untuk mengelakkan masalah-masalah seperti komplikasi kulit, alergik atau pengelupasan kulit secara berlebihan.
“Rawatan paling popular ialah hydra facial di mana ia sesuai dengan semua jenis kulit. Rawatan kulit menjadi antara keperluan masyarakat kita kerana faktor media sosial. Semua mahu kelihatan cantik dan yakin apabila berjumpa orang. Nak muat naik gambar di media sosial juga perlukan usaha untuk nampak cantik.
Tambah Dr Choo lagi, masalah kulit paling lazim yang dihadapi rakyat Malaysia ialah tona kulit tidak sekata dan kulit kusam. Jelasnya, penggunaan produk penjagaan kulit adakan rejim paling penting dalam memastikan kulit sihat dan bersih.
“Masalah kulit paling lazim yang dihadapi ialah tona kulit tidak sekata dan kulit kusam disebabkan cuaca panas. Saya sarankan setiap orang lakukan rawatan muka seperti facial sekali dalam sebulan. Ia bukan lagi satu gaya hidup, sebaliknya satu keperluan. Kulit mati, bintik putih dan bintik hitam, pigmentasi antara sebab utama kenapa kita perlu lakukan rawatan muka.
“Sejak kebelakangan ini, golongan wanita sering memuji kulit bak selebriti Korea atau Korean glass skin. Tidak salah untuk bercita-cita memiliki kulit yang cantik bak selebriti. Namun, yang paling penting ialah perlu gunakan skincare yang bersesuaian.
Jangan culas bersihkan muka sebelum tidur. Penting untuk bersihkan solekan dan cuci muka dengan double cleanser, kemudian toner, serum, pelembab dan akhir sekali, wajib gunakan pelindung matahari, kena top up empat jam sekali,” ulasnya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.