Good job Bellaz! Salah satu ciri orang berjaya ialah tenang hadapi perkara negatif dan tidak mudah melenting. Anak kelahiran Kedah ini juga telah buktikan dia memiliki kekuatan mental untuk hadapi cabaran sebagai ahli perniagaan yang juga influencer. Tahniah!
IKLAN
Sentiasa berpijak di bumi nyata dan tidak terleka dibuai pujian peminat, Bellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini tidak pernah melupakan asal usul dirinya sebagai anak seorang nelayan.
Terbuka berkongsi kehidupan miskin dengan jutaan followers, Bellaz juga sering mengimbas kembali momen sebelum berjaya agar tidak hanyut dengan kesenangan yang dinikmatinya hari ini.
Kredit Instagram @muabellazKredit Instagram @muabellazKredit Instagram @muabellaz
Pada hujung Disember lalu, Bellaz sekali lagi diuji apabila video live tutorial mekapnya terima komen negatif penonton yang mengkritik keadaan kulit wajah Bellaz yang berjerawat.
Tidak melenting dengan pandangan individu tersebut, Bellaz sebaliknya membalas dengan profesional dan senyuman. Dengan ringkas, Bellaz hanya menulis kapsyen di video singkat miliknya sambil menunjukkan wajah polos tanpa secalit mekap, ‘Just the way you are.’
“Jadi diri sendiri. Ya is that me. Tak flawless tapi bila makeup dia naiklah sedikit levelconfident tu. Nak banding skin dulu dengan sekarang, sekarang ni 100 kali syukur alhamdulillah berbanding skin dulu.
Selalu bubuh gambar segak ja. Sekali-sekala kena bubuh muka tak segak sama. Lens kena pakai juga sebab tak nampak power 300 dah mata,” kongsinya.
Lumrah bagi setiap wanita pasti akan berdepan masalah kulit berjerawat. Terutamanya apabila tiba waktu menstrual. Normallah tu!
IKLAN
Kian sukses mengemudi empayar Muabellaz, ibu jelita ini turut dilihat rancak mengadakan kelas solekan termasuk di Putrajaya pada Disember lepas. Ramai peserta yang datang nak timba ilmu dengan Bellaz.
Kredit Instagram @muabellazKredit Instagram @muabellazKredit Instagram @muabellaz
“Alhamdulillah dalam student Bellaz ni ada yang datang dari Washington. Ada dari Terengganu, Penang dan Johor. MashaAllah terima kasih mai jauh-jauh. Terharu tak tahu nak habaq. Next 2023 inshaAllah semua negeri Bellaz pergi.”
Kredit Instagram @muabellazKredit Instagram @muabellazKredit Instagram @muabellaz
25 Disember lalu merupakan ulang tahun perkahwinan Bellaz dan suami tercinta yang ke-10. Sambut secara sederhana hanya di rumah, terpancar wajah bahagia pasangan romantis ini.
IKLAN
“25/12/22 happy anniversaty to me and my lovely husband, Mat Nuart yang ke-10 tahun dalam rumah tangga kita. Syukur alhamdulillah penuh pahit dan manis, liku-liku perjalanan dalam alam rumah tangga kita.”
Hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Nama billionaire Bernard Arnault bukan suatu yang asing buat peminat jenama barangan mewah seluruh dunia. Beliau telah dinobatkan sebagai lelaki kedua terkaya di dunia dengan anggaran harta sekitar $107.6 bilion (RM442.21 bilion) menurut Bloomberg.
Bernard Arnault yang berusia 70 tahun ini merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat jenama mewah seperti Louis Vuitton, Christian Dior, Fendi dan Sephora.
Lelaki yang memegang kerakyatan dari negara Perancis ini berkahwin sebanyak dua kali dan kini bahagia dengan isteri keduanya, Hélène Mercier yang merupakan pemain piano. Mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Anne Dewavrin dan mempunyai 3 orang anak bersama Hélène Mercier.
Salah seorang anaknya yang bernama Delphine merupakan Timbalan Presiden Eksekutif (Executive Vice President) Louis Vuitton dan memegang keahlian dalam LVMH.
Lelaki yang lahir pada bulan March ini mempunyai ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan dari Ecole Polytechnique Paris. Memulakan kerjaya dengan menyertai syarikat milik bapanya, selepas tamat pengajian dan akhirnya telah melaburkan sebanyak $15 million pada tahun 1985 yang melayakkan lelaki ini menjadi CEO Dior.
Akhirnya pada tahun 1987 Bernard Arnault telah diberi peluang untuk melabur dalam LVMH oleh pengerusinya, Henri Racamier. Dan pada tahun 1989 Bernard Arnault berjaya menguasai saham terbesar LVMH sebanyak 43.5% dan menjadikannya Pengerusi syarikat tersebut.
Harta kekayaan yang dianggarkan baru-baru ini telah mengalahkan kekayaan Bill Gates yang sebelum ini menduduki tangga lelaki kedua terkaya di dunia.
Bernard Arnault juga merupakan seorang pengumpul karya agung dunia. Beliau merupakan salah seorang pengumpul hasil karya Picasso, Yves Klein, Henry Moore dan Andy Warhol.
Tengok Sheera Iskandar ni terus ingat Gerak Khas. Memang namanya sudah cukup sinonim dengan drama kepolisan berkenaan. Malah, takdir Allah juga telah mempertemukan Sheera dengan seorang anggota polis sebagai suaminya. Kuat betul penangan Gerak Khas dalam diri pelakon cantik ini sampai bertemu jodoh pun dengan anggota badan beruniform tersebut!
Semakin diulit bahagia sejak bergelar isteri pada tanggal 3 Mei 2021, Sheera bukan hanya aktres yang dikurniakan raut wajah cantik malah dia juga memiliki keperibadian yang menyenangkan. Melihat wajah jelitanya pasti mengingatkan peminat kepada pelakon veteran yang juga ibu Sheera, Aznah Hamid.
Menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 3 Mei lepas, pastinya rumah tangga pasangan ini lebih bermakna lebih-lebih lagi apabila Sheera selamat bersalin anak sulung mereka iaitu bayi perempuan pada 22 Mei lepas. Alhamdulillah!
Berita gembira itu disampaikan suami Sheera di Instagram, “Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Isteri saya Sheera selamat melahirkan puteri kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs.
Jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, doktor dan nurse yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri saya yang tercinta. Saya amat menghargainya Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Amin amin ya rabbal alamin.”
Dihubungi Nona pada 19 Mei lalu, Sheera secara eksklusif memberitahu Nona yang dia sudah pun dimasukkan ke wad di HUKM untuk menunggu detik bersalin. Empunya diri pun mengaku terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Kongsi Sheera, “Tengah terbaring ni sebab nak check jantung baby. Patut due date awal bulan 6, pergi hospital check up biasa tapi doktor kata kandungan pun dah cukup bulan. Air ketuban macam dah kurang jadi takut risiko. Doktor kata dah boleh beranak dah ni, kita pun ikut sajalah. Pagi ni doktor induce dan hopefully dapat bersalin normal.
Terkejut jugalah bila doktor terus kata dah boleh terus beranak. Kalau nak tunggu lagi kita risaulah kan. Lepas tu doktor tengok dah cukup bulan dah, so doktor saran saya bersalin. Cuma kitalah macam tak ready kan.”
Ujar aktres cantik ini lagi, “Jantina baby dah tahu dah. Cuma harap-harap scan tengok jantina baby tu betullah. Semalam, masa doktor tanya dekat suami yang saya kena segera bersalin, suami pun decide ikut saranan doktor. Kalau tunggu, takut membahayakan baby pula.”
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Sheera mendedahkan dia pernah menjalani pembedahan membuang cyst di ovari. Hasil pembedahan itu juga doktor dapati dia turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS.
“Doktor kata faktor penyakit ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic. Bila dah berumah tangga ni, lagi saya kena jaga. Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut. Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check up memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.
Start dari situ, saya jaga pemakanan dan elakkan makanan yang boleh aktifkan cyst tu balik. Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa rawatan kesuburan. Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting.
Sebelum kahwin lagi memang saya dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil. Saya dapat tahu saya hamil bulan September lepas. Tapi sebenarnya suami yang rasa dulu. Dia ingat dia kena Covid sebab badan dia tak sedap sampai check swap test, negatif.
Pergi klinik, saya pening kepala. Rasa macam mengandung sebab selama ni period memang teratur. Doktor pun suruh check tapi negatif.
Tapi instinct tu ada, dapat rasa kita ni tengah mengandung. Walau sakit kepala, tak berani makan ubat migrain. Esoknya check, alhamdulillah pregnant. Tapi tak adalah buat video umum pregnant dan bagitahu husband macam kebanyakan orang buat tu sebab kita dah dapat rasa dulu,” dedah Sheera sambil tertawa.
Sementara itu, ditanya mengapa mengumumkan kehamilan ketika usia kandungan sudah memasuki trimester ketiga ini jawapan Sheera.
“Satu sebab iyalah saya pernah ada problem sebelum ini tak tahu boleh ke pregnant. Dan alhamdulillah dapat tahu pregnant. Proses tu macam cepat sangat, dari first trimester masuk second dan third. Sekarang terkejut dah nak bersalin.
Lagi satu, kita nak cakap dekat umum pun takut kalau jadi sebarang kemungkinan. Tambahan pula, umur dah meningkat. Kena penjagaan rapi. Risau dah cakap nanti lepas tu tak jadi, frust pula. Bila dah besar perut tu barulah kami announce.
Alhamdulillah sepanjang hamil, saya tak alami sebarang alahan atau mengidam. Sebaliknya, suami yang terkena ‘tempias’ tu,” kongsi Sheera yang mengaku sudah pun mempunyai nama untuk cahaya mata sulung mereka berkenaan.
Semoga segala urusan Sheera dipermudahkan dan ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.
Bermula Ogos lalu, beberapa aktiviti ekonomi sudah dibenarkan kembali beroperasi secara berperingkat dan dijangka akan lebih banyak dibuka pada bulan ini.
Berita ini turut disambut baik oleh kakitangan yang bekerja di pejabat, namun sebelum anda kembali bertugas, ikuti 11 saranan World Health Organisation (WHO) demi kesihatan kita di tempat kerja.
Selain SOP sedia ada, terdapat juga SOP kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi, khasnya yang melibatkan perjumpaan bersemuka. Rumit, namun terimalah hakikat bekerja mengikut norma baharu pada era pandemik ini.
11 Tip Infografik WHO Untuk Kesihatan Di Pejabat
Tip 1: Sediakan pintu masuk yang bersih
Tip 2: Tempat kerja yang bersih adalah tempat kerja yang sihat
Tip 3: Berkomunikasi cara pekerja dapat kekal selamat
Tip 4: Aturkan mesyuarat yang selamat
Tip 5: Kekal sihat dan aktif
Tip 6: Kekal aktif semasa waktu rehat dan makan tengah hari
Tip 7: Ambil langkah untuk memastikan keselamatan makanan
Tip 8: Pastikan persekitaran yang selamat dan sihat
Tip 9: Alirkan udara segar masuk apabila boleh
Tip 10: Kekalkan penjarakan fizikal
Tip 11: Duduk di rumah jika anda tidak sihat
Semoga tip-tip ini dapat diamalkan dan menjadi budaya gaya kerja baharu bagi anda yang bakal kembali bekerja! Selamat memulakan tugas.