Siapa yang tidak mengenali penyanyi legenda dan vokalis kumpulan Wings, Dato’ Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman. Baru-baru ini Datuk Awie berkongsikan yang dirinya baru sahaja dilantik menjadi Duta kepada Yayasan Erth Al-Mustafa. Mengakui terkejut dengan tawaran tersebut, beliau berkongsi proses sebelum dia bersetuju untuk menerima tawaran itu.

IKLAN

Dilantik Jadi Duta, DATUK AWIE Kongsi Kerisauan “Saya Gangster, Pukul Bini, Banyak Kontroversi..Tak Menyesal Ke?”

Awie ketika ditemui Harian Metro berkata, dia bertanya kepada pihak yayasan itu, sama ada mereka benar-benar pasti dan tak menyesal menawarkan dia tawaran itu memandangkan dia pernah terpalit dengan kontroversi dan dilabel dengan imej yang buruk.

Dilantik Jadi Duta, DATUK AWIE Kongsi Kerisauan “Saya Gangster, Pukul Bini, Banyak Kontroversi..Tak Menyesal Ke?”

“Tak menyesalkah melantik saya sebagai duta?’ Saya adalah individu yang ada imej buruk sejak 1980-an lagi. Gengster, pukul isteri, semuanyalah. Macam tak ada punca. Bukan kali ini sahaja, setiap kali saya ditawarkan untuk terbabit sebagai duta untuk program berkaitan agama, saya berterus terang dengan mereka. Saya suruh mereka Google dan lihat, apa kejadian-kejadian yang pernah membabitkan nama saya,” katanya.

Namun, pada masa sama, Awie juga menjelaskan bahawa setiap insiden yang kontroversi yang pernah berlaku itu, ada sebab dan penjelasannya yang tersendiri.

“Tapi, setiap yang berlaku, tentunya ada sebab dan jawapannya hanya ada dengan saya. Saya nak mereka tahu terlebih dahulu sebelum orang lain mempersoal. Saya nak jadi manusia yang elok dan contoh kepada enam anak-anak saya,” katanya.

Dilantik Jadi Duta, DATUK AWIE Kongsi Kerisauan “Saya Gangster, Pukul Bini, Banyak Kontroversi..Tak Menyesal Ke?”

Pengerusi Eksekutif Yayasan Erth Al-Mustafa, Sheikh Imran Angullia berkata, pemilihan Awie adalah berdasarkan sumbangannya kepada masyarakat dan setiap manusia, tentunya pernah melakukan kesilapan.

IKLAN

“Kerja amal ini untuk semua orang. Setiap individu dari pelbagai profesion, ada sumbangan mereka yang tersendiri. Apabila Datuk Awie bercerita kepada saya mengenai sejarahnya, saya sampaikan kepadanya bahawa yayasan ini berpaksikan dakwah dan kemanusiaan. Bagi saya, semua orang ada sejarah lampau. Kalau nak dibandingkan, kesilapan kita dengan kesilapan sebahagian sahabat Rasulullah, mereka terjebat dengan benda yang lebih besar. Namun, Allah menerima taubat hamba-Nya,” katanya.

Dilantik Jadi Duta, DATUK AWIE Kongsi Kerisauan “Saya Gangster, Pukul Bini, Banyak Kontroversi..Tak Menyesal Ke?”

Awie dan kumpulannya akan tampil di acara Iftar Bersama Wings: Dari Tuhan, Anugerah dan Harapan yang akan berlangsung pada 31 Mac 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Baharu anjuran Yayasan Erth Al-Mustafa dan BMS Event.

IKLAN

Tiket untuk tempat duduk dan meja juga sudah mula dijual pada hari ini dengan harga bermula RM350 hingga RM1,200.

Sumber dan foto: Harian Metro

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI