Beruntungnya Tan Sri Michelle Yeoh! Walau sudah berkahwin dan menginjak usia 61 tahun tetap ‘dimanja’ dan dilayan macam puteri oleh ibu tersayang. Lumrah seorang ibu, setiap kali anak-anak pulang dari perantauan mesti akan sediakan macam-macam makanan atas meja. Segala menu kegemaran anak si ibu berusaha masak dan hidangkan.
Berkongsi foto terbaharu di Instagram, Tan Sri Michelle Yeoh kini berada di tanah air. Selepas tiba di Kuala Lumpur, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi ke-95 Oscar ini berangkat pulang bertemu keluarga tersayang di Ipoh, Perak.
Disambut penuh meriah, figura yang menyambut ulang tahun ke-61 pada 6 Ogos lalu memuat naik foto dirinya berada di meja makan dengan pelbagai masakan yang disediakan ibunya, Datin Janet Yeoh.
Kongsinya, “Ipoh (love) mum and of course she fed me. And my siblings too.”
Bintang filem “Everything Everywhere All at Once” ini turut meluangkan masa bertemu kenalan dan berkunjung ke kedai makan di sana.
Biarpun terkenal di peringkat antarabangsa, pelakon dunia ini tetap merendah diri dan mesra. Antara makanan yang dinikmati termasuklah Katong Laksa.
Kredit Instagram @
Mac lepas, Tan Sri Michelle Yeoh atau nama sebenarnya Yeoh Choo Kheng melakar sejarah sebagai pelakon Malaysia pertama menang trofi Oscar. Sekaligus menjadi aktres Asia pertama berjaya menggenggam trofi berprestij berkenaan.
Hujung Julai lalu pula dia sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila sah bergalar isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt. Pasangan ini dilaporkan bercinta hampir dua dekad sebelum memutuskan untuk berkahwin.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/pelajar-pintar-rajin-timba-ilmu-walau-dah-bersara-datuk-nicol-david-harumkan-nama-negara-sejak-usia-15/